Sunday, 24 February 2013

Counting to 4th Anniversary

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, tak sangka kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4. 4 tahun bersama dianugerahkan 2 orang hero yang kacak lagi bergaya, alhamdulillah. Kami bermula dari 0 dan kini alhamdulillah hampir lengkap. He's the part of me. Kami saling melengkapi dan harapan serta doa yang di panjatkan setiap hari agar rumahtangga kami utuh hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Kami mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah. Saya di tingkatan 2, suami di tingkatan 5. Bukan bercinta, berkawan dahulu dan menjadi lebih serius semasa saya melanjutkan pelajaran ke Kolej. Genap 12 tahun kami mengenali satu sama lain, kami bernikah. Bulan madu pertama kami di Langkawi. Biasalah, bajet couple at first stage of marriage, local place menjadi pilihan. Tahun ini, kami bercadang untuk ke Langkawi semula. Menjejak kenangan yang ditinggalkan, sementara berehat bersama anak-anak tersayang.

Bila saya selak gambar-gambar lama ketika honeymoon dulu, saya tersenyum sendiri.Semasa itu masing-masing fresh dan kurus!!..Heheheheheeheh.. Sekarang lebih matang dan dewasa. Sedih kalau mengimbau semula kenangan yang kami lalui sepanjang kami bersama. 15 tahun bukan satu waktu yang singkat. Kami harungi pahit manis bersama. Emosi pula rasanya!! Allah itu memang menjanjikan dia sebagai suami. Walaupun bertengkar, berselisih pendapat, tiba masanya kami tetap disatukan. Alhamdulillah, tidak pernah saya menyesal memilih suami. Segala kekurangan dan kelebihan saya terima seadanya begitu juga suami.

Ye papa, kita mulakan percutian 2013 dengan Langkawi dan disusuli dengan tempat yang lebih menarik selepas ini. InsyaAllah.

                                                            Honeymoon pertama 2009
Mengikat tali pertunangan pada April 2008

Setelah sah menjadi suami isteri pada Mac 2009

Majlis di sebelah saya.

Majlis di sebelah suami.

10 comments:

  1. Tahniah.yer.Lama betul kenal ye?bagus,kalau dh jodoh,Alhamdulillah.Semoga kekal ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..mudah mudahan kekal ke akhir hayat

      Delete
  2. Hepi anniversary awak...moga kekal hingga ke Jannah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..hingga kekal ke jannahh..aminnn

      Delete
  3. Happy Anniversary..
    Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..

    eija pun dulu honeymoon kat langkawi, teringin gak nak g langkawi sekali lagi dgn 2 anak pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.....nak menjejak semula kengan lama bersama anak2..heheheheh

      Delete
  4. Happy 4th anniversary sue (betulke panggilan ni)..perjalanan masih jauh,semoga tabah dan sabar dalam menempuh cabaran dan dugaan dalam rumahtangga. Tahniah dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anim....insyaAllah...semoga kekal ke akhir hayat hendaknya.,..

      Delete
  5. happy anniversary..semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. ^_^

    ReplyDelete