Tuesday, 9 April 2013

Percutian ke Melaka 2011

Assalamualaikum.

Hari ini saya tiada modal nak cerita. Jadinya, setelah gigih digging hardisk, nah...saya jumpa gambar percutian  kami di Melaka. Rindu pulak tengok gambar-gambar lama ni kan. Masa tak boleh di putar semula. Nasib baik teknologi sekarang hebat. Dapat jugalah merakam gambar sebagai kenangan.

Ini adalah kali pertama kami bawa abang berjalan keluar dari Seremban dan bermalam. Saya booking Equatorial Hotel untuk 2 hari 1 malam.Dekat sikit dengan Bandar Hilir. Senang nak bawa baby berjalan. Ketika ini, abang baru berusia 2 bulan lebih. Alhamdulillah, si comel ni tak meragam.

Sebenarnya saya terover excited. Yelah, first time ada baby. Nak sangat berjalan dengan anak. Selalu asyik tengok je pasangan bawak anak keluar. Sekarang dah dapat rasakan. Alhamdulillah!
Seronok dapat bawa abang berjalan. Abang tak banyak ragam. Asalkan stroller ditolak, pasti abang lena. Abang good baby. Sampai besar perangai abang tetap sama. Kuat berjalan! Bak kata wan "Budak abang ni suka bersoko la"..macam-macam bahasa wan keluarkan.

Masa baby, badan abang tembam, padat! Macam ayam daging! Geram tengok.

Setiba di hotel, macam biasa, abang mesti jadi orang pertama yang tidur dulu.

Cuba cari abang di mana?

Malulah saya mama.

 
Abang tidur dengan lena dalam stroller. Muka abang ketika tidur sebiji macam muka Ajim busuk.

Like father like son kan..!
 





Rambut pulau!

Abang dah lapar.


Abang kalau tidur memang cedap-cedap.

Ala mama..dah balik ke.....sedihnya saya!

**Next update: Pengalaman bawa 2 stroller bila keluar berjalan.

 

12 comments:

  1. kalo bawa bb gi jenjelan memang kena prepare betol2 kan~ yang penting bb kena selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..bb kalo tak selesa bukan dia pandai cakap ngan kita pon kann

      Delete
  2. Excitedkan nak bawa anak2 berjln,dulu bila masih single dan tgk pasangan bawa anak yg masih kecik lg berjln mesti berkata dlm hati,biarlah besar sikit klu nak bawa berjln pun,tapi bila turn kita sendiri baru tahu perasaan tu, nak bawa anak bjln juga wlpn masih kecik lg.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh..betul jugak tu kan..da ada anak sendiri baru tau best giler bawak anak jalan kann..

      Delete
  3. melaka mmg antara tempat2 yg best kan !

    ReplyDelete
  4. best jalan2 kat melaka kan....?

    ReplyDelete
  5. alolo..comel..seronok dia dapat jalan²...:)

    ReplyDelete
  6. Salam..

    one happy family.. suka tgk gambar2 tu.. comelnya abang.. geram tgk dia..

    ReplyDelete
  7. Hai hensem!!seronok betul dia dpt jalan2..hihihii..tgk pn cam ddia baby yg suka jln2 sbb xmeragam pon!!hihihi

    ReplyDelete
  8. Masa 2 Abdul kecik, kak pun bw jugak depa merayap, nk tunggu dpa besar baru berjalan, takut tak merasa pulak. Tapi ya Allah , brg2 penuh kereta...

    ReplyDelete
  9. hehe...comel la gambar baby yg jelir lidah tu :-) nampak happy..

    ReplyDelete