Thursday, 28 February 2013

Counting to Birthday Nazeem 1 Year

Assalamualaikum.

Hari Ahad, 3 March 2013. Genaplah usia putera kesayangan mama, papa & abang, Mohammad Nazeem Mifzal Haziq atau nama manjanya, Ajim. Ajim sudah 1 tahun. Ajim bukan baby lagi. Sudah jadi toddler. Rasa macam baru semalam mengandungkan Ajim. Jarak umur Ajim dan abang hanya setahun 3 bulan. Ajim big baby. Ajim lahir ikut tingkap. Bayangkan, saya baru masuk minggu ke 38, berat Ajim sudah menjangkau 4kg. Alhamdulillah, Ajim selamat lahir dengan berat 4.02kg.

Saya mendapat rawatan di Hospital Bersalin Sulkhilmi. Saya melahirkan Ajim di Senawang Specialist Hospital. Suami saya siap bawa masuk video camera untuk merakam kelahiran Ajim. Al-maklumlah, ini kali pertama kena operate. Saya tidaklah gugup mana, kerana melalui pembacaan, operation tidak menyakitkan. Dr. Sulkhilmi suggest untuk saya c-sect. Katanya lagi, sekiranya saya berani ambil risiko untuk melahirkan normal, tidak perlu c-sect.Tetapi, memandangkan abang dahulu pun 3.6kg, saya terpaksa vacum dan kelahiran abang sangat panjang. Saya rasa tak confident dan memutuskan untuk c-sect sahaja. Ajim lahir selepas asar. Terkejut saya melihat Ajim setelah lahir, tembam dan besar!! tapi comel!

Setelah pulang ke wad, saya lihat video kelahiran Ajim. Video duration selamat 40 minit. Macam dokumentari pula. Mak saya kata, seperti anak lembu keluar. hahahhahahaha. Maksud mak saya, dalam video tersebut boleh nampak kegigihan Dr. Sulkhimi untuk mengeluarkan Ajim.Big baby kan!
Abang malu-malu bila lihat Ajim. Terus cium Ajim. Sehingga sekarang, abang suka sangat cium Ajim. Tapi Ajim macam rimas. Yelah, abang kalau geram dia peluk, cium dan gomol Ajim. Sayang sangat abang pada Ajim busuk tu. Alhamduliilah, tumbesaran Ajim bagus. Sudah punya 4 batang gigi dan sudah pandai berjalan. Mempunyai PHD dalam skill memanjat dan Master dalam berjoget. Nampaknya mama, papa & abang celebrate birthday Ajim di Langkawi la yea.
                                        
          Semasa mengandung, muka saya akan kembang setaman, terutamanya bahagian hidung.
Mesin degupan jantung Ajim. Bunyi macam kuda.

Dr. Papa, peneman saya di mana sahaja merangkap videographer.


Ajim sejurus selepas dilahirkan.

Ajim berusia 4 hari.

                                                        Kenangan di hospital bersama Ajim

 
Ajim kena timbang. Macam timbang sayur pulak.

Gambar pertama abang bersama Ajim.



                                                                          Ajim dan mama


                                                         Abang saaayannnng Ajim!!!


                  Anak soleh mama merangkap Imam Muda Mohammad Nazeem Mifzal Haziq

6 comments:

  1. Olololo..comel sgt dua org ni,tak jemu2 tgk.Btw,happy 1st birthday Ajim..hai la,cepat jer anak-anak ni membesar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anty..bila anak cepat besar..amam pon cepat tua kann

      Delete
  2. alolo..comelnye..Btw..Happy B'day in advance Ajim..moga terus membesar dengan sihat & menjadi anak yg soleh..^^

    ReplyDelete
  3. hepi besday ajim... hasben masuk sekali dalam wad bersalin ka? bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mama leen. ha'ah, asben msuk sibuk nak buat recording..dia kata, kalao ajim buat pernagi besar nanti, tunjuk kat ajim video tuh..heheheheh

      Delete