Monday, 15 July 2013

Europe Tour - What a long journey.

Assalamualaikum.

Hari ini genap 6 hari berpuasa. Syukur alhamdulillah. Rasanya Tajuk Europe ni panjang sangat. Saya akan buat secara berperingkat. Puan Mahsuri..sila rajin hapdate yea..jangan malas-malas !!
 
Saya sekeluarga bertolak ke UK pada 15 June 2013. Kami menetap selama 20 hari di UK. Kami menaiki Turkish Airline jam 11.05 malam. Perjalanan ke London mengambil masa 14 jam. Di sebabkan tiket MAS terlalu mahal, al-maklumlah sekarang tengah Musim Panas sehingga mencecah harga RM5k, saya beralih ke Turkish Airline yang agak murah sedikit tetapi dengan syarat, akan berhenti di Atartuk Airport Istanbul untuk transit flight. Perjalanan dari KLIA ke Istanbul mengambil masa 10 jam dan kami tiba di Istanbul jam 5 pagi waktu Istanbul. Transit flight ke Birmingham, England adalah jam 8 pagi.
 
Atartuk Airport memang besar. Saya memang tak minat nak ambil gambar airport ni. Alah, transit je pun. Motif nak bergambar sakan kan?  Perjalanan dari Istanbul ke Birmingham memakan masa 4 jam. Kami tiba di Birmingham jam 1 tengahari dan disambut oleh abang ipar dengan makanan. Yeaa....kami lapar tahap "G". Tekak saya tak puas makan makanan Turki dalam flight. Tak puas! Tak sedaplah! Jahatkan statement..

Inipun adalah sekeping gambar Abang kita di Istanbul.
 
Pengalaman membawa anak-anak yang masih kecil untuk menaiki flight untuk satu jangkamasa yang panjang bukan senang. Kita yang dewasa ni pun naik boring inikan budak-budak. Nasib baik flight malam, jadi menteri besar 2 orang ni tidur dengan selamat. Alhamdulilah, anak-anak syurga baik jer dalam flight sebab tidurlah kan.heheheh. Tetapi kesabaran saya di cabar setiba di Istanbul. Abang dan Ajim lasak bukan main. Dapat kaki lah katakan lepas terkurung. Letih mama lah sayang.
 
Menjejak kaki ke Birmingham, cuaca sejuk. Masih dapat bertahan dengan sehelai Thirt dan sweater Nipis. Airport Birmingham kecil sahaja seperti LCCT tapi sangat bersih. Masalah toilet kotor memang tak ada lah yea di UK ni. Mereka mempunyai sivik yang tinggi. Even di Malaysia pun masih ada Public Toilet yang kotor.
 
Setiba di Birmingham, memang sangat letih. Terpancar di wajah masing-masing. Memang nak cari katil kalau dapat.
 
Seterusnya kami terus pulang ke rumah Along di Lampeter, Wales. Jarak perjalanan adalah 3 jam 30 minit. Huh.....jakun!!! Ye..kami jakun bila tengok pemandangan "countryside" di Wales. Saya akan kongsikan dengan lebih banyak gambar di next entry. Kami mengembara dari Lampeter - Aberystwyth - Swansea - Cardiff - Bristol - Bridgend - Carmarthen - London - Paris. Apa???? Manchester..Liverpool??? Upsss...yang itu kami tak pergi...Sebab?? Kekangan masa dan cuma stadium sahaja yang menarik di sana. Perjalanan pun 5-6 jam nak ke sana. Takpelah. Tengok TV sahajalah yea. Oklah, selamat berpuasa & berbuka pada semua yea. ;-)
 
 



6 comments:

  1. Wah bestnya tour Europe..cepat update lagi no.Tapi,baca entry ni cam penat,heheheheh

    ReplyDelete
  2. mmg letih...terkepung atas udara..tak selesa..dahla pregnant pulak kannn... ;-)

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa!!dapat tour Europe!!dapat tgk culture orang tu yg pengalaman tak ternilai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep...tgk tempat orang..tak kisahlah europe ke mana...yang penting..lepas letih keje..dapat cuti...tu yang paling besttt :-)

      Delete
  4. Alamak, kak tertinggal kapal lah. Seronok ek ada adiknberadik kat sana. Lagi2 p tempat jauh dari bandar. Pemandangannya tak ubah macam kawasan kampung yg kak tinggal di germany seabad lalu. Bersih dan macam tak ramai orang kat pekan tu berbeza di london kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnye akak da sampai german..walaupun seabad,kenagan tetap segar di ingatan kan kak..mmg xdinafikan suasana country mmg cantik..

      Delete