Thursday, 25 April 2013

First scan Baby boo

Assalamualaikum.

Sabtu lepas 20 April 2013, abang dan ajim pertama kali melihat adik baby. Abang senyum-senyum. Ajim buat muncung macam biasa. Macam dah faham sangat lah, yang dia nampak bergerak-gerak dalam screen tu adik mereka. Baby dah 13 minggu. Maknanya sudah 3 bulan.

Dr.Sulkhilmi kata, "kali ini kena jaga, jangan baby besar macam dulu" Yelah doktor, Ajim dulu tak sabar nak keluar. Baby 4kg tu. Tapi sekarang kurus je. Besar dalam perut jer lebih. Kata doktor lagi, kalau baby kecil sedikit around 3-3.4kg, insyaAllah boleh cuba bersalin normal. Ya Allah. Saya rindulah nak bersalin normal. Minta-minta diizinkan Allah. Kali ini doctor tak bagi saya minum susu & vitamin. Cuma ambil iron tablet dan teruskan pemakanan seperti biasa.

Dan sekarang, selera saya macam biasa, saya lebih gemar makan buah dan benda manis macam Kek, Aiskrim. Sedapnya!!!! Nasi kurang selera, tapi kalau makan habis juga.hehehehehe.

 
Adik baby dah besar nampaknya. Dah rasa "butterfly in the stomach" miss that feel!!

Thursday, 18 April 2013

Susah sangatkah nak buat baik?

Assalamualaikum.

Berkat hari Jumaat. Hati kena bersih tenang. Bangun pagi, mood sangat baik, kerana esok cuti!!! Pergi office dengan senyum meleret. Senyum kan sedekah. Tapi bila datang satu perempuan gemuk, sakitnya hati aku!!!

Perempuan mengandung kena banyak sabar kan? Nanti takut kenan kat anak!! Nauzubillah. Saya teringat kata pepatah yang dicipta oleh ntah siapa, "Tak kisahlah muka buruk, tapi hati baik. Ini, muka dah la buruk, perangai pon buruk"... Mesti pernah dengar kan. Susah sangat ke nak cakap "Tolong" dengan nada baik dan bersopan. Perlukah meniggikan suara untuk menunjukkan kuasa? Entahla, no wonder saya banyak terdengar cerita kurang enak tentangnya. Tak perlula merungkai banyak ayat tentang dia. Buat dosa di hari mulia je kan!!

Saya selalu ingatkan diri saya, buat baik pada orang. Janganlah kejam sangat. Bantu apa yang mampu. Pasti ada habuan kalau kita berbuat baik. Lagipun saya terfikir, malunya Abang & Ajim kalau dapat tahu mamanya orang yang sangat di benci di office kan!! Malunya En. Suami dapat isteri yang kerek dan bongkak!! Nauzubillah!!

 
Hmm takpelah, biar orang kenakan kita, kita serahkan pada Allah. Tiba-tiba datang satu amoi perempuan yang cantik lagi sexy. " Hai suri, i nak bagi you hadiah la because helping me to do my thing"  Wahhhhh..suke....memang suke benda ni. Nak beli kat AirAsia megastore rasa macam mahal. Thank you Lenglui. Nah!! Kan saya katakan, buat baik pasti ada habuan!!
 
Oklah ceria-ceria selalu..Tomolo kannnnn Saturdayyyyyyy. Tengah gigih cari resepi buat kuah Dal. Nak masak capati katanya :-)
 
**Ini adalah x-mini speaker untuk i-pod atau laptop ke apa saja. Mahal gak. RM100. Mak tak mampu nak belila..Rezeki!!
 

Tuesday, 9 April 2013

Percutian ke Melaka 2011

Assalamualaikum.

Hari ini saya tiada modal nak cerita. Jadinya, setelah gigih digging hardisk, nah...saya jumpa gambar percutian  kami di Melaka. Rindu pulak tengok gambar-gambar lama ni kan. Masa tak boleh di putar semula. Nasib baik teknologi sekarang hebat. Dapat jugalah merakam gambar sebagai kenangan.

Ini adalah kali pertama kami bawa abang berjalan keluar dari Seremban dan bermalam. Saya booking Equatorial Hotel untuk 2 hari 1 malam.Dekat sikit dengan Bandar Hilir. Senang nak bawa baby berjalan. Ketika ini, abang baru berusia 2 bulan lebih. Alhamdulillah, si comel ni tak meragam.

Sebenarnya saya terover excited. Yelah, first time ada baby. Nak sangat berjalan dengan anak. Selalu asyik tengok je pasangan bawak anak keluar. Sekarang dah dapat rasakan. Alhamdulillah!
Seronok dapat bawa abang berjalan. Abang tak banyak ragam. Asalkan stroller ditolak, pasti abang lena. Abang good baby. Sampai besar perangai abang tetap sama. Kuat berjalan! Bak kata wan "Budak abang ni suka bersoko la"..macam-macam bahasa wan keluarkan.

Masa baby, badan abang tembam, padat! Macam ayam daging! Geram tengok.

Setiba di hotel, macam biasa, abang mesti jadi orang pertama yang tidur dulu.

Cuba cari abang di mana?

Malulah saya mama.

 
Abang tidur dengan lena dalam stroller. Muka abang ketika tidur sebiji macam muka Ajim busuk.

Like father like son kan..!
 





Rambut pulau!

Abang dah lapar.


Abang kalau tidur memang cedap-cedap.

Ala mama..dah balik ke.....sedihnya saya!

**Next update: Pengalaman bawa 2 stroller bila keluar berjalan.

 

Thursday, 4 April 2013

Wajah PUJAAN

Assalamualaikum

Hari ini adalah hari yang panjang. Minggu ni adalah minggu yang panjang. Bulan ini adalah bulan yang panjang. Mungkin sebab mak buyong counting "bila la nak bersalin nih?"...Please..please..please...enjoy the moment mak buyong. Maybe this is your last pregnancy..kannn!!! Dahla, blog tak update!

Tekak tak loya pon. Tapi tak boleh makan.Pahit!!! Semua pahit!! Semua tak kena. Badan dah rasa letih. Batuk masih belum surut. OMG!!!Kehamilan masih belum diwar-warkan pada rakan office. Tunggu jerlah perut mak buyong membesar. Toksah tanya dah.Terbukti!!

Perasaan bercampur baur. Dah bosan pula bekerja. Nak duduk rumah pula. Laki belum cukup kaya. Huh..Oklah, dari fikir benda yang tiada solution, baik menatap wajah pujaan hati mama ni  ;-p

 
Ooops!!! Ni kereta mercedes 7 series abang!

Riang hati main bola dengan papa.

Adik jimjim yang busuk

Belon belon keriangan abang

Ajim pakai baju hijau feveret mama