Monday, 29 July 2013

My Motherhood - Bila lah nak dapat jadi surirumah nih??

Assalamualaikum.


Hari-hari menteri besar kena tinggal dengan wan. Nasib baiklah, wan awak semua baik. Sudi jagakan menteri besar. Kalau kena tinggal dekat nursery, lagi kesian. Sejak mengandung anak ke-3 ni, naluri keibuan untuk menjadi surirumah makin kuat pulak. Selalu saya tanya pada suami "Papa, bilalah papa nak kaya nih, senang mama berhenti kerja jaga anak".. Ayat standard sang suami "InsyaAllah, mudah mudahan murah rezeki kita dan anak-anak, dapatlah mama capai cita-cita"..heheheheh..

Best giler kan jadi surirumah. Pagi siapkan abang pergi sekolah. Mandikan Ajim dan hantar abang pergi sekolah. Masak sarapan dan makan tengahari. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah, baring-baring tidooo dengan anak-anak. hmmmmm..tengok sinetron, cerita Mexico, Philipines...Rosalinda!!


Sekarang, saya minat pula nak bercucuk tanam. Walaupun rumah saya sekangkang kera sahaja tanahnya, bolehlah. Tapi, sekarang kalau gigih tanam bunga pun, bila masa pulak nak siram. Nama pun weekend home je. Tunggulah 5-6 tahun lagi, bila semua hutang dah selesai, bila ekonomi dah mantap sedikit, saya nak resign!!

Bosan? Kerja memang ada pasang surutnya. Adakala happy dan adakala bosan. Tapi bila memikirkan tanggungjawab seorang ibu yang tak dipenuhi sedih pula rasa hati. Jumpa anak-anak bila hari menginjak malam. Hujung minggu sahaja dapat luangkan masa dengan mereka. Saya dah tiada mood nak kerja nih. Asyik menghitung hari nak cuti bersalin. Tak baikkan macam tu? Kerjakan ibadah.

Mudah-mudahan, murahlah rezeki kami sekeluarga dan dapatlah saya menunaikan impian suci saya yang satu ni. ;-)


Note: Balik ni nak berkejar pulak pergi bengkel kereta. Tayar pancit la pulak..haisshhhh..orang nak jimat raya nie, ada jer dugaan mendatang..sabar..sabar...

Thursday, 25 July 2013

Europe Tour - London - Episode 1

Assalamualaikum.
 
 
Serius. Rasa macam mimpi dapat menjejakkan kaki ke kota London. Tempat kelahiran Prince William. Cheewah. Mentang-mentangla sekarang heboh Putera William dapat baby boy, mak yong pon sibuk nak mencelah. Oklah, ini cuma short visit kami ke London. Cuma 2 hari. Kalau nak diikutkan, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil seperti saya, 2 hari tak cukup kerana Schedule yang agak padat dan banyak tempat yang perlu di terokai. Saya cadangkan 4 hari, tetapi cuma di London Town!! Tidak termasuk kawasan sekitarnya seperti Stonehenge dan sebagainya.
 
LONDON BUS TOUR
Abang ipar saya menempah London Tour Bus. Harganya untuk seorang dewasa adalah 35pound dan percuma untuk kanak-kanak. hhhuhuhuhuhuu..tau..mahal...tau....mahal sangat..sama dengan RM175. Saya taknak naik bus, buang masa, tapi Abang ipar kata "Ala..at least ko penah la naik London Tour Bus..lagipun mak tak larat nak jalan"  ...ok ok...nasib baik free...kena belanja. Kalau bayar sendiri..huhuhuhhu..melayang duit!! Hari pertama kami tiba lewat sebab, gigih pergi carboot di London. Kami tiba petang dalam jam 4 petang. Lambat gila kan. London jammed okay!! Macam KL juga. Sangat membuang masa. Nasib baik waktu siang panjang. Cerah sehingga jam 10 malam. So at least hari pertama kami dapat lihat sekeliling kota dan target mana nak pergi untuk 2nd day. yess!!!!
 

Ajim tetap dengan botol susunya walau dimana berada!!
 
 
Ajim mengigil tahan sejuk. Bukan gelak tu..tapi nangis sebenarnya!!
 


TIPS
Dapatkan peta semasa dalam bus. Target tempat yang menarik sahaja nak pergi. Tak perlulah nak terjah semua tempat, lainlah kalo awak berdua dan ada 24-7 untuk meronda kann!!! Jom tengok tempat yang kami sekeluarga lawati.
 
 
 
 
Marble Arch. Di sini seolah taman. Dimana banyak burung merpati berterbangan. Memang ramai yang lepak disini kerana ada padang rumput yang agak luas. Di kawasan ini juga banyak terdapat seperti Tugu patung berkuda, pahlawan dan haiwan. Tak sempat nak ambil gambar semuanya.
 
 
 
London Eye. Tempat wajib sekiranya anda berkunjung ke London. Cantik!!Superb!! Kami tak naik pun. Beratur sangat panjang yang mungkin memakan masa 2-3 jam dan harga tiket yang agak mahal iaitu 18 pound bersamaan RM90. Haruslah kan!! Alah, sama je kot dengan roda pusing kat Genting tu kan..heheheheheh..Dasar kedekut!!
 
 
 
 
 
 
London Bridge & Waterloo Bridge. Gigih mak buyong berjalan dari London bridge ke Waterloo Bridge. Ini semua gara-gara En. Suami konfiden jarak dia dekat. Huhhh.. Nak terberanak rasa. Sabar jerlah. At last kitorang ambil tour bus jugak untuk ke Tower Bridge. Mak tak larat dah. Di sekitar jambatan, suasana memang menarik. Sangat cantik. Banyak aktiviti dan street artist yang buat persembahan. Cuaca pun sejuk berangin, jadi agak mengigil jugalah kami anak-beranak. Boleh dikatakan ini adalah tempat riadah bagi penduduk London. Membawa anak-anak bermain siap picnic di tepi-tepi jambatan. Suka!! Cantik!!
 
 
 
 
Tower Bridge. Pada mata saya Tower Bridge lebih cantik jika nak dibandingkan dengan London Bridge. Cuma London Bridge famous kerana usianya yang beribu tahun dan sejarahnya. Bentuk dan ukiran Tower Bridge memang cantik jika di perhatikan dari dekat. Hmmm...tak study pulak siapa arkitek dia.

 
Sebenarnya, 2nd day kami cuma berjalan 4 beranak. Mak tak ikut sebab tak larat dan sibuk nak shopping coklat. Oklah, agak penat juga sebenarnya. Kami cuma bawa roti coklat sepanjang perjalanan untuk alas perut. Di Kota London agak payah untuk mendapat makanan halal. Kami terpaksa menahan perut dan memberi keutamaan buat anak-anak. Kesian abang & ajim kalau lapar. Mama & papa takpe. Da tua. Mampu tahan laparkan!!
 
Nanti di next entry saya akan ceritakan lagi tips di Kota London dan kami melawat Istana Buckingham. Tapi kali ini cuma kami berdua sahaja tanpa anak-anak. Sebab?? Nanti ye...Mak yong nak balik dah....Selamat berbuka!!
 
 
Note: Selamat bercuti pada semua Warga Selangor esok...heheheheheh...sonot..dapat tidooo lama skit!!
 

Tuesday, 23 July 2013

Iftar Ramadhan 2013 - Syukur!!

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lalu, alhamdulillah, dapat juga kami buat buka puasa beramai-ramai di rumah mertua. Dah lama rasanya tak buat makan-makan nih. Ini pun sempena Ramadhan dan menyambut kepulangan Along dari UK yang bercuti Musim Panas selama 3 bulan.

Menu memang banyaklah. Saya pun ada menyumbang air tangan sikit. Roti Jala je. Nasib baik laku. Habis!! Licin!! hehehehehehe.. Abang dan Ajim yang paling suka. Berlari sana-sini macam tak cukup tanah. Orang sibuk nak tunggu Maghrib, dia heboh kayuh beskal sana sini. Ajim kuat makan mengalahkan orang puasa. Mengacau lebih. Bukan menolong. Air feveret kami Soda Bandung adalah air wajib...Slurrrrrpp...memang terliur!!!

Aktiviti bakar-membakar memang feveret Along. Pantang buat makan-makan memang suka sangat membakar. Sebelum ni pun kami selalu juga buat makan-makan. Sebab mak mertua siap buat monthly collection. Kalau ada birthday, mesti ada makan besar. Cuma kebelakangan nih, macam dah lama tak buat. Yelah arwah Pakcik baru sahaja meninggal dunia awal tahun haritu. Rasa macam tak sesuai pulak kan. After sekian lama, nahh...buka puasa bersama ramai-ramai memang best!!
Ajim dan jambul terbarunya!!


Roti jala hasil air tangan mak buyong..


Sesi pembakaran terbuka.


Boleh buka kedai BBQ la lepas ni.
 
Note: Hari ni, semangat nak apply cuti raya. Balance cuti tak banyak pon, tinggal 5 hari..adoyaiii...ambil 3 hari cukuplah ye tak!!
 

Wednesday, 17 July 2013

Europe Tour - Lampeter

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan membuka cerita tentang Lampeter. Lampeter terletak di Wales. Sebuah pekan yang kecil atau lebih sinonim dengan panggilan "countryside". Di UK sekarang seperti yang sedia maklum adalah Musim Panas - Summer. Jangan tertipu yea, bacaan suhu di Lampeter adalah 13-15 degree pada waktu siang dan mencecah 9 degree waktu malam. Sejukkkk!!!! Saya tak suka. Hari kedua  di Lampeter, saya dah masuk hospital kerana "difficulty to breath". Macam semputlah..Trauma!!

Sepanjang perjalanan di Lampeter, mata di jamu dengan pemandangan padang yang berbukit hijau dan sangat luas. Mereka menjadikan penternakan kambing biri-biri dan lembu sebagai perniagaan. Memang cantik. Hijau mata memandang. Kambing pun gemuk-gemuk dan gebu. Rasa nak kidnap bawak balik Soromban. Hahahahahaha.
 Nampak tak? Yang bintik-bintik macam kutu tu... kambing lah tuh.
 

Semasa kami meronda di pekan Lampeter, memang sangat obvious kami adalah pelancong kerana hanya kami yang beragama Islam dan berkulit coklat. Tapi, penduduk di sini sangat baik dan membantu. Tidak sombong dan sangat peramah. Saya sukakan pemandangan dan suasana Lampeter. Tapi, saya tak sukakan cuacanya yang sejuk. Jakun kot!! Kami anak beranak mandi seminggu sekali. Tak tahan sejuk dan asyik nak bergelut dalam selimut. Waktu siang sangat panjang di UK. Waktu Maghrib adalah pada pukul 9.45 malam. Matahari masih terpacak di kepala pada jam 9 malam. Bayangkan! Malam yang sangat pendek. Subuh adalah pada jam 3 pagi. Matahari memancarkan cahayanya pada jam 4 pagi. Tak puas tidur. Jet lag lah pon kan!!!

 Inilah rumah Along yang menjadi tempat penginapan 7 bintang kami sepanjang di UK. Nampak tak ada lembu susu kat belakang rumah. Rindu!!

 Kereta Along yang sangat berjasa membawa kami berjalan.


 Muka Adik Ajim macam Polis kan? Serius sangat tak nak senyum ambil gambar.
Menggigil abang kita! Baru tau sejuk! Patutlah mama & papa tak mandi seminggu. heheheheh

 Macam tak ada student je kan???

 Adik Ajim kalau dah terlepas memang susahlah nak kejar. Mama dah tak larat.

 Ini adalah bangunan University. Berkat melawat university semoga anak-anak syurga mendapat berkatnya. InsyaAllah.


 Pekan Lampeter ni sederhana besarnya. Pelik juga pertama kali datang. Tak ramai orang. Cuba kalau dekat Malaysia, even pekan Kuala Pilah pun sibuk kan?
  Susah nak jumpa sampah. Bersih!!

 Abang kita nak belikan Wan Senawang pokok strawbery. Kalaulah boleh bawa balik.

 Siapa cakap kereta Malaysia tak laku di luar negara?



Hari-hari yang berikutnya, selepas Abang dan Ajim tidur, saya akan berbasikal sahaja bersama suami untuk meronda sekali lagi di sekitar pekan. Jarak dalam 20 minit je pun. Tapi mengah jugaklah Mak buyong kayuh biskal. 

Harga rumah yang di lelong sekitar Lampeter. Ini baru kawasan country. Belum lagi uptown area macam London. Sila darab dengan 5 yea. Ini matawang pound sterling.

Oklah, sekian untuk Lampeter, kita jumpa next update yea. Selamat berbazaar Ramadhan semua.
Tekak Mak Buyong bulan puasa nih nak makan manis-manis jer. Dari semalam mengidam nak makan Kueh Lopez. Agak-agak boleh jumpa tak hari ni? hehehehehhe

Monday, 15 July 2013

Europe Tour - What a long journey.

Assalamualaikum.

Hari ini genap 6 hari berpuasa. Syukur alhamdulillah. Rasanya Tajuk Europe ni panjang sangat. Saya akan buat secara berperingkat. Puan Mahsuri..sila rajin hapdate yea..jangan malas-malas !!
 
Saya sekeluarga bertolak ke UK pada 15 June 2013. Kami menetap selama 20 hari di UK. Kami menaiki Turkish Airline jam 11.05 malam. Perjalanan ke London mengambil masa 14 jam. Di sebabkan tiket MAS terlalu mahal, al-maklumlah sekarang tengah Musim Panas sehingga mencecah harga RM5k, saya beralih ke Turkish Airline yang agak murah sedikit tetapi dengan syarat, akan berhenti di Atartuk Airport Istanbul untuk transit flight. Perjalanan dari KLIA ke Istanbul mengambil masa 10 jam dan kami tiba di Istanbul jam 5 pagi waktu Istanbul. Transit flight ke Birmingham, England adalah jam 8 pagi.
 
Atartuk Airport memang besar. Saya memang tak minat nak ambil gambar airport ni. Alah, transit je pun. Motif nak bergambar sakan kan?  Perjalanan dari Istanbul ke Birmingham memakan masa 4 jam. Kami tiba di Birmingham jam 1 tengahari dan disambut oleh abang ipar dengan makanan. Yeaa....kami lapar tahap "G". Tekak saya tak puas makan makanan Turki dalam flight. Tak puas! Tak sedaplah! Jahatkan statement..

Inipun adalah sekeping gambar Abang kita di Istanbul.
 
Pengalaman membawa anak-anak yang masih kecil untuk menaiki flight untuk satu jangkamasa yang panjang bukan senang. Kita yang dewasa ni pun naik boring inikan budak-budak. Nasib baik flight malam, jadi menteri besar 2 orang ni tidur dengan selamat. Alhamdulilah, anak-anak syurga baik jer dalam flight sebab tidurlah kan.heheheh. Tetapi kesabaran saya di cabar setiba di Istanbul. Abang dan Ajim lasak bukan main. Dapat kaki lah katakan lepas terkurung. Letih mama lah sayang.
 
Menjejak kaki ke Birmingham, cuaca sejuk. Masih dapat bertahan dengan sehelai Thirt dan sweater Nipis. Airport Birmingham kecil sahaja seperti LCCT tapi sangat bersih. Masalah toilet kotor memang tak ada lah yea di UK ni. Mereka mempunyai sivik yang tinggi. Even di Malaysia pun masih ada Public Toilet yang kotor.
 
Setiba di Birmingham, memang sangat letih. Terpancar di wajah masing-masing. Memang nak cari katil kalau dapat.
 
Seterusnya kami terus pulang ke rumah Along di Lampeter, Wales. Jarak perjalanan adalah 3 jam 30 minit. Huh.....jakun!!! Ye..kami jakun bila tengok pemandangan "countryside" di Wales. Saya akan kongsikan dengan lebih banyak gambar di next entry. Kami mengembara dari Lampeter - Aberystwyth - Swansea - Cardiff - Bristol - Bridgend - Carmarthen - London - Paris. Apa???? Manchester..Liverpool??? Upsss...yang itu kami tak pergi...Sebab?? Kekangan masa dan cuma stadium sahaja yang menarik di sana. Perjalanan pun 5-6 jam nak ke sana. Takpelah. Tengok TV sahajalah yea. Oklah, selamat berpuasa & berbuka pada semua yea. ;-)
 
 



Sunday, 14 July 2013

Shopping!! Guangzhou - Episode 2

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak cerita tentang makanan di Guangzhou. Makanan halal banyak, tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, samada selera atau tidak.

Ketika kami melawat makam sahabat Nabi iaitu Saad Al-Waqas, di luar makam tersebut ada Pasar Malam Muslim. Peniaga kebanyakan adalah orang Cina Muslim dan Pakistan. Macam pasar malam kita di Malaysia juga, cuma peniaga sepet-sepet. heheheheheh.

Fresh Orange fresh dari buah orange, Di perah direct tanpa campur air. Harga RM4. Sedap!!!

Kambing golek pun ada.

Roti homemade. Kami beli je sekadar nak merasa. Asalkan halal. Sedap!!

Tudung dan pakaian muslim pun ada dijual. Cuma fesyen merekalah. Agak janggal kalau kita nak pakai.

Mee kuah yang kami makan di sebuah Restoran Cina Muslim. Oklah rasa dia. Tapi saya lebih gemar Mee Bandung. hehehehe

Restoran Arab memang mudah didapati di Guangzhou. Tetapi harganya agak mahal berbanding Restoran tempatan. Menu macam biasalah, kebab, roti naan, nasi beryani. Makanan standard macam di Malaysia.

Tips semasa di Guangzhou

- Berhati-hati semasa membuat bayaran. Fake money ada di mana-mana. Saya lebih gemar pecah duit besar di shopping complex dan membuat tukaran ngam-ngam pada peniaga di tepi jalan.

- Kena pandai main harga di Guangzhou. Lagi banyak barang di beli lagi banyak diskaun.

- Sepanjang di Guangzhou, saya langsung tak "melawat" public toilet. Cukuplah pengalaman di Beijing dahulu. Yang penting kurangkan minum air.

- Bahasa utama di Guangzhou adalah bahasa Mandarin. Berbanding Beijing, peniaga di sini masih ok dengan Bahasa English. Agak membantu juga. Peniaga juga tidaklah begitu sombong dan kasar berbanding Beijing.


Saya rasa sampai di sini saja cerita Guangzhou. Tak banyak yang dapat dikongsikan kerana tujuan utama bershopping bukan berjalan sangat. hhehe..Oklah, selamat berpuasa semua & selamat berbuka  ;-)