Wednesday, 6 March 2013

Percutian ke Langkawi 2013 - Episode 1

Assalamualaikum.

Hari ini saya cuti. Cuti berehat. Cuti basuh baju. Cuti kemas baju. Semalam tiba di rumah jam 8.30 malam. Letih satu badan. Anak-anak pun letih. Dua-dua terus tidur bila masuk kereta. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Juga, abang dan ajim tak meragam sepanjang terbang di udara. Fuhhh lega!!! Oh ya, hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-4. Semoga kasih sayang kami kekal ke Jannah.Aminn!

Saya spare lolipop dalam handbag untuk kecemasan. Mana tau tiba-tiba meraung, sumbatkan saja kan!!hhehehehehehe. Kami tiba di Langkawi jam 5 petang. Kami cuma menyewa sebuah kereta wira dan harganya agak berpatutan. Untuk 4 hari 3 malam pada harga RM150. Check in di Hotel Landcons dan malamnya terus keluar makan. Saya sengaja pilih kawasan Pantai Cenang untuk menginap. Dekat dengan laut dan yang penting banyak tempat makan. Percutian 4 hari terasa singkat dan saya cuma melawat 2-3 tempat menarik sahaja. Bawa anak-anak, kenalah beragak untuk berjalan. Mereka mudah letih dan pantang naik kereta. Mesti tertidur bila dipasang air-cond. Hmmmm.
Hari kedua, abang tak lekang dengan nasi lemak. Sukalah sangat.
 
Hari kedua, kami ke Bird Paradise. Since disini tidak ada zoo, Bird Paradise pon okay jugaklah. Harga tiket RM15 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. Pertama kali abang & ajim pergi zoo. Terlebih seronok pula mereka. Semasa kami tiba, pengunjung tak ramai. Boleh dikira dengan jari. Lebih selesa dan senang hendak kemana-mana. Tak perlu berebut nak ambil gambar. Taman haiwannya tidaklah sebesar mana, tapi saya berpuas hati kerana ianya bersih dan selesa.
 
 




 
Abang paling seronok semasa di Rabbit Farm. Tak cukup tanah abang kejar cik Rabbit. Cik Rabbit dah bagi warning pada geng rabbit lain, abang akan datang mengacau!
 
Ajim malu-malu rabbit.

Abang sayang rabbit lah mama!
 
Apelah ajim, siapa suruh tak pakai kasut, kan dah kena gigit...nangislah lagi!!


Geramnya saya dengan cik rabbit nih..nak bawak baliklah papa!





Pada waktu petang, kami menyusuri Pantai Cenang. Cantik!Saya memang sukakan laut. Terutamanya ketika sunset.



First time ajim jejak pasir pantai..inilah hasilnya!


Sunset!Cantik.
 
Waktu malam aktiviti mencari makan bermula, dan hari seterusnya menjanjikan perjalanan yang lebih baik.
 
Note: Mood kerja kelaut!!!
 
 
 

13 comments:

  1. Masa anak kecik ni lah best gi melancong time bukan cuti sekolah.Tempat lengang,hehehehe.Anak dh sekolah,siap ler,bersesak sesak.hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, time bukan cuti lengang..sumer bende pon murah,,,tunggulah anak skolah besok, tak dapat nak pilih tarikh camni..heheheheh

      Delete
  2. wow bestnya... dalam list ni.. ada ke no contact sewa keta tu.. hehe.. tanya jek, nth bila nk pegi pun taktau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea..nanti saya update no kereta sewa... dalam entry seterusnya...insyaAllah, ade rezeki mamaleen sure dapat pergi ...

      Delete
  3. best kan....bila pergi langkawi nie...kan....banyak tempat menarik boleh di lawati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..saya memang sukakan pantai.....lepas ni try terjah pangkor ke ape kann

      Delete
  4. Memang best pergi bercuti esp. kalau anak tak meragam. Sbg emak, memang kena pikir pelbagai kaedah untuk menenangkan anak dari meragam. Dan pulak..kena pikirkan tempat yg sesuai utk anak bila pergi bercuti nih agar diaorg jugak enjoy sebagai mana mak bapak enjoy cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tapi ini first time kami sekeluarga berjalan jauh bersama anak2..feel rase lain..seronok & penuh tnggugjawab.....selalu pegi berdua je...lepas ni bolehla bawak diorang jalan lagi...anak2 pon hepi sangat

      Delete
  5. bestnya Mv tak pernah ke langkawia lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insayAllah, ada rzeki pasti sampai juga.

      Delete
  6. Happy Belated Annyversary..
    sonoknye dapat celebrate annyversary sambil melancong cam tuh..
    teringin jugak nak celebrate annyversary cam nih.. hehehe

    2 2 hero sangat hensem~

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete