Wednesday, 20 February 2013

Abang, cepatlah cakap sayang..

Assalamualaikum.

Abang Nazeef sudah 2 tahun 2 bulan. Sungguh saya risau. Abanng belum mampu cakap. Abang cuma akan baby's talk dan babling ikut suka hati dia. Adakah ini normal??Banyak juga saya baca ianya normal. Abang boleh sebut dalam 50 perkataan. Tapi kadang-kadang. Bila abang cakap "Nak susu"..bila saya suruh ulang, dia akan babling semula. Bila time dia rajin kemain dia panggil "ajeeeemmm"....Tilam Tilam!!, Upin-ipin ar!! nak kakak!!....Hailaaaa abang sayang ni. Wan kata abang malas cakap. Kaki ringan. Bekerjasama dengan adik Nazeem memanjat segala palang yang ada.

Saya ada refer pada paed. Saya risau kalau abang ada masalah autism. Kata doktor alhamdulillah tak ada. Cuma mungkin memang bab cakap lambat. Anak buah saya yang sebaya abang kemain lagi petahnya. Jelous! Saya tidak memaksa abang. Saya gemar melayan abang berbual. Abang suka tengok Babytv. Setiap lagu dalam babytv dia tahu rentaknya. Cuma dia akan "papapapapapa mamamamamam...tatatatat.aaaaaaaa" Kalau iklan di tv pun begitu. Dia lancar apa yang akan jadi seterusnya.

Kata doctor lagi, jangan risau.Asalkan dia faham arahan. Abang memang faham arahan. Kalau tak faham kata mama, takkanlah abang ni cepat merajuk kan. Saya harap, cepatlah abang dapat bercakap. Doa saya setiap hari pada Allah Taala. Abang tahu kalau pampersnya dah full. Dia akan  buka seluar sendiri dan tunjukkan pada saya. Bila dah berak pon dia akan buat begitu. Abang akan panggil saya dan bercerita kalau nampak benda yang pelik. Tapi biasalah, cakap Jepun agaknya. Abang dah pandai pakai kasut sendiri dan banyak lagi perkembangan yang positif. Cuma cakap je, agak malas. Hmmm.

Mummy-mummy di luar sana, share lah pengalam kalau ada yang sama seperti saya. Bila agaknya abang akan petah bercakap? Perlukah saya risau? Normalkah? Ya Allah, rissau sungguh hati saya.

Abang beberapa hari selepas dilahirkan.
 
5 months
6 months
7 months
1 year
Big Baby mama!!
 
Semoga Allah bantu abang, permudahkan abang, terangkan hati abang, panjangkan umur abang, sihatkan tubuh badan abang, aminnnn!!
 

12 comments:

  1. hi..dah follow kamu jugak..
    mama nazeef, jgn risau ye..anak saya dulu umur 2 th lebih baru boleh cakap, tu pon lepas saya masuk kan dia kat taska..mula2 risau jugak, tapi lepas dia dh boleh cakap, cakap je tak berenti hehehe, normal kot,setiap budak tak sama tahap perkembangan dia, ada cepat ada lambat, so jangan bimbang k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke....lega la kalo macam tuh..agaknya jadi mak-mak ni mmg risau lebih kot yea..thanks yaa

      Delete
  2. Salam kenal dr kak Nurul,jgn risau anak lambat ckp,dulu anak kak Nurul pun sama skrg 4 thn dah pandai ckp tp pelat lg.huhuhu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. o yeke..harap2 dapatla abang bercakap dgn lancar..

      Delete
  3. InsyaAllah takde pape.Doktor pun ckp okay kan.Kalo dia boleh ckp sikit2 tu rasanya dah okey..

    ReplyDelete
  4. Mama jangan risau.. Hakim pun mcm tu jugak. Malas bercakap tapi bila sebut tu kadang2 betul sebutan nya. Penah sekali saya bwk Hakim main kat taman dengan sepupu dia, saya sendiri terkejut dengar dia bole mengira satu sampai sepuluh sambil naik tangga..!!

    Rupa-rupa nyer apa yang di ajar selama ni dia paham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon ingat nak suruh abang mix around dgn budak2 baya dia...at least dia boleh training

      Delete
  5. alahai..comelnya abg..jgn risau ye mama..sbb my son pon lmbt ckp gk..lepas tiga tahun br lancar ckpnya..sbb org kata klo cepat jln lmbt ckp..vice versa..so dont worry ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy..di awal 2 thn tu, perkmbangan dia macam abang ke atau camner??

      Delete
  6. tak pe kot sbb awk dah jumpa doktor dan doktor pun tak kate ada masalah ape2,lama2 nt bole la cakap tu,cuma awak try la berbual dengan dia hari2,tu salah satu usaha jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.......hari2 berbual dengan dia walaupon tak paham abang speaking jerman...

      Delete