Wednesday, 6 February 2013

Lambat dapat anak?


Assalamualaikum
Sejak kebelakngan ni saya perasan, banyak dalam akhbar atau majalah yang membincangkan tentang masalah kesuburan. Yea, saya faham, setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat sebagai penyeri  sesebuah masjid itu kan. Kadang saya terfikir, Allah itu maha adil. Pasti ada hikmah terjadinya sesuatu. Yang mahukan anak belum dapat, yang senang dapat anak pulak buang merata. Subhanallah.

Saya pun bukannya jenis yang kahwin terus lekat. Setahun juga saya menunggu dan berikhtiar macam-macam untuk mendapatkan anak. Kadang-kadang saya lihat ada rakan yang berkahwin sehingga 7 tahun masih belum mempunyai anak kan. Bagaimanalah perasaan mereka. Hanya Allah yang tahu.
Pengalaman saya ketika cuba mendapatkan anak dulu saya jadikan panduan buat rakan-rakan yang masih mencuba. Mengikut nasihat dari doctor pakar sakit puan sendiri dan melalui pembacaan saya, mudah-mudahan ia menjadi rujukan untuk sesiapa yang mahukan anak. Selain dari doa pada Allah Ta’ala, kita juga kenalah usaha kan untuk mendapatkannya.

Amalan untuk mendapatkan anak
-          Pertama sekali, saya ke KPJ untuk periksa samada kami suami isteri bermasalah atau tidak. Alhamdulillah semuanya ok. Saya refer kepada DR. Alvin Lim di KPJ Seremban.
-          Saya amat menjaga pemakanan sepanjang setahun saya mencuba untuk conceive. Saya jauhi fast food, buah jambu batu, makanan yang sejuk seperti tembikai, betik, kopi, carbonate drink dan segala bentuk makanan yang mengandui MFG ie. Mee segera, burger.
-          Saya memilih untuk masak sendiri dan memakan makanan yang segar. Jadi saya tahu samada ia mengandungi ajinomoto atau tidak.Btw, Pak Aji nit ak baik untuk kesihatan.
-          Tentang jadual subur saya pasti ramai yang dah expert kan.
-          Selepas bersama, sepanjang hari-hari berikut sebelum kedatangan haid yang seterusnya, saya jauhi dari melakukan kerja yang berat.  Mengikut doctor juga, tak mustahil benih sudah lekat tapi akibat dari pergerakan yang buas, ia boleh jatuh dan turun sebagai darah haid.
-          Saya juga mengelakkan makan makanan yang tajam seperti cuka, jeruk dan nanas.
-          Saya ada mencuba clomid dan juga produk “Khasiat Bumi”. Saya tak pasti yang mana satu berkesan kerana saya makan pada waktu yang sama dan Alhamdulillah saya hamil. Untuk produk Khasiat Bumi anda boleh google sendiri untuk menari maklumat mengenainya.
-          Apabila saya melihat wanita yang hamil, saya akan cepat-cepat usapkan perut dan berdoa pada Allah semoga mengurniakan nikmat sepertinya.

Alhamdulliah, rezeki setiap orang berlainan. Walaupun baru setahun berkahwin, saya juga kerap dihujani soalan-soalan  seolah memerli. Hai, mandul ke?? Merancang sangat ke? Bila nak dapat anak nih? Korang tanak anak ke?..Memang sakit hati, tapi nak buat macam mana kan…mulut manusia manalah boleh nak tutup. Sedih bila setiap kali period datang. Itu baru setahun.Bayangkan orang lain yang mengalaminya hampir 7 tahun, 10 tahun. MasyaAllah.. Betapa hebat  dugaan yang mereka lalui. Harap mereka sabar dan mendapat rahmat di sebaliknya. InsyaAllah.
Alhamdulillah, sekarang Mohammad Nazeef Muqri Haziq sudah berusia 2 tahun. Sihat dan cergas. Sudah pandai bercakap sedikit budak abang ni. Dan jangan tak percaya budak abang dah ada adik. Mohammad Nazeem Mifzal Haziq berusia 1 tahun. Yea, rezeki Allah. Bila Allah bagi, sekali 2 dia bagi. Alhamdulillah.

Percaya atau tidak, saya pernah bertanya pada seorang ustaz. “Ustaz, kenapa ada orang yang tak dikurniakan anak sedangkan mereka mahu dan kenapa ada orang yang buang anak? “ Jawab ustaz itu. Allah itu maha adil. Mereka tidak dikurniakan anak munkin kerana Allah tahu bahawa mereka mampu untuk menjaga dan menyayangi anak orang lain. Contoh, mereka mampu untuk menjaga bayi yang tidak ada ibu bapa. Kan sudah lengkap pusingan itu. Wallahualam.
                   Mohammad Nazeef Muqri Haziq - Hari Pertama dilahirkan pada 22 Dec 2010.
                                             Dah 2 tahun anak bujang mama si dobot nih.
                                Mohammad Nazeem Mifzal Haziq dilahirkan pada 3 March 2011
                                                     Kini gigih melangkah di usia 1 tahun

Rezeki Allah, semoga jadikan mereka anak yang soleh, yang taat pada suruhan Allah & Ibu bapa, anak yang cerdik hendaknya..Amin...



 

 

26 comments:

  1. Salam

    Comel nyer!. Sy pun tgh mkn clomid ni, ni kali yg ke-3. Sedih sgt dah dekat 3 tahun xde anak lg. Doakan sy yea. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Semoga Allah permudahkan segalanya... Yang penting jaga makan ye...saya doakan yang terbaik ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan kak. Alhamdulillah..berkat usaha. Kak Bahiyah, semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..sama2 lah kita doakan ;-)

      Delete
  4. terima kasih singgah dan follow kak anim...
    after 10 years, baru kak dapat si Abdul...setiap yang berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dari Allah ye kak..

      Delete
  5. Alhamdulillah...moga mereka membesar dengan sihat & menjadi anak yang soleh...

    ReplyDelete
  6. As salam..
    Terima kasih di atas semua info. Saya dah hampir 6 tahun berumahtangga namun, masih belum dikurniakan cahaya mata....syukur kerana masih dikelilingi oleh anak2 saudara yang sangat rapat dengan saya.... serta ahli keluarga kedua pihak yang sangat memahami.

    Kadangkala...orang2 luar inilah yang selalu membuat kita rasa berputus asa dan terasa diri sangat terpinggir..namun... saya salalu memotivasikan diri saya untuk berfikiran positif...kerana manusia tiada kuasa untuk menetapkan itu dan ini dalam kehidupan kita dan diri mereka sendiri kalau tidak dengan ketetapan dan perancangan Ilahi....

    Saya tidak pernah akan berputus asa untuk berusaha dan terus berusaha kerana saya yakin...di sebalik ujian ini... ada hikmahNya yang sangat indah.... In Shaa Allah... doakan yang terbaik utk saya ya.... =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah permudahkan segalanya..yakinla Allah sentiasa ada disisi..kita tak akan rasa terpinggir...saya doakan semoga awak akan merasa nikmat mnjadi seorang ibu..Aminn

      Delete
  7. Salam..

    Alhamdulillah dikurniakan dengan anak-anak yang sangat comel.. Semoga menjadi anak yang soleh keduanya.. bagusnya tips yang dikongsi.. harap2 dapat membantu teman2 yang memerlukan tips tersebut..

    Salam kenal ya.. terima kasih krn sudi singgah ke blog akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...insyaAllah, semoga tips dapat mmbantu yang lain ya

      Delete
  8. terima kasih kerana singgah dan meninggalkan jejak .. saya dah follow balik.

    juga dibenarkan untuk puan share entri tersebut.

    ReplyDelete
  9. Betul apa yg ditulis..sy mengalami perasaan itu..semuanya ketentuan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang pernah mengalaminya pasti faham ya..

      Delete
  10. alhamdulillah...tahniah akhirnya dah ada 2 orang cahaya mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka mnjadi anak yang soleh hendaknya..aminn

      Delete
  11. Alhamdulillah.anak adalah anugerah Allah. semoga menjadi anak2 yang soleh n solehah..ameen. salam kenal =)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Bila baca post ni, teringat masa mM baru2 kahwin dulu. Zaman dulu, lagi teruk orang perlecehkan(macam2 sindiran) kata kat kita bila lambat mengandung, hatta mertua iparduai sendiri...
    Bila mm tengok orang hamil, mesti doa "ya Allah, bagilah aku mengandung, tiap2 tahun pun tak apa..." (Sebenarnya, mM 3x keguguran dalam masa 2 tahun). Dengan kehendak Allah selepas 2 tahun; kami dikurniakan 5 anak! (kan dah minta pada Allah, tiap2 tahun pun tak ngapa!)...Namun mulut & hati orang....mereka yang sama juga memerli kerana tak pandai planning.
    Semuanya mM dah rasa tentang kutukan orang samada tak ada anak atau anak ramai....sebab tu sekarang mM tak kisah anak-menantu bunting pelamin ke tidak. Semuanya kerja Allah Ta'ala....terimalah dengan ikhlas dan rasa syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan kak. yelah, mulut tempayan boleh tutup. Mana ada org yang da berkahwin taknak anak kan. Semua kuasa Allah. Manusia hanya pandai mengata.

      Delete
  14. Assalamualaikum wah terharu sy bace.. sy jgk mngalami mslh mcm kak sekrg... doa kn sy dpt baby.. dh 1tahun jgk xde.. sedih dgn sindiran org2... tuhan je lah tahu hati ne mcm mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallaah..yang penting kena bersangka baik dengan Allah..rezki akan datang walaupon lambat..

      Delete
  15. Assalamualaikum wah terharu sy bace.. sy jgk mngalami mslh mcm kak sekrg... doa kn sy dpt baby.. dh 1tahun jgk xde.. sedih dgn sindiran org2... tuhan je lah tahu hati ne mcm mne..

    ReplyDelete