Sunday, 1 December 2013

DIY - Vintage Drawer Repainting

Assalamualaikum.

Aduhai..lama sungguh tak update blog. Almaklumlah, masih tercari-cari masa terluang. Mana taknya, baru je nak on laptop, si baby tucik dah merengek. Abang dan Ajim pun tak kurang "membantu". Hmmmmm, cuti tinggal lagi 2 minggu. Dalam masa duk relax kat rumah nih, sempat juga saya bertukang untuk membuang rasa bosan.

Almari vintage nih dah lama terperuk dalam bilik belakang rumah mak mertua. Baju anak-anak pon dah bertambah. Dah tak muat nak sumbat dalam bakul lagi dah. Sebenarnya saya teringin nak beli yang baru. Bila saya survey dekat kedai perabot, ada yang berharga RM299-399. Tapi kualiti cap ayamlah. Setakat pakai kayu playwood dan habuk kayu, alahai, tak tahan nak pakai 10 tahun kot. Kemudian saya survey dikedai barangan import. Yes, ada satu menarik perhatian. Solid wood memang utuh dan berat. Ukiran dan design sangat menarik Harga pun menarik iaitu RM800. Setakat nak letak baju anak-anak, tak payahlah nak invest banyak sangat kot. Tunggulah, bila bajet dah ok, nak juga saya sambar satu. huhuhuhu...

Sebenarnya, saya teringin nak cat warna-warni macam nihh. Nmpak lah macam western skit.
En Hasben tak minat pulak. Dia prefer kaler neutral.hmmm



Beginilah rupa almari sebelum di touch up. Kayu memang keras. Almaklumlah almari zaman jepun. Tahan lasak dan berat tak macam yang dijual di pasaran sekarang.




Siap!!! Kira oklah kan. Patutnya lagi canti kalau guna syelek. Tapi nak cepat punya pasal, pakai cat minyak je. Kira puas hatilah. Dah tak nampak capuk-capuk macam tadi.

Step seterusnya untuk mengemas baju anak-anak dalam almari pulak. Ni kene buat time 3abdul tidur. Kalau tak memang tak siaplah, banyak sangat tangan nak tolong. heheheheheh

Monday, 18 November 2013

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq

Assalamualaikum.

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq. Itulah nama indah yanng kami berikan pada imam muda kami yang ke-3. Seindah namamu. Seindah pekertimu. Insya Allah. Nazeer selamat dilahirkan pada 14 October 2013 di KPJ Seremban. Awal 2 minggu dari due date. Di lahirkan secara c-sect dan seberat 3.2 kg sahaja.

Sepanjang mengandungkan Nazeer, mama sangat lasak akibat tuntutan kerja. Tiba-tiba dipindahkan ke Uniform Warehouse. Gigih juga mengangkat kotak dan memanjat sini sana. heheheheeh. Tiada langsung rasa mual atau kurang selera makan. Sentiasa berselera. Berat badan macam mengandungkan abang dan Ajim juga dulu. Cuma naik 6-7 kg sahaja. Perut besar mengalahkan macam anak kembar!! Banyak air kata doktor.

Nazeer tak banyak ragam. Malam elok tidur sampai ke pagi. Kuat sangat menyusu. Susu badan + susu formula. huuhuuhuhu. Tetap campurkan . Susu mama tak sebanyak susu orang lain. Tapi alhamdulillah masih mampu menyusukan Nazeer.

**Anakku, semoga kamu dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dan sentiasa menjadi anak yang soleh. Aminn.


Tadaaaa.......saya dah sebulan lah mamaaa!!! Tak lama lagi dah boleh geng dengan abang-abang kita bergumpal   !!









Note: alahaiii...cuti tinggal sebulan jer lagi   :-(

Monday, 4 November 2013

Baby dan JAUNDICE.


Assalamualaikum.

Hari ni, masuk hari ke -22 berpantang. Saya ok je kalau berpantang. Tak heran sangat kalau tak boleh makan itu ini. Asalkan kurus!!!  Hehehe. Cuma saya tak tahan godaan kurang minum “air”. Alamak, memang tak tahan la kalau tak boleh minum air banyak. Tapi apakan daya, pantang punya pasal, nak kurus punya pasal 100 hari aku gagahkan!

Anak saya 3-3 mesti kuning kalau lahir. Abang dan Ajim dulu tak lama sangat kuningnya. Jemur 3-4 hari kat matahari, hilanglah kuning. Adik baby kali ini, lama pulak. Masuk hari ke 18, baru ok kuning. Letih jugaklah saya berulang ke klinik cek darah baby. Ish, ikutkan hati memang malas nak pergi klinik, kesian baby asik kena cucuk ambil darah. Tapi nurse hari-hari datang rumah monitor. Tu yang kugagahkan juga diri ini, walaupun jahitan masih belum kuat. Mungkin sebab baby lahir awal, sebab tu lama kena kuning kot. Hmmm, Alhamdulillah, hari Khamis haritu, Doktor kata tak payah datang dah. Baby dah ok!! Yeayyyy…. Tak payah pergi klinik. Lega mak!!!!

Antara petua yang mak saya buat semasa baby kuning.

1-    **  Bagi baby minum air kundur. (gula kundur beli kat tesco je)
2-    **  Mandikan baby dengan air herba cina  - Ini husband beli brand Eu Yan Sang. Macam uncang Teh. Cuma rendam dan mandikan baby pagi dan petang. Ada 10 uncang berharga RM32.
3-     ** Jemur dekat matahari. Waktu paling sesuai jam 7.30 – 8.30 pagi. Lebih dari time tu adalah matahari penyakit (nurse katalah!!)
4-     ** Susukan dengan susu badan kerap. Supaya baby berak banyak kali.

Heheheheheh, tak banyak pun petua kan. Ini semua orang pun tahu. Takpelah, kalau sesiapa ada petua yang lain sila-sila lah kongsikan yea. Dapat jugak pahala kan!!

Bacaan masih rendah pada hari ke -4. 227.8


Bacaan meningkat sedikit pada hari ke -5. 253.
1
Bacaan sangat tinggi pada hari ke -8. 264.3. Sekiranya bacaan mencecah hingga 270, bayi akan ditahan di wad. Duduk bawah lampu. Adoooiii..lecehla!!

Nasib baik bacaan turun ke 257 pada hari ke -10. Tak payahla nak tahan wad bagai.

Bacaan semakin turun ke 224.

Alhamdulillah. Ke paras normal. Tak perlu la ke klinik lagi.

Bacaan normal bagi jaundice baby adalah 150. Kata doktor, kuning baby lama sebab ibu dan ayah berdarah "o". Hmmmm.. kebanyakan baby kalau lahir sekarang memang akan kena jaundice kan. Apapun, alhamdulillah, baby da sihat, mamapun sudah beransur pulih. Terima kasih atas doa kalian :-)






Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah..semua selamat!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semua selamat. Saya selamat melahirkan seorang lagi imam muda pada 14 Oct 2013. Sehari sebelum Hari Raya Qurban. Baby lahir pada minggu ke-38 akibat komplikasi yang saya alami. Saya disahkan denggi pada 9 Oct 2013 dan terpaksa di tahan di KPJ hampir seminggu. Akibat dari platelet darah yang tidak menentu sebab denggi, saya terpaksa emergency c-sect. Tak kisahlah, yang penting baby selamat.

Hari ini cuma short entry tanpa gambar. Mamanya tak sihat sepenuhnya lagi dan baby masih kuning. Doakan kami cepat sihat yea. InsyaAllah, saya akan ceritakan tentang imam muda saya ni di next entry. ;-)


  

Note: Teringat semasa berpantang abang kita dulu. Wajah baby saling tak tumpah macam abang kita masa baby. Semoga menjadi anak yang soleh yea anak-anak mama!!

Wednesday, 9 October 2013

Pregnancy moment - 38 weeks!

Assalamualaikum.

 
Sudah 38 weeks!! Counting the days!!

 
Bag yang sama sejak menunggu kelahiran Abang kita & Acim mama.

 
Cepat atau delay lagik yeaa?

Tuesday, 8 October 2013

Percutian ke Bali Nov 2012 - Episode 3

Assalamualaikum.

Hari Selasa yang indah nih, boleh tak nak cerita pasal Bali? Asyik bersambung-sambung. Dah setahun pergi, tak sudah-sudah lagik ceriteranya kannn....hehehehheheh..Harini tak banyak sangat nak taip. Banyak entry bergambar saja. Layan kan jerla gambar gedik-santai kami laki bini. Kalau rasa nak muntah, tutup jerla yea..  ;-)







 
Sebuah taman yang agak besar. Garuda Wishnu Kenchana. Cantik juga dan harus terjah sekiranya ke Bali.







 
 
Tempat wajib pergi. Uluwatu Temple. Terdapat banyak kera nakal disini. Perlu hati-hati kerana mereka kuat mencurik. Even, selipar jepun yang tourist pakai pon dia boleh ambil. Hebat! En Asben takut-takut sepanjang di sini kerana takut spec mata diambil Cik Kera yang nakal!!



 
Dah namanya pon Bali kan. Walaupun kami pengantin lama, tetap gagah  nak bercandle light dinner di Jimbaran. Pada saya, makanan tak berapa nak sedap, tetapi harga makkk aii..mahal!!! Tapi sunset memang superb!!! Terasa macam bercinta..hahahhahaha





 
Souvenier di Tanah Lot oklah harganya. Takla semahal seperti di Krishna. Tapi tak semurah di Pasar Sukawati lah. Kalau emergency bolehla beli di sini.









 
Lagi satu tempat wajib Tanah Lot. Cuaca yang panas tak menghalang kami bergambar gedik santai!!
 
 
Masih ada 2-3 tempat lagi nak bawa anda jalan-jalan. Rasanya tak sempat dalam entry nih. Entry nih pun dah berjela-jela dah ha.. kannnnn....
 
Note : Baby dah 38 weeks. Bila-bila baby akan jumpa dengan Abang kita dan Abang Ajim. Yeayyy..Ajim nak jadi Abang dah!!!