Thursday, 28 March 2013

Rindula zaman remaja!

Assalamualaikum.

Mak buyong harini tiba-tiba touching. Umur dah nak 3 series haa. Tiba-tiba rasa rindu zaman remaja. Rindu zaman kolej dulu. Rindu zaman study. Rindulah!! Haish tak sukalah perasaan rindu ni. Nanti mesti sedih kalau dilayan layankan.

Sebab itulah, saya suka sangat pergi Melaka. Tempat belajar menjadi orang! Banyak kenangan di sana. Kenangan susah dan senang bersama kawan-kawan. Kenangan makan maggie dan tak makan pun ada! hahahhaa....saya suka Melaka. Sayang! Sekarang semua dah dewasa. Dah beranak pinak dah pun. Jumpa pon time wedding. Call pun dah jarang-jarang. Yelah, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri kan. Kenalah faham.

Saya pulak, oklah saya mengaku, memang malas nak call dan sms. Tapi paling tidak kami masih berhubung melalui FB. Hmmmm...people come & go..at last what left?? Tu yang selalu terjadi kan. Even di alam belajar, menganjak ke alam pekerjaan dan ke zaman seterusnya. Boleh dikatakan setiap beberapa bulan pasti saya ke Melaka. Bawak anak berjalan-jalan dan mengimbau kenangan lama. Jarak pun tidak jauh dari Seremban. Cuma 1 jam 30 minit, tup ..terpacak di Bandar Hilir.


                                         Layankan jerla gambar zaman muda belia nih yea.


 
Nilah 3 orang rakan karib saya ketika study. Rindu uolsss la!!
 

Wednesday, 27 March 2013

Ajim first word

Assalamualaikum.

Budak botak Ajim dah setahun 1 bulan. First word ajim "Nak susu!". Sambil mencebik bibir buat muka cute. Bila nampak mama ke dapur, terkedek-kedek berjalan sambil tangan pegang baju mama "Nak susu!". Bila nampak abang dengan eksyen baring minum susu, ajim pun sibuk "Nak susu!". Wan kata "Tengkolok budak ni besar, badan kurus!" huhuhuhuhu. Ajim follow mama lah kuat makan dari segala segi. Time pregnant je down sikit kan.

Abang sekarang semakin rapat dengan ajim. Tak mahu tidur luar dengan wan. Nak tidur sama-sama dengan ajim dalam bilik. Atok kata "Macamlah cantik sangat ajim tu, abang nak berkepit!" Sayang sangat abang dengan ajim. Ajim pula, kalau tidur dengan abang, suka sangat menyelit-nyelit dekat abang, Baru lena tidur ye sayang!

Hari ini, abang balik rumah wan Senawang. Tinggallah ajim dengan mama. Malam ni kita tidur berdua jerla yea budak botak.

Friday, 22 March 2013

Pregnant semula selepas C-sect

Assalamualaikum

Risau juga bila fikir. Saya kalau mengandung perut memang tersangatlah besar. Sampai orang cakap, anak kembar ke? Genap ajim setahun, saya mengandung lagi. Saya belum pergi check dengan Dr. Sulkhilmi lagi. Kata Dr. dulu, kalau "eksiden" cepat-cepat datang klinik. Dr. nak pastikan perut dan luka dalaman ok atau tidak.

Sebenarnya saya bercadang nak mengandung semula bila ajim 2 tahun. Rezeki Allah, hujung tahun ni saya dijangka bersalin. Saya teringin nak bersalin normal semula. Rindu pengalaman bersalin normal semasa melahitkan abang dulu. Tapi, sekarang saya tak pasti samada saya boleh normal atau tidak. Yelah, terlalu awal lekat takut uterus pecah semasa meneran. Itu semua, saya serahkan pada Allah taala. Semoga dipermudahkan perjalanan saya 9 bulan ini.

Ada tak mummy-mummy di luar sana mempunyai pengalaman seperti saya? Kalau ada bolehlah share. Saya tak fikir saya akan segagah dulu sepertimana mengandung ajim. Yelah, luka di perut pon kadangkala terasa nyilu nya lagi. Nampaknya selepas bersalin yang ke-3 ni, harus dapatkan protection! Saya pesan pada En. Asben, saya tak sekuat dulu. Alhamdulillah, Asben memahami dan ringan tulang juga membantu menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Abang dan ajim pon macam memahami mama dia letih. Tahu pula mereka bawa diri. Main sama-sama. Anak-anak syurga!

Gambar ehsan Mr.Google.
 
Oh yea, semasa melahirkan Ajim dulu, Asben siap buat video recording dalam labour room. Makan masa 2 jam jugalah video tu. Ingat nak repeat balik untuk kelahiran yang ini.. :p 

Monday, 18 March 2013

Demam, batuk ..... Selera makan hilang!

Assalamualaikum.

Tekak nak makan benda masam, badan dah start lembik. Itu saya tak kisah lagi, tapi bila bab batuk, adooyaiiiiii!!!! Nak makan ubat serba salah. Minum air panas masak sahaja la jawabnya. Sejak mengandung anak pertama, sampaila yang ni, tanda-tanda semua sama. Demam & batuk!!

Nak makan ubat serba salah, tapi tekak memang tak tahan. Ada apa-apa petua tak diluar sana? Mood memang kelaut lah hari-hari. Make-up tak sentuh dah. Baju dah start pakai tshirt. Semua blouse silalah simpan dalam almari je. Simpan untuk waktu 10 bulan akan datang. Jangan harap ada mood nak melawa. Kadang-kadang terpaksa gigihkan diri melawa. Itupun sebab nak jumpa customer. Adoyaiiiii!!!!

Hairan juga saya lihat, ada orang mengandung elok sahaja penampilannya. Saya siap pesan pada En. Asben "Papa silalah tahan mata untuk 10 bulan mendatang ni yea...rupa mama macam kapal pecah". Entahlah, orang kata kalau mengandung anak perempuan akan kelihatan selekeh. Saya mengandungkan abang & ajim dulu pun memang malas dan selekeh. Jeles juga bila lihat mak buyong lain cantik je.hmmmmmmmm..

Sabtu lepas, tekak nak sangat makan makanan masam manis. Saya minta mak buatkan puding koktel. Sedapnya lahai..Sekarang teringin pula nak makan puding roti. Segala jenis manisan lah senang cakap! Nasi tak berapa nak berselera. Buah-buahan jugak la jadi santapan.


Gambar ehsan Mr.google.

Thursday, 14 March 2013

Budak botak.

Assalamualaikum.

Mood mengandung dah mula. Rasa tiada mood dan kemalasan melanda. Alhamdulillah, buat masa sekarang, saya tidak ada mengalami loya atau muntah. Mungkin sama macam mengandungkan abang dan ajim agaknya. Hujung minggu lepas, dua beradik tu, telah berjaya dibotakkan oleh atuk mereka. Kata atuk "rimas tengok rambut ajim panjang sangat". Abang sudah biasa botak dan macam biasa, atuk memang suka abang ada jambul sikit. Hensem katanya!

Tapi, rasa pelik pula saya lihat ajim botak. Dah tak hensem la budak ajim tuh. Dah botak. Dah macam upin & ipin. Tak caya?? Cuba tengok......


 
Dah macam shaolin pun ada...hmmm

Monday, 11 March 2013

I'm pregnant ^_^

Assalamualaikum.




Syukur alhamdulillah. Rezeki Allah, siapa sangka kan. Ajim bakal dapat adik. Abang akan jadi Big brother. Umur kandungan masih baru. Hari jumaat lepas saya tak sedap badan. Saya MC. Saya dah jangka sebenarnya, tanda-tanda seperti mengandungkan abang & ajim sudah ada. Sebagai kepastian, saya lakukan urine awal pagi Jumaat. Sah!

Kata mak saya " setahun satu la kau ye" Heheheh, takpelah mak, saya pun dah tua. Dah 30 tahun. Bukan muda lagi nak buat anak. Tak kisahlah, apa jantina baby ni. Asalkan sihat tubuh badan & sempurna. InsyaAllah. Semoga Allah, lindungi baby dan permudahkan perjalanannya selama 9 bulan ini. Aminn.

Saya harap, mengandung kali ini pun mudah seperti yang sebelumnya. Tiada morning sickness atau keletihan melampau. Cergas seperti biasa. Tapi macam biasa, awal-awal bulan ni, saya mengidam mangga muda. Harus cari balik kerja nanti. Ok my baby boo, duduk cedap-cedap dalam perut mama. Cukup 9 bulan nanti, jumpalah awak dengan abang-abang awak yang lasak dan kacak tu.

Note: Semoga Allah merahmati kandungan saya kali ini, Aminn!!

Thursday, 7 March 2013

Percutian ke Langkawi 2013 - Episode 2

Assalamualaikum.

Awalnya bercadang nak keluar rumah awal, kononya jam 9 pagi. Hmmm, abang & ajim bangun pun sudah jam 9.30pg. Belum lagi mama & papa, selesai solat subuh, boleh sambung tidur balik. Letih punya pasal. Breakfast macam biasa, abang minta nak makan nasi lemak kedai atok semalam. Sedap sangat agaknya pada tekak abang. Ajim tak ada gigi, minum susu jerla yea si dobot tu.

Hari ini, kami proceed ke Cable Car Langkawi. 4 tahun dulu, semasa masih bekerja di Prasarana Negara Berhad, tiket free sebab subsidiari. Sekarang haruslah bayar sendiri. Tiket RM30 untuk 2 orang. Huh, mahalkan!! Nak bawa abang & ajim punya pasal, tutup matalah kejap. Cuaca teramat panas pada hari tersebut. Sungguh, saya tak tahan. Ajim asyik merengek dan menggaru kepala. Panas! Lekit & berpeluh. Tapi, sekurang-kurangnya tidak hujan. Kira bersyukur lah kan!
Hairan agaknya ajim tengok "terbang" tinggi sangat!

Haruslah bayar RM5 semata-mata nak tangkap gambar dengan kuda! Sorry bang, saya "curi" tangkap dulu. Free for sure!

En. Suami memang suka ular sawa. Motif?

Kacaklah sangat budak abang tuh.

 
Ajim cool sepanjang di puncak. Seronok cuaca berangin dan sejuk.
 
Turun dari cable car, kami bercadang ke Secret resipi belanja ajim kek lah kononnya. Birthday boy lah katakan. Hmmm, tapi at last ajim tidur dari dalam kereta sampailah habis makan. Tak ada kek! Tak ada tiup lilin!
Tom Yam Kung menu wajib!



Sunnguh geli hati tengok abang makan. Beriya-iya.
Gambar ajim tak ada. Siapa suruh tidur! Hmmmm...

Anak penyu sesat di lautan.

 
 
 


Seriously, saya memang suka ambil gambar sunset. Alkisah nak ambil ala-ala pro, ini pun kira oklah kan!
 


Gambar penutup di Pantai Cenang. Anak-anak dah kecut. Balik hotel berebut-rebut semua mandi.
Mestilah ajim mandi dulu.
              Tengok muka abang, tak sabar sungguh tunggu papa suap. Hailaaaa budak abang!

Hari terakhir di Langkawi, breakfast Mc-D sahaja. Depan hotel, malas nak jalan jauh.





Tempat wajib mestilah dataran helang. Ini pun pergi 1 jam sahaja sementara tunggu flight pukul 5 petang. Selamat tinggal Langkawi. Ada rezeki abang & ajim datang lagi borong coklat. Abang & ajim sangat seronok. Jalan-jalan, mandi laut, makan & tidur.heheheheheh...
 
 

Wednesday, 6 March 2013

Percutian ke Langkawi 2013 - Episode 1

Assalamualaikum.

Hari ini saya cuti. Cuti berehat. Cuti basuh baju. Cuti kemas baju. Semalam tiba di rumah jam 8.30 malam. Letih satu badan. Anak-anak pun letih. Dua-dua terus tidur bila masuk kereta. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Juga, abang dan ajim tak meragam sepanjang terbang di udara. Fuhhh lega!!! Oh ya, hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-4. Semoga kasih sayang kami kekal ke Jannah.Aminn!

Saya spare lolipop dalam handbag untuk kecemasan. Mana tau tiba-tiba meraung, sumbatkan saja kan!!hhehehehehehe. Kami tiba di Langkawi jam 5 petang. Kami cuma menyewa sebuah kereta wira dan harganya agak berpatutan. Untuk 4 hari 3 malam pada harga RM150. Check in di Hotel Landcons dan malamnya terus keluar makan. Saya sengaja pilih kawasan Pantai Cenang untuk menginap. Dekat dengan laut dan yang penting banyak tempat makan. Percutian 4 hari terasa singkat dan saya cuma melawat 2-3 tempat menarik sahaja. Bawa anak-anak, kenalah beragak untuk berjalan. Mereka mudah letih dan pantang naik kereta. Mesti tertidur bila dipasang air-cond. Hmmmm.
Hari kedua, abang tak lekang dengan nasi lemak. Sukalah sangat.
 
Hari kedua, kami ke Bird Paradise. Since disini tidak ada zoo, Bird Paradise pon okay jugaklah. Harga tiket RM15 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. Pertama kali abang & ajim pergi zoo. Terlebih seronok pula mereka. Semasa kami tiba, pengunjung tak ramai. Boleh dikira dengan jari. Lebih selesa dan senang hendak kemana-mana. Tak perlu berebut nak ambil gambar. Taman haiwannya tidaklah sebesar mana, tapi saya berpuas hati kerana ianya bersih dan selesa.
 
 




 
Abang paling seronok semasa di Rabbit Farm. Tak cukup tanah abang kejar cik Rabbit. Cik Rabbit dah bagi warning pada geng rabbit lain, abang akan datang mengacau!
 
Ajim malu-malu rabbit.

Abang sayang rabbit lah mama!
 
Apelah ajim, siapa suruh tak pakai kasut, kan dah kena gigit...nangislah lagi!!


Geramnya saya dengan cik rabbit nih..nak bawak baliklah papa!





Pada waktu petang, kami menyusuri Pantai Cenang. Cantik!Saya memang sukakan laut. Terutamanya ketika sunset.



First time ajim jejak pasir pantai..inilah hasilnya!


Sunset!Cantik.
 
Waktu malam aktiviti mencari makan bermula, dan hari seterusnya menjanjikan perjalanan yang lebih baik.
 
Note: Mood kerja kelaut!!!