Thursday, 7 February 2013

Air Asia CNY Dinner

Assalamualaikum

Pada 1 Feb 2013, dept saya iaitu finance telah mengadakan CNY Dinner di Marriot Hotel Putrajaya. Dah nama pon CNY Dinner kan, tema pakaian pastilah warna merah. Saya tak kisah sangat pasal dinner ke atau majlis makan-makan ke, yang saya kisah ada cabutan bertuah. Ini semua tactic nak tarik semua staff untuk hadir ke dinner tersebut. Dept saya iaitu finance staff taklah ramai mana, lebih kurang 60 orang. Yang hadir cuma 30 orang memandangan cashier ramai yang on duty pada malam tersebut. Kasihan mereka tak dapat join ya!

Kali ini cabutan bertuah saya agak teruja dengan grand prize iaitu pakej percutian 5 hari 4 malam di Hong Kong & ShenZhen. Tidak termasuk tiket flight. Pandai-pandailah pakai tiket staff kalau nak pergi. Hadiah yang lain biasa-biasa saja seperti wang tunai & barangan elektrik. Jangan pula nak dibandingkan dengan grandprize untuk Annual Diiner Air Asia pada Nov 2012 lepas. RM200,000 cash prize menanti anda. Terkejut kan?? Pak Tony kaya nak sedekah agaknyer.. Untuk lucky draw saja beliau mengeluarkan RM2juta ..Sayang kat staff kot ye Pak Tony?.Mungkin saya akan ceritakan tentang Air Asia Annual Dinner di lain entry ya..Tahun  lepas saya memenangi satu set rantai white gold. Rezeki anak mungkin. Pada masa itu saya mengandungkan adik Nazeem.Tahun ini saya cuma menang voucher jusco bernilai RM140..heheheheh..alhamdulillah...Boss pon topup juga duit raya RM150 seorang.

Pakej Hong Kong dimenangi oleh rakan kami akhirnya Uda. Gembira la sangat tuh...Jelesnyer...
Tentang menunya pula, kami dijamu dengan Chinese Course, Sebenarnya saya lebih gemar untuk makan buffet..Boleh makan sepuas hati dan apa yang saya nak. Tapi nak buat macam mana, benda free kan ikut jerla...Oklah layan gambar pulak. Gambar pun tak banyak yang diambil. Asik leka makan dan berbual je.


Pertama kali makan Yi Sang..Hmmm....bukan selera sayala..Saya selera kampung.

 
Dengan beberapa group finance. Kami 1 Malaysia..Semua bangsa ada..

Oklah, cuti raya panjang ni..drive safely ya..
 

7 comments:

  1. as salam,

    thanks follow blog sy ye, sy dtg sini follow blk..happy blogging ye...

    menang voucher pun best jgk..dpt shopping free..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yelah...better than nothing kan...salam ukhwah

      Delete
  2. salam kenal kembali..
    bestnyer dpt makan free.

    ReplyDelete