Thursday, 11 July 2013

Shopping!!! Guangzhou - Episode 1


Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua. Lama rasanya tak update blog. Bz sungguh saya sekarang ni. Dengan kerja bertimbun, balik rumah sibuk dengan anak-anak syurga tu pulak kan. Badan pun masih letih sebenarnya. Mana taknya penerbangan hampir 20 jam buat saya rasa nak tidur seharian selama seminggu..hahahahha…. kalau lah boleh kann!!!

Guangzhou!!! Sudah hampir 2 bulan ke Guangzhou. Saya masih ingat setiap detail di sana. Ini adalah kali ke dua saya ke negara tembok besar. Kali pertama bersama family saya ke luar negara. Kenangan indah untuk shopping!! Ya, kalau sebut saja Guangzhou, pasti ramai yang akan terfikir “wholesale market”. Tepat sekali!! Guangzhou adalah tempat shopping. Bukan tempat untuk bersiar-siar. Tidak banyak tarikan di Guangzhou berbanding Beijing. Percutian pendek kami ke Guangzhou cuma 4 hari 3 malam.

Kami tiba di Baiyun International Airport, Guangzhou jam 8 malam 23 May 2013. Penerbangan memakan masa 4 jam. Waktu di Guangzhou adalah sama seperti Malaysia. Jadi tak perlu susah-susah untuk ubah jam tangan ye!! Kami menginap di Grand Continental Hotel Apartment. Bilik menempatkan 3 katil sangat luas dan selesa pada harga berpatutan Cuma RM200. Ia terletak berhampiran dengan Beijing-Lu. Tempat shopping juga tapi cukup untuk berjalan-jalan kerana barangan ditawarkan agak mahal berbanding dengan wholesale market.
Di Guangzhou, kakak saya awal-awal telah menempah seorang translator melayu untuk menjadi tourist guide kami di sana. Adik nih nama dia Rabiatul. Seorang penuntut university di Guangzhou. Dia jugalah yang menyewakan kami sebuah van 12 seater untuk kami sekeluarga. Upah untuk seorang translater sehari adalah RM250 dan sewa sebuah van adalah RM300. Ini adalah harga standard di Guangzhou malah boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan tour agent yang lain. Yang penting kena pandai cari dan booking awal-awal.

Hari pertama kami ke YueXiu Park. Di sini ada tugu kambing yang fofular kalau nak bergambar. Malangnya saya tak larat nak jalan. Jauh sangat. Cukuplah sekadar ronda-ronda sekitar. Taman ni terlalu besar. Boleh dikatakan sebesar 5 kali Taman Tasik Titiwangsa. Bayangkan!! Mana larat nak jalan kaki. Selepas itu kami terus proceed untuk shopping. Kami ke wholesale centre untuk shopping pakaian dahulu. Saya Cuma beli 5 helai blouse sahaja. Murah! Blouse yang sama saya beli di Seremban pada harga RM35, di Guangzhou cuma RM10. Borong 5 helai cukup!! Nak pakai di London nanti …. Heheheheheh.. Baju raya anak-anak pun semua sudah settled. Tak payah nak fikir berebut beli nanti.

Ni anak kakak saya. Faiqah.. Si gemuk yang kuat bergambar..

Abang tak boleh lekang dari wan & atuk .



                                                            Sesi memberi ikan makan!


Macam biasalah, berkongsi kereta.

 
Di Guangzhou, makanan halal ada banyak. Samada selera atau tidak sajalah. Kebanyakan makanan di jual oleh orang Cina Muslim dan orang-orang Turgun. Orang Turgun nih senang saja nak bezakan mereka. Muka ada iras Pakistan & French. Kebanyakkan mereka adalah Islam. Di sebabkan,mak saya ikut sama, mak lebih cerewet tentang makanan. Jadi, saya memilih untuk makan di kedai makanan Arab. Huh..harga jangan cerita. Memang mahal!!

Layan gambar dahulu dan kita akan bersambung ke episode seterusnya…  Sebelum itu, selamat berbuka dan jangan membazir di Bazaar Ramadhan!!  :-)

20 comments:

  1. bestnye dapat holiday kat obesi.. dapat shopping mmg best kan~ kena plak harga barang murah2.. mmg syok habes lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira rase lega jugak baju raya anak2 da selamat shopping.... heheheheh

      Delete
  2. bestnya...bila agknya dpt g sini uhuhuhu

    ReplyDelete
  3. dah balik dari europe ya...confuse kak cerita fasal guanzhou pulak, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak..da seminggu pulang dr europe...citer gz pon tak abes lagi..heheheheh

      Delete
  4. I tak pernah lagi ke sana, tapi teringin cot it said dat their goods are way cheaper than here. bila lah nak terbang lagi ni. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang murah..tapi kalo nak good quality samer je macam mesia.....yang pnting kena pandai main harga

      Delete
  5. Haaa bagus...lama x update yer,akhirnya..hehehhehe.Citer byk2 tau tips-tips melancong ni,mana tau ada rezeki boleh terlepas ke sana.Suka sgt cerita travel-travel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang akan gagah update citer travel..insyaAllah..ade rzki pasti ada rzeki ibu ke sana..

      Delete
  6. Salam.blh tak emel contact student malaysia yg jadi tourist guide tu.emel ke irasissfi@gmail.com ya.plan gi gz next year...tq

    ReplyDelete
  7. Salam. boleh x emailkan contact no. student malaysia tu kat saya. nak pegi weekend ni . nadyashah_139@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam semua..adik yang guide kami tuh dah habis study dah..dah balik malaysia dah pon... maaf yeaa

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing... :) can't wait to see your next vacation....

    ReplyDelete
  10. salam sis boleh share contact no rabiatul (translater ) ni ? Email dekat saya aisyah_jaybee87@yahoo.com.my atau sms pun boleh 0177359709 ECAH

    ReplyDelete
  11. slm,blh mntk no tel tourist guide tu tak, thx :)

    ReplyDelete
  12. Hi sis.. can you send me the contact Number for van booking in Guangzhou?
    Number is +60122787918

    ReplyDelete
  13. hi, blh share contact no rabiatul? whatsapp sy 0193959370.tq

    ReplyDelete