Tuesday, 12 February 2013

Luqman birthday bash

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas, 9 Feb 2013, kami sekeluarga dapat jemputan untuk ke birthday party Luqman di A&W Seremban. Luqman dah 3 tahun. Sebaya dengan abang cuma abang lahir hujung tahun. Penutup bak kata wan nyer. Saya jarang dapat jumpa Luqman ni. Sebab dia sekeluarga tinggal di Myanmar mengikut ayahnya yang bertugas di Petronas Myanmar.Mereka adalah sepupu belah suami saya. Debab dan montel si Luqman ni. Macam muke anak cina.

Seronok juga ke party Luqman. Tak ramai yang di jemput. Dalam anggaran saya, sekitar 50 orang. Ia party tertutup sahaja memandangkan tempat yang disediakan oleh A&W agak sempit.Makanan banyak dan kami puas makan terutama En.Suami yang tak habis-habis mengulang conney dog. Makan free ye papa..Pelagi....

Pakej Birthday Party di A&W agak berpatutan. Bermula pada harga RM200 untuk 20 orang ke RM1000 untuk 100 orang. Kiranya 1 kepala dikira RM10. Macam biasalah.."No outside food allowed". Cuma masa yang diberikan agak singkat iaitu 1 jam 30 minit sahaja. Agak terkocoh-kocoh untuk menghabiskan aktiviti yang disediakan. Saya tak pasti samada kek disediakan atau dibenarkan untuk bawa sendiri. Makanan yang diberikan adalah Air Root Beer, Coney Dog, Nugget, Ayam Goreng & Kentang Goreng. Ada juga pakej untuk mengadakan party dirumah. Harganya sama cuma perlu topup harga untuk transport sahaja. Saya rasa, agak berbaloi sekiranya diadakan dirumah. At least, masanya agak panjang dan tempat lebih luas. Huh..sangat kenyang ..... sampai berlebih makanan dan ada yang tapau bawak pulang. Kami cuma tapau dalam perut je..heheheheh..

Macam biasa bear A&W akan keluar di waktu permainan bermula. Saya ingat abang takut dengan bear. Abang sayang bear. Siap salam cium tangan bear lagi. Baik anak mama si dobot nih. Seronok abang berjoget dan bermain. Pandai abang berkawan yea. Cuma adik Nazeem moody sikit. Yelah, sebab  tak dapat berkepit dengan mama dia. Mama leka ambil gambar abang berjoget yea.. Apela mama nih..!!

Teringin juga nak buat birthday party untuk abang di A&W. Tapi cepat ditepis wan nyer "Alah, buat kat rumah sudah, boleh buat mee kari"..hahahhahaha..Orang-orang tua kan..mereka lebih gemar masak dan berborak lama-lama sebenarnya. Itu motif sebenarnya kannnn??

Here are the food!!

My handsome boy, my baby & my best friend!
 
Adik Ajim asik takder mood sepanjang party..apelah awak nih...

Kek cars..sedappp...tapi lagi sedap kalau dapat "Red Velvet" hahahha..beli sendiri la kannn!!

Birthday boy..Luqman & mummynyer...Tembam kannnn...Dalan perut mummy da ada baby..Luqman tak dapat manja sangat lagi dahh...Tahniah Jannah!


Abang dan wan ndak..


 
 

Abang kalau berjoget, tak ingat adik Ajim kannn


Tengok muke blurr abang..Pandang ape tu yang??


Nampak kamera mesti lari kann??

 Abang memamg suke main kejar-kejar.. Tapi takder siapa pun yang kejar abang..
Gambar tuan tanah ssebagai penutup.. Cover perut buncit selepas makan
 
 
***Ape tips tak untuk kempiskan perut. Selepas lahirkan Nazeem, susah betul nak kempis. Lebih-lebih lagi adik Nazeem big baby mase lahir 4.02kg...hmmmmm..ada petua??



4 comments:

  1. Meriahnya birthday anak u.. happy belated birthday!!

    ReplyDelete
  2. Rancangnya nk buat mjlis anak kt a&w gak nanti. Tq atas info. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahal sngat pon bajet..as long anak happy..

      Delete