Thursday, 18 April 2013

Susah sangatkah nak buat baik?

Assalamualaikum.

Berkat hari Jumaat. Hati kena bersih tenang. Bangun pagi, mood sangat baik, kerana esok cuti!!! Pergi office dengan senyum meleret. Senyum kan sedekah. Tapi bila datang satu perempuan gemuk, sakitnya hati aku!!!

Perempuan mengandung kena banyak sabar kan? Nanti takut kenan kat anak!! Nauzubillah. Saya teringat kata pepatah yang dicipta oleh ntah siapa, "Tak kisahlah muka buruk, tapi hati baik. Ini, muka dah la buruk, perangai pon buruk"... Mesti pernah dengar kan. Susah sangat ke nak cakap "Tolong" dengan nada baik dan bersopan. Perlukah meniggikan suara untuk menunjukkan kuasa? Entahla, no wonder saya banyak terdengar cerita kurang enak tentangnya. Tak perlula merungkai banyak ayat tentang dia. Buat dosa di hari mulia je kan!!

Saya selalu ingatkan diri saya, buat baik pada orang. Janganlah kejam sangat. Bantu apa yang mampu. Pasti ada habuan kalau kita berbuat baik. Lagipun saya terfikir, malunya Abang & Ajim kalau dapat tahu mamanya orang yang sangat di benci di office kan!! Malunya En. Suami dapat isteri yang kerek dan bongkak!! Nauzubillah!!

 
Hmm takpelah, biar orang kenakan kita, kita serahkan pada Allah. Tiba-tiba datang satu amoi perempuan yang cantik lagi sexy. " Hai suri, i nak bagi you hadiah la because helping me to do my thing"  Wahhhhh..suke....memang suke benda ni. Nak beli kat AirAsia megastore rasa macam mahal. Thank you Lenglui. Nah!! Kan saya katakan, buat baik pasti ada habuan!!
 
Oklah ceria-ceria selalu..Tomolo kannnnn Saturdayyyyyyy. Tengah gigih cari resepi buat kuah Dal. Nak masak capati katanya :-)
 
**Ini adalah x-mini speaker untuk i-pod atau laptop ke apa saja. Mahal gak. RM100. Mak tak mampu nak belila..Rezeki!!
 

4 comments:

  1. caya la.. betul tu.. tak rugi buat baik...

    ReplyDelete
  2. Memang mengganggu mood kita bila ade org yg kurang bahasa cenggitu..huu.

    Rezeki di hari jumaat kan :) Moga mama ngan baby sihat selalu..!!

    ReplyDelete
  3. hehe..biarlah org spoil mood kita,janji kita sabar...

    ReplyDelete
  4. :-) Dlm hidup pasti ada pro dan kontra. Kadang kita berhadapan dengan benda yang menyakitkan hati tapi pastu pasti ada hal berlaku yang akan menyebabkan hati kita jadi ceria semula..

    ReplyDelete