Tuesday, 5 February 2013

Percutian ke Bali Nov 2012


BALI. Satu destinasi yang sentiasa menjadi tempat igauan saya. Saya sering bermimpi untuk kesana. Yelah, satu tempat yang sangat cantik dan romantic. Saya pernah merancang ke sana pada 2010 tapi terpaksa dibatalkan kerana mengandungkan Nazeef. Alhamdulillah anak mama yang dobot tu!
Perancangan rapi telah saya buat beberapa bulan ke Bali.  Saya hanya menginap di Tune hotel pada harga RM150 untuk 4d3n. Terkejut??? Murahkan..Yelah, tujuan saya ke Bali untuk berjalan dan berlibur bukan untuk tidur. Jadi rasa membazir kalau menempah di hotel yang mahal.

Mr. Google adalah best friend saya setiap masa. Tak lupa saya listkan semua tempat menarik yang ingin saya pergi. Takut menyesal di kemudian hari kalau tak pergi. Yelah, saya pun bukan orang kaya boleh berulang ke Bali setahun sekali kan… Banyak juga blog yang saya terjah untuk survey pengalaman orang lain. Lagilah rasa teruja bila lihat gambar mereka bergembira di sana.. wahhhh..
Tempat wajib di Bali.
-          Tanah Lot
-          Uluwatu Temple
-          Garuda Wishnu Kencana
-          Taman Ayun
-          Jimbaran
-          Tanjong Benoa
-          Pasar Seni Sukawati
-          Kintamani
-          Ubud

Tak lupa, saya mendapat khidmat Pak Lazim sebagai supir disana. Harga pun berpatutan, Cuma RP350,000.00 sahaja untuk seharian perjalanan. Yang penting, beliau adalah beragama Islam. Lebih mudah untuk beliau membawa kami ke masjid dan untuk makan di tempat yang halal. Pada waktu malam kami lebih suka menyewa motosikal pada harga RP50,000.00. untuk sehari. Murah kan. Bensin nya mudah didapati. Bensin tu adalah petrol dan boleh dibeli pinggir jalan pada harga RP2000.00.
Terus-terang, saya sukakan orang di Bali. Kebanyakan yang saya jumpa semua adalah baik-baik. Tidak sombong dan ringan mulut membantu apabila kami sesat ketika gigih mencari Pasaraya Krishna.. Oh ya.. barangan di Krishna agak mahal juga,. Jauh mahal jika dibandingkan dengan Pasar Sukawati. Bayangkan, saya membeli sepasang sandal di Krishna pada harga RP15,000.00, tetapi di Pasar Sukawati saya Berjaya bargain sehingga RP5000.00. Jauh bezakan… Orang procurement lah katakan..mesti bargain gila-gila kasi harga runtuh..hahahahhaha..

Oklah..layan gambar dulu..

Hari pertama tiba di Kuta. Makan di Mc-D. Kami cuma sewa motor untuk ronda sekitar Kuta.
Survey harga di Krishna. Niat saya nak beli sepasang sandal yang hampir putus ni.
Di Kuta. Jangan lupa buat foot & body massage ye. Bayangkan harganya hanya RM15 untuk 1 jam untuk Body massage. Di Malaysia, saya rasa 3x ganda munkin.
Di hari kedua, seawal 8.30 pagi Pak Supir sudah datang jemput. Barong Dance. Harga tiket sekitar RM30 seorang. Pendapat saya, tak perlu pergi pun tak apa. Tiada yang menarik. Sungguh!!
Kami melawat tempat kraftangan batangan silver. Rasa bersyukur saya anak Malaysia. Betapa gigih mereka bekerja tanpa air-cond untuk mendapat wang. Upah mereka sangat murah!!
Shopping di Pasar Sukawati. Barangannya sangat murah berbanding Krishna. Bayangkan, jika bijak menawar anda boleh dapat satu fridge magnet dengan hara 30sen..huhuhuuhu....
Pada sebelah petang kami melawat Gunung Kintamani. Sebuah volcano yang masih aktif. Suasana sangat nyaman dan cantik. Terpesona saya dengan ciptaan yang maha Esa. Subhanallah.
Lawatan terakhir, kami ke tempat memproses kopi luwak. Ya, kopi tahi musang. Mengikut ulama' Indonesia, kopi musang adalah Halal. Saya tak minum ya..tak selera dan harganya mahal. Secawan kecil ialah RM50...tepuk dada tanya selera.
 
OKlah..saya berhenti di sini dulu.. InsyaAllah, ada masa saya akan sambung untuk trip Bali ini lagi..






 

 

2 comments:

  1. As salam. saya suka Bali, suka makan makan, spa dan shopping.

    Kak Azie

    ReplyDelete
  2. Salam..rindu bali kannnn....teringin nak pegi lagi

    ReplyDelete