Tuesday, 14 May 2013

17 weeks already!!

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah masuk 17 weeks. Kejap je nak melangkah ke 5 bulan. Another 5 months to go. Perut masih boleh di sembunyikan. Tak besar mana lagi. Sebab saya gemar pakai T-Shirt sahaja pergi ke office. Masih jauh perjalanan untuk menuju ke Nov 2013. Heheheheeheh. Tak dapat bayangkan Ajim dapat adik. Abang dah jadi big brother. Papa siap lantik abang jadi ketua kelas. Kemain budak abang!!

Ajim sekarang dah pandai sebut nama sendiri. Ajim..ajim..abamm..!! Abang pon cemburu. Tengok Ajim dah ringan mulut, abang pon gigih nak bercakap. Alhamdulillah, abang sudah ada banyak peningkatan. Berkat doa mama & papa siang malam.

Balik dari Guangzhou nanti, baru saya akan pergi check-up di Klinik Dr Sulkhilmi. Harap-harap selamatlah perjalanan pergi dan balik. Keadaan saya tetap macam ni, makan ikut mood. Suka makan manis-manis. Pantang nampak kek dan coklat. Sedapnya!! Gemar minum air Sarsi pula kali ni. Haahahha. Orang kata pembawakan baby girl. Saya rasa macam baby boy sebab pembawakannya sama sahaja macam mengandungkan 2 menteri tu dulu. Tak kisahlah, apa yang saya harapkan semoga baby membesar dengan sempurna dan sihat. Amin!!

**17 weeks pregnant. Ehsan babycentre.com

Thursday, 9 May 2013

Preparing the Vacation

Assalamualaikum.

Bz betul mak yong kebelakangan ni yea. Bz menguruskan percutian ke Guangzhou, China. Al-maklumlah, Hari Raya dah dekat, mak saya sibuk nak beli cadarlah, alas mejalah, kain lah, nak buat pakai raya katanya kannn!!!

Pergi pon cuma sekejap. Target nak shopping dan jalan-jalan menikmati pemandangan. Pergi ke China saya tak teruja sangat sebab, saya akan terfikirkan toiletnya..Wekk!!! Tapi, kata kakak saya yang dah beribu kali ke sana, toilet Guangzhou tak seteruk Beijing sebab warga Guangzhou agak educated. Hmmmm.. Tak percayalah!!


 
Sesiapa ada pengalaman ke sana. Jom kongsi rahsia dan tips!! :-)