Monday, 18 March 2013

Demam, batuk ..... Selera makan hilang!

Assalamualaikum.

Tekak nak makan benda masam, badan dah start lembik. Itu saya tak kisah lagi, tapi bila bab batuk, adooyaiiiiii!!!! Nak makan ubat serba salah. Minum air panas masak sahaja la jawabnya. Sejak mengandung anak pertama, sampaila yang ni, tanda-tanda semua sama. Demam & batuk!!

Nak makan ubat serba salah, tapi tekak memang tak tahan. Ada apa-apa petua tak diluar sana? Mood memang kelaut lah hari-hari. Make-up tak sentuh dah. Baju dah start pakai tshirt. Semua blouse silalah simpan dalam almari je. Simpan untuk waktu 10 bulan akan datang. Jangan harap ada mood nak melawa. Kadang-kadang terpaksa gigihkan diri melawa. Itupun sebab nak jumpa customer. Adoyaiiiii!!!!

Hairan juga saya lihat, ada orang mengandung elok sahaja penampilannya. Saya siap pesan pada En. Asben "Papa silalah tahan mata untuk 10 bulan mendatang ni yea...rupa mama macam kapal pecah". Entahlah, orang kata kalau mengandung anak perempuan akan kelihatan selekeh. Saya mengandungkan abang & ajim dulu pun memang malas dan selekeh. Jeles juga bila lihat mak buyong lain cantik je.hmmmmmmmm..

Sabtu lepas, tekak nak sangat makan makanan masam manis. Saya minta mak buatkan puding koktel. Sedapnya lahai..Sekarang teringin pula nak makan puding roti. Segala jenis manisan lah senang cakap! Nasi tak berapa nak berselera. Buah-buahan jugak la jadi santapan.


Gambar ehsan Mr.google.

9 comments:

  1. Alahai siannyer..
    Petua yg biasa saya guna kalau batuk, perahan limau kasturi campur kicap manis. Amalkan selalu pun takpe sebab limau je pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye...boleh cuba nih...rasa mmg tak sedap betul tekak nih

      Delete
  2. Biasanya kalo batuk,sy selalu minum air asam jawa campur madu.Berkesan jugaklah.Air perahan limau pun okey.Ntt dpt pakej suara sedap sekali,hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni pon boleh dicuba nih,,...dah tak tahan dah asik batuk je..

      Delete
  3. masa zura batuk teruk haitu.. blogger Daddy ziyyad suh minum air teh o limau suam.. pastu minum air masak banyak2.. alahamdulillah.. beransur baik lepas tuh.

    ReplyDelete
  4. Aduhai kesian nyer. Sorry xde petua. Just nak ucapkan tahniah kat korang suami isteri. :-) Take care.

    ReplyDelete
  5. saya pun sama jugak..tak suka betul melawa time pegnen...sabar ya;-)

    ReplyDelete
  6. kalau saya batuk,ubat batuk mmg x jln. biasanya amik madu _ limau nipis + air suam.

    atau, limau kasturi perah dlm sesudu kicap manis. pastu telan. biasanya mujarab utk saya.insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. time pregnant mcm tu la kan...tp sue yg 2nd teruje nok melawa jer aura baby gurl la kot ms tu ;P

    ReplyDelete