Wednesday, 27 February 2013

My Motherhood - Episode 3

Assalamualaikum.

Setiap hari saya pasti akan berfikir, betulke cara saya membesarkan anak? Lengkapkah didikan saya?Hari ini sungguh saya rasa tak sedap hati. Saya rasa hilang mood buat seharian. Mana tidaknya, semalam, pulang dari office, badan masih letih, abang buat perangai menangis tak mahu mandi dan dengan selamba dia bergolek di atas lantas bilik air. Saya cuba pujuk abang, buat dia ketawa. Abang tetap degil dan meraung sekuat-kuatnya semasa nak pakai pampers. Hilang sabar saya seketika. Lupa terus tips Prof Muhaya. Saya tampar bontot abang sedikit. Esaknya terhenti seketika dan terus dia memeluk saya. Abang manja. Cepat merajuk. Kasihan pula saya tengok abang. Saya katakan pada abang, mama sayang abang, jangan nakal buat perangai, mama letih belum sempat duduk abang dah buat perangai. Abang peluk saya teresak-esak. Hailaaa abang. Malam tu saya temankan abang main. Saya dodoikan tidurnya. Perasaan bersalah menyelubungi hati saya.

Pagi ini pula, adik pula menangis nak ikut saya ke bilik air. Saya mandikan adik. Saya fikir mampu meredakan tangisnya. Adik terus menangis dan muntah-muntah akibat teran tangisnya. Marah betul saya ketika itu. Saya mandikan adik semula. Saya tinggikan suara pada adik sedikit dan tampar kecil tangannya. Adik diam. Seolah faham mama sedang marah padannya. Teresak-esak dalam pelukan saya. Tiba-tiba dia diam dan senyumm.. Hailaaaa sayang mama ni. Kenapala kamu semua buat perangai time mama nak pergi kerja.

Saya bawak adik keluar dan duduk seketika di kerusi. Sejukkan hati saya sambil memeluk erat adik. Bodohnya saya tak dapat mengawal marah. Saya peluk adik, cium adik dan saya katakan padanya betapa saya sayangkan mereka berdua. Saya akui salah saya kerana gagal mengawal marah. Selepas itu ibu mertua saya keluar. Dari gayanya, seperti memujuk saya mengatakan bahawa adik memang begitu. Tak mahu berpisah dari mamanya,. Terlalu manja!

Saya pergi kerja dengan hati yang sedih. Berat! Menyesal! Saya tak mampu jadi mama yang baik. Bagaimana saya mahu membimbing mereka untuk menjadi anak yang soleh. Perkara itu bermain-main di fikiran saya. Sesampai di office, terus saya ke kantin. Saya belikan adik muffin. Niat di hati nak pujuk adik. Nak gembirakan adik. Ya Allah, jadikan aku ibu yang baik, ibu yang mampu mendidik anak-anaknya. Kuatkan kesabaranku. Beriku kekuatan. Panjangkan umur anak-anakku sekurang-kurangnya sehingga aku menutup mataku....aminn.




 
**Note: Mood tak menentu kebelakangan ini, munkin cik P nak datang menjengah. Dah lewat 1 minggu..hmmmm

16 comments:

  1. emm.. sama la.. kadang2 tak dapat nak kawal emosi.. mesti tampar gak.. pastu menyesal.. huhu... abang memang manja sikit kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelahh.....rasa nyesal samapi ke petang..tak sabar nak balik rumah cium anak..heheheheh

      Delete
  2. biasalah tu... salam kenal tq ke blog KA n done follow sini juga ye 63. happy blogging

    ReplyDelete
  3. kadang2 kesabaran kita hilang sebab tu pukul anak2....tapi lepas tu mesti menyesal sangat kan....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..adoyaiiiiiii....bila kebodohan menguasai minda..tulah yang terjadi..

      Delete
  4. salam....singgah dan follow...


    tq ya...

    ReplyDelete
  5. biasa lah budak2..kadang2 tu perangai dia boleh buat kita hangin 1 badan...

    ReplyDelete
  6. Betul tu NN... kadang2 tu memang boleh hilang sabar.... walaupun anak OKje dah besar2 tapi marah tu datang jugak...biasalah tak pernah habisnya ragam mereka ni... Tapi mmg betul kalau Cik P tu nak datang...emosi kita tak terkawal sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah..yang penting kesabaran tu kan..heheheheheh

      Delete
  7. Akak pun ada masa jadi macam tu jugak. Pastu, rasa bersalah yang amat sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak....adoyaii..kurang sabar sbnranya ye kak..tak pandai control..yang jadi mangsa anak2..

      Delete
  8. lin seorang yg tak sabar & cepat marah..bila ada syasya nie masih lg kdg2 berperangai mcm tu..kdg2 rase bersalah n rase x betul cara didikan kita..takut akan membawa kesan negetif..sedih sgt kan..sbb lin pun selalu mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lin....bila lihat ibi lain kan..kadang2 terfikir, pernah ke diorang marah anak diorang macam yang saya buat?? nak jadi ibu yang terbaik memang susah kann...

      Delete