Thursday, 28 February 2013

Counting to Birthday Nazeem 1 Year

Assalamualaikum.

Hari Ahad, 3 March 2013. Genaplah usia putera kesayangan mama, papa & abang, Mohammad Nazeem Mifzal Haziq atau nama manjanya, Ajim. Ajim sudah 1 tahun. Ajim bukan baby lagi. Sudah jadi toddler. Rasa macam baru semalam mengandungkan Ajim. Jarak umur Ajim dan abang hanya setahun 3 bulan. Ajim big baby. Ajim lahir ikut tingkap. Bayangkan, saya baru masuk minggu ke 38, berat Ajim sudah menjangkau 4kg. Alhamdulillah, Ajim selamat lahir dengan berat 4.02kg.

Saya mendapat rawatan di Hospital Bersalin Sulkhilmi. Saya melahirkan Ajim di Senawang Specialist Hospital. Suami saya siap bawa masuk video camera untuk merakam kelahiran Ajim. Al-maklumlah, ini kali pertama kena operate. Saya tidaklah gugup mana, kerana melalui pembacaan, operation tidak menyakitkan. Dr. Sulkhilmi suggest untuk saya c-sect. Katanya lagi, sekiranya saya berani ambil risiko untuk melahirkan normal, tidak perlu c-sect.Tetapi, memandangkan abang dahulu pun 3.6kg, saya terpaksa vacum dan kelahiran abang sangat panjang. Saya rasa tak confident dan memutuskan untuk c-sect sahaja. Ajim lahir selepas asar. Terkejut saya melihat Ajim setelah lahir, tembam dan besar!! tapi comel!

Setelah pulang ke wad, saya lihat video kelahiran Ajim. Video duration selamat 40 minit. Macam dokumentari pula. Mak saya kata, seperti anak lembu keluar. hahahhahahaha. Maksud mak saya, dalam video tersebut boleh nampak kegigihan Dr. Sulkhimi untuk mengeluarkan Ajim.Big baby kan!
Abang malu-malu bila lihat Ajim. Terus cium Ajim. Sehingga sekarang, abang suka sangat cium Ajim. Tapi Ajim macam rimas. Yelah, abang kalau geram dia peluk, cium dan gomol Ajim. Sayang sangat abang pada Ajim busuk tu. Alhamduliilah, tumbesaran Ajim bagus. Sudah punya 4 batang gigi dan sudah pandai berjalan. Mempunyai PHD dalam skill memanjat dan Master dalam berjoget. Nampaknya mama, papa & abang celebrate birthday Ajim di Langkawi la yea.
                                        
          Semasa mengandung, muka saya akan kembang setaman, terutamanya bahagian hidung.
Mesin degupan jantung Ajim. Bunyi macam kuda.

Dr. Papa, peneman saya di mana sahaja merangkap videographer.


Ajim sejurus selepas dilahirkan.

Ajim berusia 4 hari.

                                                        Kenangan di hospital bersama Ajim

 
Ajim kena timbang. Macam timbang sayur pulak.

Gambar pertama abang bersama Ajim.



                                                                          Ajim dan mama


                                                         Abang saaayannnng Ajim!!!


                  Anak soleh mama merangkap Imam Muda Mohammad Nazeem Mifzal Haziq

Wednesday, 27 February 2013

OMG...sedihnya..


Gambar yang sudah spread around di FB. Kasihan. Baik sungguh kakak menjaga adik.
Semoga Allah melindungi mereka.

My Motherhood - Episode 3

Assalamualaikum.

Setiap hari saya pasti akan berfikir, betulke cara saya membesarkan anak? Lengkapkah didikan saya?Hari ini sungguh saya rasa tak sedap hati. Saya rasa hilang mood buat seharian. Mana tidaknya, semalam, pulang dari office, badan masih letih, abang buat perangai menangis tak mahu mandi dan dengan selamba dia bergolek di atas lantas bilik air. Saya cuba pujuk abang, buat dia ketawa. Abang tetap degil dan meraung sekuat-kuatnya semasa nak pakai pampers. Hilang sabar saya seketika. Lupa terus tips Prof Muhaya. Saya tampar bontot abang sedikit. Esaknya terhenti seketika dan terus dia memeluk saya. Abang manja. Cepat merajuk. Kasihan pula saya tengok abang. Saya katakan pada abang, mama sayang abang, jangan nakal buat perangai, mama letih belum sempat duduk abang dah buat perangai. Abang peluk saya teresak-esak. Hailaaa abang. Malam tu saya temankan abang main. Saya dodoikan tidurnya. Perasaan bersalah menyelubungi hati saya.

Pagi ini pula, adik pula menangis nak ikut saya ke bilik air. Saya mandikan adik. Saya fikir mampu meredakan tangisnya. Adik terus menangis dan muntah-muntah akibat teran tangisnya. Marah betul saya ketika itu. Saya mandikan adik semula. Saya tinggikan suara pada adik sedikit dan tampar kecil tangannya. Adik diam. Seolah faham mama sedang marah padannya. Teresak-esak dalam pelukan saya. Tiba-tiba dia diam dan senyumm.. Hailaaaa sayang mama ni. Kenapala kamu semua buat perangai time mama nak pergi kerja.

Saya bawak adik keluar dan duduk seketika di kerusi. Sejukkan hati saya sambil memeluk erat adik. Bodohnya saya tak dapat mengawal marah. Saya peluk adik, cium adik dan saya katakan padanya betapa saya sayangkan mereka berdua. Saya akui salah saya kerana gagal mengawal marah. Selepas itu ibu mertua saya keluar. Dari gayanya, seperti memujuk saya mengatakan bahawa adik memang begitu. Tak mahu berpisah dari mamanya,. Terlalu manja!

Saya pergi kerja dengan hati yang sedih. Berat! Menyesal! Saya tak mampu jadi mama yang baik. Bagaimana saya mahu membimbing mereka untuk menjadi anak yang soleh. Perkara itu bermain-main di fikiran saya. Sesampai di office, terus saya ke kantin. Saya belikan adik muffin. Niat di hati nak pujuk adik. Nak gembirakan adik. Ya Allah, jadikan aku ibu yang baik, ibu yang mampu mendidik anak-anaknya. Kuatkan kesabaranku. Beriku kekuatan. Panjangkan umur anak-anakku sekurang-kurangnya sehingga aku menutup mataku....aminn.




 
**Note: Mood tak menentu kebelakangan ini, munkin cik P nak datang menjengah. Dah lewat 1 minggu..hmmmm

Tuesday, 26 February 2013

Reset Minda

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya berpeluang menonton rancangan motivasi Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya. Jujur, saya terpesona!Terpana! Topic adalah bagaimana mengawal marah. Saya akui, kadang-kadang saya rasa seperti tiada mood, letih, nak marah. Pulang dari kerja menguruskan anak pula. Memang letih. Tapi setelah saya berfikir, betul apa yang dikatakan oleh Prof. Kalau kita layankan rasa marah, memang kita akan marah. Cuba ketika kita marah, kita set di minda untuk gembira. Automatik kita tak akan marah. Saya try!!..Jadi!!!

Betul juga yang dikatakan oleh Prof., bila kita marah, kita akan letih, rasa sedih dan tertekan. Berbeza kalau kita gembira. Aura positif member kita tenaga. Hmmm... saya jadikannya sebagai satu nasihat yang bagus. Memang penat, bila pulang kerja, anak-anak meragam. Nak marah pun no point, mereka kecil lagi bukan faham. Buat rasa menyesal saja marah anak-anak yang tak berdosa tu.

Macam malam tadi, Ajim dan abang bekerjasama tumpahkan air teh atas lantai, saya kemas. Selesai kemas, Ajim sepahkan barang lain. Selesai saya susun, Abang pula merengek nak makan biskut,. Tak habis penat, dua beradik ni memanjat kerusi. Aduhaiiiii..letih nya mama sayang. Tapi saya senyum dan ketawa. Saya ajak mereka menyanyi sambil tepuk tangan lagu "Papaku pulang". Alhamdulillah, hilang rasa nak marah. Saya rasa bahagia!!Puas!! Anak-anak ibarat "ice-cream" bagi saya. Sejuk hati melihat gelagat mereka walaupun kadang-kadang bisa buat saya geram. Hailaaaa....bujang-bujang mama sekalian. Kalian kan anak-anak syurga. Itu baru 2 hero, belum lagi 5, macam yang papa kamu inginkan..heheheheheh


Hari-hari, inilah rutin 2 beradik..menyepahkan mainan...hmmm
 
Note: Hari ini hari lahir ayahanda tersayang yang ke 60 tahun. Selamat hari lahir ayah. Semoga panjang umur sihat tubuh badan..aminn..


Monday, 25 February 2013

Motherhood Story - Episode 2

Assalamualaikum.

Saya teruja melihat ramai rakan blogger yang menceritakan tentang breastfeeding journey mereka. Rezeki Allah, mereka mampu untuk menyusukan anak mereka sehigga 2 tahun. Pengalaman saya semasa anak pertama agak kurang. Susu badan memang sedikit. Susu saya hanya terhasil lebih kurang 3-4 hari selepas melahirkan Abang. Selepas itu, saya tidak direct feed kerap. Susu sikit. Abang tak kenyang. Asyik merengek kelaparan. Itu telahan saya. Jadi saya mengambil jalan mudah suakan susu tepung. Saya hanya menyusukan abang sebulan sahaja.

Selepas itu susu kering terus. Penyesalan dihati timbul apabila saya melihat rakan office pam susu di surau. Cemburu! Tapi telah terlambat. Abang tak mahu menyusu badan lagi. Yelah, dah lama tinggal dan lagipun susu badan keluar sedikit sahaja. Melalak lah abang seantero dunia. Abang menginjak umur 4 bulan, saya mengandung lagi. Kali ini, saya banyak membaca tentang breastfeeding. Saya rindu, teringin dan rasa tanggungjawab.

Genap 10 bulan dalam kandungan, Ajim lahir. Big baby dan sangat kuat menyusu. Susu saya tetap kurang. Saya dapat menyusukan Ajim bila 3-4 hari selepas melahirkan. Saya top-up dengan susu tepung juga. Saya tetap gigih menyusukan Ajim walaupun bukan secara exclusive. Kini alhamdulillah, Ajim sudah nak masuk usia 1 tahun. Ajim masih menyusu badan tapi sekarang cuma waktu malam. Dulu saya ada juga pam susu sebagai stok diwaktu siang, cuma berjaya mendapat 4auns sahaja. Sikitkan?Takpelah, sekurang-kurangnya saya berusaha.

Bila saya suarakan masalah susu sedikit pada doktor, doktor cadangkan menjaga pemkanan dan mengambil makanan tambahan. Saya sudah usahakan.Tapi masih tiada peningkatan. Saya faham saya harus mengepam dengan kerap untuk menghasilkan signal ke otak dan menghasilkan susu yang banyak. Saya bekerja makan gaji di syarikat swasta. Masakan saya punya waktu yang banyak kan? Tapi, saya tetap bersyukur, Allah masih memberi saya nikmat untuk menyusukan anak saya walaupun bukan secara exclusive. Alhamdulillah.

**Gambar ehsan Mr.Google - Seriusly, saya cemburu bila melihat susu yang banyak macam ini. Tak pernah saya dapat sebanyak ini.

Kepada abang: maafkan mama sebab lalai tentang kepentingan susu ibu, ampunkan mama kerna nafikan hak abang. Sesungguhnya mama tak mampu dan mama menyesal. Setiap kali mama lihat abang, pasti terbit sedikit penyesalan di jauh hati mama kerana tak mampu menyusukan abang sepeti ajim. Apa yang penting sayang mama pada abang tiada tolok bandingya sama seperti ajim.

Be a good boys my heroes!!

Sunday, 24 February 2013

Counting to 4th Anniversary

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, tak sangka kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4. 4 tahun bersama dianugerahkan 2 orang hero yang kacak lagi bergaya, alhamdulillah. Kami bermula dari 0 dan kini alhamdulillah hampir lengkap. He's the part of me. Kami saling melengkapi dan harapan serta doa yang di panjatkan setiap hari agar rumahtangga kami utuh hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Kami mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah. Saya di tingkatan 2, suami di tingkatan 5. Bukan bercinta, berkawan dahulu dan menjadi lebih serius semasa saya melanjutkan pelajaran ke Kolej. Genap 12 tahun kami mengenali satu sama lain, kami bernikah. Bulan madu pertama kami di Langkawi. Biasalah, bajet couple at first stage of marriage, local place menjadi pilihan. Tahun ini, kami bercadang untuk ke Langkawi semula. Menjejak kenangan yang ditinggalkan, sementara berehat bersama anak-anak tersayang.

Bila saya selak gambar-gambar lama ketika honeymoon dulu, saya tersenyum sendiri.Semasa itu masing-masing fresh dan kurus!!..Heheheheheeheh.. Sekarang lebih matang dan dewasa. Sedih kalau mengimbau semula kenangan yang kami lalui sepanjang kami bersama. 15 tahun bukan satu waktu yang singkat. Kami harungi pahit manis bersama. Emosi pula rasanya!! Allah itu memang menjanjikan dia sebagai suami. Walaupun bertengkar, berselisih pendapat, tiba masanya kami tetap disatukan. Alhamdulillah, tidak pernah saya menyesal memilih suami. Segala kekurangan dan kelebihan saya terima seadanya begitu juga suami.

Ye papa, kita mulakan percutian 2013 dengan Langkawi dan disusuli dengan tempat yang lebih menarik selepas ini. InsyaAllah.

                                                            Honeymoon pertama 2009
Mengikat tali pertunangan pada April 2008

Setelah sah menjadi suami isteri pada Mac 2009

Majlis di sebelah saya.

Majlis di sebelah suami.

Thursday, 21 February 2013

Gambar passport pertama budak kecik ni.

Assalamualaikum.

Semalam after kerja, berkejar balik ke Senawang sebab nak ambil gambar passport 2 orang hero ni. Tukar baju je. Seluar tetap pakai seluar tidur. Bukan nampak kan. Abang happy ambil gambar sebab dapat keluar berjalan malam-malam. Ajim muke takder mood. Demam tak kebah lagi. Hari Sabtu ini berperang lah pulak nak ke imigresen buat passport.

Ini lah dia wajah-wajah kesayangan ayahanda & bonda.

Lebar senyuman abang, Ajim muka busuk..hehehehehe
 
**Hujung minggu datang lagi, kali ni sibuk nak uruskan passport dan pack barang lah nampaknya.

Wednesday, 20 February 2013

Abang, cepatlah cakap sayang..

Assalamualaikum.

Abang Nazeef sudah 2 tahun 2 bulan. Sungguh saya risau. Abanng belum mampu cakap. Abang cuma akan baby's talk dan babling ikut suka hati dia. Adakah ini normal??Banyak juga saya baca ianya normal. Abang boleh sebut dalam 50 perkataan. Tapi kadang-kadang. Bila abang cakap "Nak susu"..bila saya suruh ulang, dia akan babling semula. Bila time dia rajin kemain dia panggil "ajeeeemmm"....Tilam Tilam!!, Upin-ipin ar!! nak kakak!!....Hailaaaa abang sayang ni. Wan kata abang malas cakap. Kaki ringan. Bekerjasama dengan adik Nazeem memanjat segala palang yang ada.

Saya ada refer pada paed. Saya risau kalau abang ada masalah autism. Kata doktor alhamdulillah tak ada. Cuma mungkin memang bab cakap lambat. Anak buah saya yang sebaya abang kemain lagi petahnya. Jelous! Saya tidak memaksa abang. Saya gemar melayan abang berbual. Abang suka tengok Babytv. Setiap lagu dalam babytv dia tahu rentaknya. Cuma dia akan "papapapapapa mamamamamam...tatatatat.aaaaaaaa" Kalau iklan di tv pun begitu. Dia lancar apa yang akan jadi seterusnya.

Kata doctor lagi, jangan risau.Asalkan dia faham arahan. Abang memang faham arahan. Kalau tak faham kata mama, takkanlah abang ni cepat merajuk kan. Saya harap, cepatlah abang dapat bercakap. Doa saya setiap hari pada Allah Taala. Abang tahu kalau pampersnya dah full. Dia akan  buka seluar sendiri dan tunjukkan pada saya. Bila dah berak pon dia akan buat begitu. Abang akan panggil saya dan bercerita kalau nampak benda yang pelik. Tapi biasalah, cakap Jepun agaknya. Abang dah pandai pakai kasut sendiri dan banyak lagi perkembangan yang positif. Cuma cakap je, agak malas. Hmmm.

Mummy-mummy di luar sana, share lah pengalam kalau ada yang sama seperti saya. Bila agaknya abang akan petah bercakap? Perlukah saya risau? Normalkah? Ya Allah, rissau sungguh hati saya.

Abang beberapa hari selepas dilahirkan.
 
5 months
6 months
7 months
1 year
Big Baby mama!!
 
Semoga Allah bantu abang, permudahkan abang, terangkan hati abang, panjangkan umur abang, sihatkan tubuh badan abang, aminnnn!!
 

Tuesday, 19 February 2013

Nazeem demam

Assalamualaikum.

Nazeem demam. Minggu lepas abang demam. Minggu ni adik pula. Masa saya pulang semalam, lasaknya bukan main, semua kerusi dia nak panjat. Tiba malam, adik dah pancit. Bila rasa badan, sah! Ajim demam. Malam tadi juga saya beri Ajim makan ubat tapi malam tadi Ajim tak selesa tidur. Resah! Mungkin tak selesa badan panas dan kepala berat. Kasihan anak yang soleh mama, Ajim.

Pagi ini, mak saya dari Senawang datang jemput 2 beradik tu. Ajim nak potong rambut. Yelah, esok nak ambil gambar passport. Mestila kena hensem dan kemas. Tak tahulah macam mana agaknya mereka nak duduk diam ambil gambar.hehehehehee..Ajim demam nak besar ni.Nak pandai lari, nak tumbuh gigi banyak-banyak. Senang nak kacau abang makan yea. Takpelah sayang, mama doakan awak cepat sihat yea. Cepat awak dapat memanjat semula.

 
God bless you my baby!!

Monday, 18 February 2013

Motherhood story - Episode 1

Assalamualaikum.

Sejak terlibat dalam bidang mak-mak nih, jujur saya katakan, sudah lama saya tak melayan drama tv atau movie. Seawal 5.30am dah terjaga dari tidur menyusu Ajim. Jam 8pg - 7ptg, sah-sah berada di office. Rasa rindu juga nak melayan drama macam waktu bujang. Tapi saya percaya, motherhood journey lebih hebat penangannya. Buat masa sekarang, saya lebih gemar melayan slot drama di  DIVA channel. Yang menjadi kegilaan saya ialah Law & Order, Covert Affair dan movies yang ditayangkan pada waktu puncak. Tapi taklah sampai terbaring layan setiap hari. Tengok juga waktu yang terluang.

Rasa terlayan perasaan dan hilang letih melayan drama-drama fantasi saya nih. Nak ke New York, LA tak kesampaian. Tengok kat TV jadilah. Sambil melayan TV, 2 beradik tuh saya lambakkan permainan untuk mereka explore. Boleh mama curi tengok TV kejap. Ingat lagi, semasa saya bujang dulu, saya gemar melayan Glee, One Tree Hill dan Korean Drama. Sekarang? jangan harapla, ada masa yang begitu banyak nak melayan setiap episod. Baru nak tengok bf korea sikit, Ajim dah merengek nak mengopek. Abang dah bising suruh tukar BabyTV. heheheheheeh.

Saya rindu juga nak tengok cerita di Fox Channel. Bones, Desperate Housewife & Criminal Mind. Husband saya senang-senang terminate channel kegemaran saya tanpa bertanya. Hishhhhhh...geramnyaaa...

Wayang????hmmmm.....saya pun dah terlupa dimana panggung wayang di Seremban. Tunggula anak-anak ni besar dulu baru mama keluar layan Midnight Movie ye.

Saya membeasr dengan cerita ini. Di tayangkan di 8tv jam 10.30 malam hari Ahad.
Minat sangat dengan Lucas Scott aka Chad Michael Murray..heehehe
 
Saya pun sudah lost count. Sekarang sudah season ke berapa?? Sejak bujang sehingga anak 2. Saya masih seronok melayan telatah surirumah di Wisteria Lane.
 
Seawal diterbitkan, rajin juga menontonnya. Sekarang, hahahahha..dalam mimpi sahaja!!
 
Sehingga sekarang menjadi peminat No.1 rancangan ini. Nasib baik masih ada di 8TV walaupun bukan latest season. Jadilah!!
 
Menjadi santapan mata saya setiap malam sambil melayan 2 hero lasak tu.
 
Saya minat dengan Piper ini. Filem pertama lakonannya yang saya tengok adalah 13th Ghost...Scarry. Salah satu filem seram kesukaan saya.
 
Tidur jam 11.30 malam dan bangun keesokannya, rutin kembali seperti biasa. FULL CIRCLE!!