Tuesday, 26 February 2013

Reset Minda

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya berpeluang menonton rancangan motivasi Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya. Jujur, saya terpesona!Terpana! Topic adalah bagaimana mengawal marah. Saya akui, kadang-kadang saya rasa seperti tiada mood, letih, nak marah. Pulang dari kerja menguruskan anak pula. Memang letih. Tapi setelah saya berfikir, betul apa yang dikatakan oleh Prof. Kalau kita layankan rasa marah, memang kita akan marah. Cuba ketika kita marah, kita set di minda untuk gembira. Automatik kita tak akan marah. Saya try!!..Jadi!!!

Betul juga yang dikatakan oleh Prof., bila kita marah, kita akan letih, rasa sedih dan tertekan. Berbeza kalau kita gembira. Aura positif member kita tenaga. Hmmm... saya jadikannya sebagai satu nasihat yang bagus. Memang penat, bila pulang kerja, anak-anak meragam. Nak marah pun no point, mereka kecil lagi bukan faham. Buat rasa menyesal saja marah anak-anak yang tak berdosa tu.

Macam malam tadi, Ajim dan abang bekerjasama tumpahkan air teh atas lantai, saya kemas. Selesai kemas, Ajim sepahkan barang lain. Selesai saya susun, Abang pula merengek nak makan biskut,. Tak habis penat, dua beradik ni memanjat kerusi. Aduhaiiiii..letih nya mama sayang. Tapi saya senyum dan ketawa. Saya ajak mereka menyanyi sambil tepuk tangan lagu "Papaku pulang". Alhamdulillah, hilang rasa nak marah. Saya rasa bahagia!!Puas!! Anak-anak ibarat "ice-cream" bagi saya. Sejuk hati melihat gelagat mereka walaupun kadang-kadang bisa buat saya geram. Hailaaaa....bujang-bujang mama sekalian. Kalian kan anak-anak syurga. Itu baru 2 hero, belum lagi 5, macam yang papa kamu inginkan..heheheheheh


Hari-hari, inilah rutin 2 beradik..menyepahkan mainan...hmmm
 
Note: Hari ini hari lahir ayahanda tersayang yang ke 60 tahun. Selamat hari lahir ayah. Semoga panjang umur sihat tubuh badan..aminn..


3 comments:

  1. betul2. saya pun mmg cpt naik darah dgn budak2 ni. tp stiap kali rasa nk marah, cpt2 istighfar dan ketawa kuat2. hahah! kdg2 rasa mcm sewel pulak, tp ia berjaya buat saya tak stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..memang stress kadang2 kan....lebih2 lagi anak-anak masih kecil..kene la banayk bersabar...

      Delete