Monday, 4 February 2013

Percutian ke Beijing

Assalamualaikum.

Ni entry yang agak lama lah jugak..yelah zaman tu belum ada blog lagi..tapi hati meronta-ronta nak bercerita. Percutian department finance ke Beijing China pada musim luruh 2012 yakni bulan October 2012. Kos keseluruhan ditaja oleh department...dan macam biasalah...tiket fully sponsored oleh Air Asia..."Everyone Can Fly"  staff AirAsia lah katakan..haruslah gunakan benefit yang ada..Selama 6hari 5 malam disana, terlalu banyak yang nak dikongsi..tapi yang paling ditakuti telah tiba iaitu.. "perasaan berjauhan dengan nazeef & nazeem"...menangis dalam hati jerla mase tu..
Oklah..jangan cakap banyak..sini ade few advise pada sesiapa yang teringin nak ke negara tembok besar.

Tips sebelum pergi
- kalau bercadang untuk ke China pada musim luruh, jangan lupa sediakan pakaian yang bersesuaian. Cuaca agak dingin di waktu siang dan sangat sejuk di waktu malam. Sehelai kot sudah memadai bagi yang tahan sejuk.
- tukaran matawang China adalah RMB. RMB100 = RM50. Senang kan nak ingat.
- bawak la makanan sampingan macam maggie, serunding, dll. Di Beijing makanan halal banyak nak cari..cuma selera atau tidak jer la..
-jangan lupa ya..di China perlukan visa ye..sila apply visa sebelum pergi..

Tips shopping
- di Beijing, kebanyakan peniaga agak kasar dan penipu. Sila hati-hati ketika membuat tukaran wang balik. Banyak fake money di sana ya.
**Nasihat saya, dapatkan wang balance dahulu sebelum anda serahkan wang anda. Ya..saya tahu, pasti mereka naik angin dan maki tak pasal-pasal.. apa kisah..bukan kita faham cakap diorang pon kann..hehehe..
- Sila bargain 200% dari harga asal. Mereka ni banyak yang menipu. Jangan terpedaya dengan orang tua tepi jalan yang jual barang. Mereka sama sahaja.
**Saya ada membeli sehelai selendang. Bayangkan harga yang diberikan pada saya ialah RMB500 = RM250. At last after drama jerit menjerit, maki hamun, saya dapat membeli dengan hara RMB8. Iaitu RM4. See!!! As i said...hurmmm
- Peniaga di sana sangat tak beradab. Bukan semua tapi kebanyakan. Mereka akan rampas wang di tangan anda dan berpura-pura kejadian tidak berlaku,
**Ketika saya sedang menawar untuk membeli snow cap, wang saya di rampas sebanyak RMB20. Bila saya minta, dia menjerit-jerit seperti saya yang bersalah. Saya terus mengambil 1 snow cap dia atas para dan saya terus berlalu pergi. See..As I said...mereka tak jujur kan!!!

Tips toilet
- Di Beijing, toilet memang tiada air. Sila bawa botol sendiri atau wet tissue.
**Saya sanggup tidak minum air banyak kerana trauma ke toilet. Kebanyakan toilet sangat kotor dan berbau.Boleh muntah. Saya sediakan wet tissue untuk kegunaan yang mudah. Tu pun pinjam sikit Nazeem punya..hehehhe

Oklah..layan gambar pulak lah yea...
Ni hotel yang saya duduk.. Yitel Hotel bertaraf 4 bintang. Bilik best..makanan kurang ok dan staff tak pandai langsung berbahasa English..hmmmm...

Hari pertama melawat Tian Men Square. Ramai sangat orang sampai kami dinasihatkan berjalan berkumpulan untuk mengelakkan hilang.

Di salah satu taman. Palace of Heaven, Macam Taman Tasik Titiwangsa saja lebih kurang.
Saya berada di Pearl Factory. Barangan disini adalah 100% original. Tapi harganya...agak mahal. Gelang seperti yang saya lihat ini pon sudah mencecah ratusan ringgit.
 
Di China, mereka memang suke menjual potrait begini. Berani ke kita nak beli ye?
Bersama rakan ketika baru sampai ke Tembok Besar. Cantik kan daun-daun merah tu.
Salah satu gambar yang paling saya suka di Great Wall
Nampak macam K-Pop..Tapi Made in JB
Ini adalah LOVE Chain.. Kononya, selepas dikunci, anak kunci akan dicampak jauh untuk hubungan yang kekal.
Suasana yang amat cantik di Great Wall
Dedaun luruh yang cantik
Di salah satu tasik terbesar di Beijing

 
New Town Beijing

 

 
Bangunan di Beijing tidak dinafikan mempunyai bentuk yang cantik dan unik

 

Itu sahaja yang dapat dikongsikan. InsyaAllah, saya akan update tentang suasana persekitaran di Beijing pula. Seronok berada di Beijing tapi bila last day....hmm..dah teringat Teh Tarik dan nasi lemak.. hehehehehe.


 

9 comments:

  1. :-) waa cantiknya gambar. Teringin rasanya berkunjung ke sana satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...ade rezki pasni sampai...

      Delete
  2. Thanks for the tip.Mana tahu,ada rezeki ter sampai kat sana.Hehehehe.Scary jugak ek nk shopping kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea..serius..orang kat sana pon mmg scary...tapi barang sngt murah...hehehehhehe

      Delete
  3. hehe.. tu la kawan2 ada gak cerita pasal toilet takde air... ngeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi...sila sila lahh.bawak wipes kalao dah namanya pon China..hehehehehehe

      Delete
  4. Alamak, akak baca entry ni sebaik dah 3 minggu balik daa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..harap2 tak kenala akak tipu dengan peniaga di sana

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete