Monday, 18 February 2013

Motherhood story - Episode 1

Assalamualaikum.

Sejak terlibat dalam bidang mak-mak nih, jujur saya katakan, sudah lama saya tak melayan drama tv atau movie. Seawal 5.30am dah terjaga dari tidur menyusu Ajim. Jam 8pg - 7ptg, sah-sah berada di office. Rasa rindu juga nak melayan drama macam waktu bujang. Tapi saya percaya, motherhood journey lebih hebat penangannya. Buat masa sekarang, saya lebih gemar melayan slot drama di  DIVA channel. Yang menjadi kegilaan saya ialah Law & Order, Covert Affair dan movies yang ditayangkan pada waktu puncak. Tapi taklah sampai terbaring layan setiap hari. Tengok juga waktu yang terluang.

Rasa terlayan perasaan dan hilang letih melayan drama-drama fantasi saya nih. Nak ke New York, LA tak kesampaian. Tengok kat TV jadilah. Sambil melayan TV, 2 beradik tuh saya lambakkan permainan untuk mereka explore. Boleh mama curi tengok TV kejap. Ingat lagi, semasa saya bujang dulu, saya gemar melayan Glee, One Tree Hill dan Korean Drama. Sekarang? jangan harapla, ada masa yang begitu banyak nak melayan setiap episod. Baru nak tengok bf korea sikit, Ajim dah merengek nak mengopek. Abang dah bising suruh tukar BabyTV. heheheheheeh.

Saya rindu juga nak tengok cerita di Fox Channel. Bones, Desperate Housewife & Criminal Mind. Husband saya senang-senang terminate channel kegemaran saya tanpa bertanya. Hishhhhhh...geramnyaaa...

Wayang????hmmmm.....saya pun dah terlupa dimana panggung wayang di Seremban. Tunggula anak-anak ni besar dulu baru mama keluar layan Midnight Movie ye.

Saya membeasr dengan cerita ini. Di tayangkan di 8tv jam 10.30 malam hari Ahad.
Minat sangat dengan Lucas Scott aka Chad Michael Murray..heehehe
 
Saya pun sudah lost count. Sekarang sudah season ke berapa?? Sejak bujang sehingga anak 2. Saya masih seronok melayan telatah surirumah di Wisteria Lane.
 
Seawal diterbitkan, rajin juga menontonnya. Sekarang, hahahahha..dalam mimpi sahaja!!
 
Sehingga sekarang menjadi peminat No.1 rancangan ini. Nasib baik masih ada di 8TV walaupun bukan latest season. Jadilah!!
 
Menjadi santapan mata saya setiap malam sambil melayan 2 hero lasak tu.
 
Saya minat dengan Piper ini. Filem pertama lakonannya yang saya tengok adalah 13th Ghost...Scarry. Salah satu filem seram kesukaan saya.
 
Tidur jam 11.30 malam dan bangun keesokannya, rutin kembali seperti biasa. FULL CIRCLE!!
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. salam..

    bila sibuk dgn anak2 dan urusan rumahtangga mmg program tv kita kena tolak tepi dulu kan.. akak pun gitu juga.. kena curi2 masa utk tgk fav series kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak....dapat tgk kejap pon jadiklaaa....jgn sampai anak terabai dahhh kann ;-)

      Delete
  2. hehe.. sama la kita.. suka sgt channel Diva ni dengan starworld.. tapi sekarang lebih banyak layan upin ipin... anak2 punya hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..itu cerita abang & ajim...dengan mama skali layan kann

      Delete