Thursday, 28 March 2013

Rindula zaman remaja!

Assalamualaikum.

Mak buyong harini tiba-tiba touching. Umur dah nak 3 series haa. Tiba-tiba rasa rindu zaman remaja. Rindu zaman kolej dulu. Rindu zaman study. Rindulah!! Haish tak sukalah perasaan rindu ni. Nanti mesti sedih kalau dilayan layankan.

Sebab itulah, saya suka sangat pergi Melaka. Tempat belajar menjadi orang! Banyak kenangan di sana. Kenangan susah dan senang bersama kawan-kawan. Kenangan makan maggie dan tak makan pun ada! hahahhaa....saya suka Melaka. Sayang! Sekarang semua dah dewasa. Dah beranak pinak dah pun. Jumpa pon time wedding. Call pun dah jarang-jarang. Yelah, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri kan. Kenalah faham.

Saya pulak, oklah saya mengaku, memang malas nak call dan sms. Tapi paling tidak kami masih berhubung melalui FB. Hmmmm...people come & go..at last what left?? Tu yang selalu terjadi kan. Even di alam belajar, menganjak ke alam pekerjaan dan ke zaman seterusnya. Boleh dikatakan setiap beberapa bulan pasti saya ke Melaka. Bawak anak berjalan-jalan dan mengimbau kenangan lama. Jarak pun tidak jauh dari Seremban. Cuma 1 jam 30 minit, tup ..terpacak di Bandar Hilir.


                                         Layankan jerla gambar zaman muda belia nih yea.


 
Nilah 3 orang rakan karib saya ketika study. Rindu uolsss la!!
 

5 comments:

  1. Kenangan memang untuk dikenang :)

    Take care ye makyong, jgn layan perasaan sangat..hihi

    ReplyDelete
  2. oh rindu kawan2..memang lah, sama lah tapi semuanya tinggal kenangan :)

    ReplyDelete
  3. kiranyer kenangan mengusik jiwa lah ni..

    kite layan je

    ReplyDelete
  4. kak ni kerap berpindah randah. kesimpulan yg kak dapat, kawan baik kita ialah kawan dimana kita duduk/tinggal/bekerja sekarang..bila berjauhan, tak dapat nak share dengan kawan lama. kawan baru yg kita harapkan.

    ReplyDelete