Sunday, 14 July 2013

Shopping!! Guangzhou - Episode 2

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak cerita tentang makanan di Guangzhou. Makanan halal banyak, tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, samada selera atau tidak.

Ketika kami melawat makam sahabat Nabi iaitu Saad Al-Waqas, di luar makam tersebut ada Pasar Malam Muslim. Peniaga kebanyakan adalah orang Cina Muslim dan Pakistan. Macam pasar malam kita di Malaysia juga, cuma peniaga sepet-sepet. heheheheheh.

Fresh Orange fresh dari buah orange, Di perah direct tanpa campur air. Harga RM4. Sedap!!!

Kambing golek pun ada.

Roti homemade. Kami beli je sekadar nak merasa. Asalkan halal. Sedap!!

Tudung dan pakaian muslim pun ada dijual. Cuma fesyen merekalah. Agak janggal kalau kita nak pakai.

Mee kuah yang kami makan di sebuah Restoran Cina Muslim. Oklah rasa dia. Tapi saya lebih gemar Mee Bandung. hehehehe

Restoran Arab memang mudah didapati di Guangzhou. Tetapi harganya agak mahal berbanding Restoran tempatan. Menu macam biasalah, kebab, roti naan, nasi beryani. Makanan standard macam di Malaysia.

Tips semasa di Guangzhou

- Berhati-hati semasa membuat bayaran. Fake money ada di mana-mana. Saya lebih gemar pecah duit besar di shopping complex dan membuat tukaran ngam-ngam pada peniaga di tepi jalan.

- Kena pandai main harga di Guangzhou. Lagi banyak barang di beli lagi banyak diskaun.

- Sepanjang di Guangzhou, saya langsung tak "melawat" public toilet. Cukuplah pengalaman di Beijing dahulu. Yang penting kurangkan minum air.

- Bahasa utama di Guangzhou adalah bahasa Mandarin. Berbanding Beijing, peniaga di sini masih ok dengan Bahasa English. Agak membantu juga. Peniaga juga tidaklah begitu sombong dan kasar berbanding Beijing.


Saya rasa sampai di sini saja cerita Guangzhou. Tak banyak yang dapat dikongsikan kerana tujuan utama bershopping bukan berjalan sangat. hhehe..Oklah, selamat berpuasa semua & selamat berbuka  ;-)

2 comments:

  1. Wahhh best nyer!. Nanti share tempat shopping yg best2 tau. Sy pun ada juga terfikir nak g sana, nak cari kain cotton dan sutera cina. Sutera yg beli kat bejing hari tu sgt best kain nyer.

    Sy pun tak suka peniaga kat Beijing, kuat memaksa dan putar belit.

    ReplyDelete
  2. yep....kain mmg banyak kat GZ..tapi tak beli pon..tak sempat...heheheh..sibuk beli baju raya anak2 je lebih..jgn risau..kalao pegi dgn tour guide, tempat wajib msti wholesale market jual kain..

    ReplyDelete