Thursday, 21 February 2013

Gambar passport pertama budak kecik ni.

Assalamualaikum.

Semalam after kerja, berkejar balik ke Senawang sebab nak ambil gambar passport 2 orang hero ni. Tukar baju je. Seluar tetap pakai seluar tidur. Bukan nampak kan. Abang happy ambil gambar sebab dapat keluar berjalan malam-malam. Ajim muke takder mood. Demam tak kebah lagi. Hari Sabtu ini berperang lah pulak nak ke imigresen buat passport.

Ini lah dia wajah-wajah kesayangan ayahanda & bonda.

Lebar senyuman abang, Ajim muka busuk..hehehehehe
 
**Hujung minggu datang lagi, kali ni sibuk nak uruskan passport dan pack barang lah nampaknya.

2 comments: