Friday, 14 June 2013

Doakan kami!!!

Assalamualaikum.

Esok tanggal 15 June 2013, tepat jam 11.10 minit malam, kami sekeluarga akan berlepas meninggalkan Malaysia yang tersayang. Doakan keselamatan kami sekeluarga pergi dan balik ya!

Ya Allah, lindungi perjalanan kami, lindungi kesihatan kami, permudahkan perjalanan kami sekeluarga. Amin!!!!

See you again Malaysia in 1 month!!!




Wednesday, 12 June 2013

Haaaaaaaa'cummmmm...BERHABUK!!!!

Assalamualaikum.

Permisi, permisi..maaf..lamanya tak update blog. Alangkah sibuk sungguh saya sekarang. Sebulan blog tak berusik. Nak hapdate cerita Guangzhou pon tak sempat. InsyaAllah, ada kelapangan saya akan update juga sikit sikit yea.

Sekarang ni, usia kandungan sudah 20 minggu. Alhamdulillah. Adik baby semakin sihat. Mama nya pun sihat. Abang Nazeef & Abang Nazeem pon sihat. Semua sihatlaaaa. Cerita sikit pasal Guangzhou. Memang seronoklah. Yang tak seronok, adik Ajim lasak sangat dalam kapal. Rasa macam nak letak adik Ajim dekat kokpit jer..hmmmmm... Bercerita pasal adik Ajim, dia dah pandai cakap sikit-sikit.."Mama, nak bubur....Abanggggg..Acimmmmm.....Acihhhh" Jobo amek adik Ajim!!

Abang semakin matang. Sekarang, abang dah tuisyem. Start pukul 7malam -9malam abang akan tuisyen. Papa belikan abang CD Grolier. Alhamdulillah, abang ada peningkatan dalam vocab. Semakin bijak anak-anak syurga mama.

Oklah, sedikit gambaran Guangzhou dari Desktop saya nih. Arghhhh..lamanya tak blogwalking ke blog kawan-kawan.Maaf ye!!!