Tuesday, 23 July 2013

Iftar Ramadhan 2013 - Syukur!!

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lalu, alhamdulillah, dapat juga kami buat buka puasa beramai-ramai di rumah mertua. Dah lama rasanya tak buat makan-makan nih. Ini pun sempena Ramadhan dan menyambut kepulangan Along dari UK yang bercuti Musim Panas selama 3 bulan.

Menu memang banyaklah. Saya pun ada menyumbang air tangan sikit. Roti Jala je. Nasib baik laku. Habis!! Licin!! hehehehehehe.. Abang dan Ajim yang paling suka. Berlari sana-sini macam tak cukup tanah. Orang sibuk nak tunggu Maghrib, dia heboh kayuh beskal sana sini. Ajim kuat makan mengalahkan orang puasa. Mengacau lebih. Bukan menolong. Air feveret kami Soda Bandung adalah air wajib...Slurrrrrpp...memang terliur!!!

Aktiviti bakar-membakar memang feveret Along. Pantang buat makan-makan memang suka sangat membakar. Sebelum ni pun kami selalu juga buat makan-makan. Sebab mak mertua siap buat monthly collection. Kalau ada birthday, mesti ada makan besar. Cuma kebelakangan nih, macam dah lama tak buat. Yelah arwah Pakcik baru sahaja meninggal dunia awal tahun haritu. Rasa macam tak sesuai pulak kan. After sekian lama, nahh...buka puasa bersama ramai-ramai memang best!!
Ajim dan jambul terbarunya!!


Roti jala hasil air tangan mak buyong..


Sesi pembakaran terbuka.


Boleh buka kedai BBQ la lepas ni.
 
Note: Hari ni, semangat nak apply cuti raya. Balance cuti tak banyak pon, tinggal 5 hari..adoyaiii...ambil 3 hari cukuplah ye tak!!
 

10 comments:

  1. Mmg best sesekali berkumpul. Dah mcm kenduri kan.. mcm2 makanan ade!!

    Psst.. nak tau psl set 3 gem tu contact mama hakim ye dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenduri kecik katanya kan...heheheh..ok..paper kita kontek mama hakim ok.. ;-)

      Delete
  2. waaaa....dah macam kenduri kawen meriah nyer..

    mesti seronok kan berbuka ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenduri kawen saper la lps ni agaknyer yea

      Delete
  3. seronoknye berbuka ramai2.. konfem meriah kan~

    zura pon belom apply cuti raya.. cuti pon x banyak.. tapi nak jugak cuti lamaaaa..huhuhu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..rase nak cuti 2 minggui..apakan daya....

      Delete
  4. Wah bestnya mcm kenduri..meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali berkumpul mmg seronok sangat..

      Delete
  5. seronokk berkumpul ramai2...come follow my blog....

    ReplyDelete