Thursday, 7 March 2013

Percutian ke Langkawi 2013 - Episode 2

Assalamualaikum.

Awalnya bercadang nak keluar rumah awal, kononya jam 9 pagi. Hmmm, abang & ajim bangun pun sudah jam 9.30pg. Belum lagi mama & papa, selesai solat subuh, boleh sambung tidur balik. Letih punya pasal. Breakfast macam biasa, abang minta nak makan nasi lemak kedai atok semalam. Sedap sangat agaknya pada tekak abang. Ajim tak ada gigi, minum susu jerla yea si dobot tu.

Hari ini, kami proceed ke Cable Car Langkawi. 4 tahun dulu, semasa masih bekerja di Prasarana Negara Berhad, tiket free sebab subsidiari. Sekarang haruslah bayar sendiri. Tiket RM30 untuk 2 orang. Huh, mahalkan!! Nak bawa abang & ajim punya pasal, tutup matalah kejap. Cuaca teramat panas pada hari tersebut. Sungguh, saya tak tahan. Ajim asyik merengek dan menggaru kepala. Panas! Lekit & berpeluh. Tapi, sekurang-kurangnya tidak hujan. Kira bersyukur lah kan!
Hairan agaknya ajim tengok "terbang" tinggi sangat!

Haruslah bayar RM5 semata-mata nak tangkap gambar dengan kuda! Sorry bang, saya "curi" tangkap dulu. Free for sure!

En. Suami memang suka ular sawa. Motif?

Kacaklah sangat budak abang tuh.

 
Ajim cool sepanjang di puncak. Seronok cuaca berangin dan sejuk.
 
Turun dari cable car, kami bercadang ke Secret resipi belanja ajim kek lah kononnya. Birthday boy lah katakan. Hmmm, tapi at last ajim tidur dari dalam kereta sampailah habis makan. Tak ada kek! Tak ada tiup lilin!
Tom Yam Kung menu wajib!



Sunnguh geli hati tengok abang makan. Beriya-iya.
Gambar ajim tak ada. Siapa suruh tidur! Hmmmm...

Anak penyu sesat di lautan.

 
 
 


Seriously, saya memang suka ambil gambar sunset. Alkisah nak ambil ala-ala pro, ini pun kira oklah kan!
 


Gambar penutup di Pantai Cenang. Anak-anak dah kecut. Balik hotel berebut-rebut semua mandi.
Mestilah ajim mandi dulu.
              Tengok muka abang, tak sabar sungguh tunggu papa suap. Hailaaaa budak abang!

Hari terakhir di Langkawi, breakfast Mc-D sahaja. Depan hotel, malas nak jalan jauh.





Tempat wajib mestilah dataran helang. Ini pun pergi 1 jam sahaja sementara tunggu flight pukul 5 petang. Selamat tinggal Langkawi. Ada rezeki abang & ajim datang lagi borong coklat. Abang & ajim sangat seronok. Jalan-jalan, mandi laut, makan & tidur.heheheheheh...
 
 

18 comments:

  1. Teringin nak baca dari awal sampai abis.. tapi masih takde kesempatan..hihi. Landcons hotel tu dekat sangat tak ngan pantai?

    wajib saya khatamkan sebab nak buat family day bulan 5 ni.. Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je..murah pon murah..dia diseberang pantai. jalan kaki 5 minit sampai. Tapi kalau mama nak yang lagi best, better amik AB Motel. Betul2 depan pantai & murah & besar. Tapi kena booking la 2-3 bulan awal.heheheheh

      Delete
  2. pergi bukan waktu cuti sekolah, bolehlah tarik nafas panjang kan? senang sikit nak makan, shopping, jalan. cuma jgn tersaing ngan orang berkursus...penuh hotel memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..time anak lom skolah la amik ksmpatan g time org sibuk..besok bila anak da skool...huhuhuh..berebut2 laaa

      Delete
  3. best nye dapat jalan2...xpernha g langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi dapat la eita pergi..dalam negara je punn..huhuhu

      Delete
  4. waaa suma gambar2 tu lawa la :-) saya pun suka gambar sunset. rasa damai je..

    ReplyDelete
  5. SLm singgah bila sakit sedikit kebah. Tq atas doanyer ye

    ReplyDelete
  6. riena dah booked mila motel. hrp2 best lah. amin. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mila hotel area chenang juga ye?? kaaua da nama pon langkawi best jer..slamat bercuti..

      Delete
  7. waahhh.. ini lah destinasi impian zura yg seterusnye~
    teringinnnnnn sesangat nak gi langkawi.. hehehe..
    orang lain dah bape kali ulang gi langkawi kan~ kikiki.
    InsyaAllah~ ade rezeki KAMI akan jejak kaki di Langkawi.

    Salam kenal dan folo awak jugak~

    ReplyDelete
  8. comel btl Ajim..Ajim tak takut tinggi..tengok dia nampak seronok naik tinggi2..
    pemandangan sunset tu cantik la...suka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajim mmg...tgk muka lasak dia pon tau..

      Delete