Tuesday, 14 May 2013

17 weeks already!!

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah masuk 17 weeks. Kejap je nak melangkah ke 5 bulan. Another 5 months to go. Perut masih boleh di sembunyikan. Tak besar mana lagi. Sebab saya gemar pakai T-Shirt sahaja pergi ke office. Masih jauh perjalanan untuk menuju ke Nov 2013. Heheheheeheh. Tak dapat bayangkan Ajim dapat adik. Abang dah jadi big brother. Papa siap lantik abang jadi ketua kelas. Kemain budak abang!!

Ajim sekarang dah pandai sebut nama sendiri. Ajim..ajim..abamm..!! Abang pon cemburu. Tengok Ajim dah ringan mulut, abang pon gigih nak bercakap. Alhamdulillah, abang sudah ada banyak peningkatan. Berkat doa mama & papa siang malam.

Balik dari Guangzhou nanti, baru saya akan pergi check-up di Klinik Dr Sulkhilmi. Harap-harap selamatlah perjalanan pergi dan balik. Keadaan saya tetap macam ni, makan ikut mood. Suka makan manis-manis. Pantang nampak kek dan coklat. Sedapnya!! Gemar minum air Sarsi pula kali ni. Haahahha. Orang kata pembawakan baby girl. Saya rasa macam baby boy sebab pembawakannya sama sahaja macam mengandungkan 2 menteri tu dulu. Tak kisahlah, apa yang saya harapkan semoga baby membesar dengan sempurna dan sihat. Amin!!

**17 weeks pregnant. Ehsan babycentre.com

3 comments:

  1. semoga selamat semuanya..

    p/s sempat lagi makan angin ya...

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat semuanya ye
    kemput la datang blog saya memeriahkan newbie blogger ni heheheheehe
    umielman,blogspot.com

    ReplyDelete
  3. moga selamat....dan sihat selalu ye...jaga diri baik2...

    ReplyDelete