Monday, 25 February 2013

Motherhood Story - Episode 2

Assalamualaikum.

Saya teruja melihat ramai rakan blogger yang menceritakan tentang breastfeeding journey mereka. Rezeki Allah, mereka mampu untuk menyusukan anak mereka sehigga 2 tahun. Pengalaman saya semasa anak pertama agak kurang. Susu badan memang sedikit. Susu saya hanya terhasil lebih kurang 3-4 hari selepas melahirkan Abang. Selepas itu, saya tidak direct feed kerap. Susu sikit. Abang tak kenyang. Asyik merengek kelaparan. Itu telahan saya. Jadi saya mengambil jalan mudah suakan susu tepung. Saya hanya menyusukan abang sebulan sahaja.

Selepas itu susu kering terus. Penyesalan dihati timbul apabila saya melihat rakan office pam susu di surau. Cemburu! Tapi telah terlambat. Abang tak mahu menyusu badan lagi. Yelah, dah lama tinggal dan lagipun susu badan keluar sedikit sahaja. Melalak lah abang seantero dunia. Abang menginjak umur 4 bulan, saya mengandung lagi. Kali ini, saya banyak membaca tentang breastfeeding. Saya rindu, teringin dan rasa tanggungjawab.

Genap 10 bulan dalam kandungan, Ajim lahir. Big baby dan sangat kuat menyusu. Susu saya tetap kurang. Saya dapat menyusukan Ajim bila 3-4 hari selepas melahirkan. Saya top-up dengan susu tepung juga. Saya tetap gigih menyusukan Ajim walaupun bukan secara exclusive. Kini alhamdulillah, Ajim sudah nak masuk usia 1 tahun. Ajim masih menyusu badan tapi sekarang cuma waktu malam. Dulu saya ada juga pam susu sebagai stok diwaktu siang, cuma berjaya mendapat 4auns sahaja. Sikitkan?Takpelah, sekurang-kurangnya saya berusaha.

Bila saya suarakan masalah susu sedikit pada doktor, doktor cadangkan menjaga pemkanan dan mengambil makanan tambahan. Saya sudah usahakan.Tapi masih tiada peningkatan. Saya faham saya harus mengepam dengan kerap untuk menghasilkan signal ke otak dan menghasilkan susu yang banyak. Saya bekerja makan gaji di syarikat swasta. Masakan saya punya waktu yang banyak kan? Tapi, saya tetap bersyukur, Allah masih memberi saya nikmat untuk menyusukan anak saya walaupun bukan secara exclusive. Alhamdulillah.

**Gambar ehsan Mr.Google - Seriusly, saya cemburu bila melihat susu yang banyak macam ini. Tak pernah saya dapat sebanyak ini.

Kepada abang: maafkan mama sebab lalai tentang kepentingan susu ibu, ampunkan mama kerna nafikan hak abang. Sesungguhnya mama tak mampu dan mama menyesal. Setiap kali mama lihat abang, pasti terbit sedikit penyesalan di jauh hati mama kerana tak mampu menyusukan abang sepeti ajim. Apa yang penting sayang mama pada abang tiada tolok bandingya sama seperti ajim.

Be a good boys my heroes!!

4 comments:

  1. :-) semoga mereka membesar menjadi anak2 yg soleh yg akan membahagiakan hati ibu bapanya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea insyaAllah..memang itu yang saya doakan setiap hari...

      Delete
  2. sama je susu apa pun.. janji anak2 sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..aslkan mereka membesar jadi anak yang sihat..alhamdulillah

      Delete