Wednesday, 13 February 2013

Genting Highland 2011

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya saya tak pergi bercuti di Genting Highland. Dulu masa baru kahwin, rajin pulak ke sana siap bermalam. Dah ada anak-anak ni, macam malas pulak nak tidur bagai. Last rasanya ke sana pada last few months. Tak ingat dah bila. Tapi tak ambil gambar pon sebab rase macam tiada yang menarik. Tadi, bila kemas-kemas hardisk, terjumpa pula gambar ke Genting pada Dec 2011. Mase tu Nazeef baru nak cecah umur setahun. Adik Nazeem dalam perut. Kalau tak silap, mase tu saya mengandung 7 bulan. Tapi gigih nak berjalan.

Alhamdulillah, semasa mengandung, saya tak mengalami apa-apa simptom atau masalah. Cuma saya akan mengembang dengan jayanya. Muka akan kembang terutamanya bahagian hidung. Uishh, ngeri tengok. Saya perasan, semasa mengandung perut saya amatlah besar. Saya memang banyak makan semasa mengandung. Orang lain sampai tak selera makan ...hahaha..bahagian masing-masing.

Kami gerak dalam jam 11pagi. Cuaca pada mulanya ok, tapi hujan dengan lebat belah petang. Saya silap, pergi beli tiket untuk semua permainan. Walhal terlupa diri ini preggy, mana boleh main semua permainan. Di sebabkan hujan pada petang, semua orang tertumpu untuk main indoor games. Punyalah ramai beratur. Abang macam biasalah, dia tak suka ramai-ramai. Lemas agaknya. Merengek je sepanjang beratur. Hmmm..abang abang!! Lama juga kami di sana. Jam 9 malam baru gerak pulang ke Seremban. Abang siap lap badan dan tukar baju. Baru selesa nak tidur kan abang. Senang hati tengok abang tidur. Letih agaknyer. Perut dah kenyang makan, makin lenalah tidur abang. Mama macam biasa, tugasnya layan papa berborak, jangan kasi boring dan ngantuk semasa drive.
                                              
Abang macam nak pergi Korea pulak..dengan Snow Cap bagai..



Lebar pinggan kan muka saya..Uishh





Sejuk-sejuk makan aiskrim..hmm

Like father like son..

Mama tak boleh naik sebab preggy..tolong ambil gambar jerlaaa

Scenery macam kat Korea...

 
Suke gambar abang masa nih...sayang muahmuah
 
Note: Abang demam sekarang. Dah 2 hari. Tapi tulah abang ni liat nak makan ubat.Stress mama nak bagi. Semoga abang cepat sihat. Adjik jimjim dah boring main sorang-sorang. Abang asyik moody je. Semoga cepat sembuh anak sulong mama, nanti dah sihat kita pergi jalan-jalan ye.Muahmuah sayang!!
 


5 comments:

  1. salam kenal kembali..


    skg ni sana sini cerita org tak sihat.. mcm kami yg baru lepas.. tp ada hikmahnya kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah..alhamdulillah..abang da sihat semula...

      Delete
  2. salam kenal kembali.
    wah masih ingat tu citer tahun 2011.
    saya dah follow awk semula

    ReplyDelete