Wednesday, 27 March 2013

Ajim first word

Assalamualaikum.

Budak botak Ajim dah setahun 1 bulan. First word ajim "Nak susu!". Sambil mencebik bibir buat muka cute. Bila nampak mama ke dapur, terkedek-kedek berjalan sambil tangan pegang baju mama "Nak susu!". Bila nampak abang dengan eksyen baring minum susu, ajim pun sibuk "Nak susu!". Wan kata "Tengkolok budak ni besar, badan kurus!" huhuhuhuhu. Ajim follow mama lah kuat makan dari segala segi. Time pregnant je down sikit kan.

Abang sekarang semakin rapat dengan ajim. Tak mahu tidur luar dengan wan. Nak tidur sama-sama dengan ajim dalam bilik. Atok kata "Macamlah cantik sangat ajim tu, abang nak berkepit!" Sayang sangat abang dengan ajim. Ajim pula, kalau tidur dengan abang, suka sangat menyelit-nyelit dekat abang, Baru lena tidur ye sayang!

Hari ini, abang balik rumah wan Senawang. Tinggallah ajim dengan mama. Malam ni kita tidur berdua jerla yea budak botak.

5 comments:

  1. amboi2 dia... nanti pandai pulak sebut 'nak mainan'.. hehe

    ReplyDelete
  2. cepat dia bercakap..besar nanti mesti bijak ajim ni..:)

    ReplyDelete