Friday, 30 August 2013

Percutian ke Paris 2013 - Episode 2 - Eiffel..I'm, in LOVE!!!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Harini senyum lebar sampai ke telinga. Dah Jumaat!! Yeayy!!  Besok, merupakan hari yang sibuk. Yelah, keluarga saya dan mertua nak datang rumah. Gigih lah nak masak bagai bertemankan 2 orang menteri besar nih.

Oklah, harini saya nak sambung entry tentang Paris. Kali ini kita terjah Eiffel Tower ye uolss. Kami sampai di Eiffel pada hari ke-2. Pada mulanya kami bercadang nak menyaksikan Eiffel pada waktu malam. Kata orang lebih romantik. Al maklumlah, hari lahir saya jatuh pada 2 July 2013, bersamaan dengan hari kami melawat Eiffel. EEcehh..konon nak menyulam kasih dibawah sinar lampu Eiffel Tower lah. At last..zzzZZZZ kat hotel. Nak stay pun no point, sebabnya, waktu siang adalah panjang. Paris akan bergelap sepenuhnya jam 10 malam. Dimana, ketika itulah lampu warna-warni di Eiffel Tower akan di pasang. Jadinya, tak dapatlah lepak lama sangat dekat Eiffel nanti. Metro sah sah tamat perkhidmatan jam 11 malam. Celah mana nak menapak balik hotel nanti... kannnn!!!

Cuaca cerah dan berangin pada hari kedua. Hujan renyai-renyai tak membataskan perjalanan. Sebelum ke Eiffel Tower, kami melawat sebuah Hotel lama yang telah dijadikan museum.  Hotel Des Invalides. Hotel ini sangat besar dan nampak creepy pulak. Saya terbayang macam mana keadaan dia waktu malam..Grr.... Ini merupakan salah satu titik tumpuan pelancong juga.


 
 
 
 
Tanpa membuang masa, kami terus ke Eiffel Tower untuk membuang masa di sana..hahahahhaa....Memang dah rancang untuk lepak lama-lama di Eiffel Tower. Almaklumlah, umur 30 tahun baru bertentang mata dengan si kacak Eiffel. OMG, Bila sesampai sahaja di station Bir -Hakiem, uuishh...tingginya Eiffel. Cantiknya!! Alhamdulillah, ya Allah, berkat rezekimu, sampai jua hambamu yang kerdil ini di kota Paris yang sempurna ini.
 
 






 
Ketika sampai kami lihat ramai "pak itam" yang kehulu-kehilir jual keychain Paris. Sila jangan beli yea!!! Mahal. Mereka jual 3 keychain pada harga 1 Euro. Kalau nak beli keychain better dapatkan di Musee Du Lourve, 8 keychain pada harga 1 Euro. Berbaloikannn!!! Kami tak berkesempatan nak naik Eiffel. Al-maklumlah, mak buyong tak larat nak daki tangga Eiffel yang sangat tinggi tuh. Kalau nak tunggu lif pulak, 2 jam lah nampaknya. Tak kisahpun sebenarnya. Sebab, saya memang tak minat nak naik. Mahal pulak tuh. Saya rasa bayaran masuk untuk naik lif dalam anggaran 8 Euro=RM32. huh!!!
 
Selepas puas bergambar sakan dan bersoko di Eiffel, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya.
 
 

Gigih berjalan kaki dari Eiffel menuju "entah kemana" Exercise kata En. Asben.

Ini adalah Pantheon. Ini adalah bangunan kerajaann.

Cuaca hujan renyai-renyai. Sejukkkk!!



Saya tak pasti apa nama tempat ini. Tapi ini merupakan salah satu tumpuan pelancong. Saya cuma menamakannya Menara Pensil. Sebabnya ia berbentuk Pensil. hehehehehe

Ingat kat Bangkok je ada, Paris pon ade kann!!


Paris memang banyak sungai. Sungai mereka terjaga rapi tiada sampah sarap. Kalaulah kita boleh jadikan Sungai Kelang macamni..Alangkah baguskann!!!
 
Penat dah jari-jemari ni menaip. Kita sambung di lain entry lah yea. Mak buyong nak rehatkan badan sambil menyalin resepi nak masak besok. Dalam hati ni, rasa nak terbang ke Europe tiap bulan je. Malangnya, kita tak kaya. Nak terbang lagi, haruslah menabung. Hati dah gagah terbayang AMSTERDAM & VENICE. huhuhuhu..
 


 

                                 

Wednesday, 21 August 2013

Percutian ke Paris 2013. Episode 1 - Places to go.

Assalamualaikum.

P.A.R.I.S... Saya rindu Paris. Terus terang, siapa yang pernah jejak kaki ke sana, pasti teringin nak pergi semula ke Paris. Serious!! Satu tempat yang sangat berbaloi untuk dikunjungi. Sangat cantik. Tapi bila memikirkan kos, pasti semua orang rasa macam nak muntah darah kan!!!!

Tentang kos, jangan risau, saya akan kongsikan dalam episode akan datang. Sekiranya anda tidak cerewet dan tidak "high class" sangat, dengan bajet yang rendah pun boleh je jejak Paris. Tak semestinya KAYA. Hari ini, saya nak membawa anda semua melihat gambar-gambar yang menarik di sekitar Paris. Tempat yang wajib dikunjungi!!

Sebelum ke Paris, pastikan anda study Metro Map & Interesting Places to visit in Paris. Pada pendapat saya, 2 hari sudah memadai untuk explore Paris. Beberapa hari sebelum ke Paris, saya google di http://www.readersdigest.ca/travel/world/10-must-see-sites-paris. Di sini disenaraikan tempat wajib untuk dilawati di Paris.

Tempat yang sempat saya singgah adalah :-
1. Notre-Dame
2. Musee Du Louvre
3. Eiffel Tower
4. Sacre Coeur
5. Arc De Triomphe
6. Hotel Des Invalides
7. Pantheon
8. La Conciergerie

Oh ya... di Paris, tak perlulah gigih nak naik Tour Bus macam London yea. Bukan semua tempat nak terjah pun. Di Paris ni, memang banyak museum dan bercirikan Christianity. Motif?? Nak masuk semua museum?? Bukan free hoccay.. Bayar tau!! Jadi, kalau nak save bajet dan jimat masa & lebih santai, saya nasihatkan naik Metro. Metro macam LRT di Malaysia cuma 5 kali ganda "up & terbaek" lah. Apa yang penting, anda mesti study map Metro & fahamkan laluan Metro. Jadi, tidak buang masa. Dan satu lagi, di Paris, mereka tak pandai berbahasa English yea. Kirim salamlah kalau nak jumpa pada yang pandai bertutur English. Jadi, ikutlah nasihat saya, study Paris & study Metro Map. InsyaAllah, tak sesat!!

Tips-tips semasa di Paris:-

1. Masalah bahasa
Mereka benci English people. Jadi, lebih baik ketika hendak bertanya dimulakan dengan "Bonjour = Hello" atau  "Hai..." jangan direct "Excuse me...." Confirm dorang tak layan.

2. Makanan Halal
Makanan halal di Paris adalah Kebab. Hari-hari Kebab. Naik kembang tekak. Harga kebab satu set adalah 8 Euro. Set dengan air Tin. (8euro x RM4 = RM32)
***Tempat yang mudah didapati Kebab di Gare Du Nord & Sacro Coeur. Tempat lain, sampai lembik jalan kaki, sumpah tak jumpa!!!


 
 
3. Hotel
Disebabkan saya cuma bermalam cuma 1 malam, saya memilih hotel Formule 1 sebagai tempat menginap. Murah pada harga 40pound (RM200). Hmmm.....tapi saya tak suggest lah hotel nih, sebab agak jauh dari metro. Jadi saya suggest anda menempah hotel di sekitar kawasan Gare Du nord. Banyak yang murah dan berbaloi.  Boleh cari dalam Agoda!!
 
 
 
Gare Du Nord?? Apa tu??
 

 
Gare Du Nord seperti KL Sentral. Semua Train akan berlabuh di sini. Kira macam Main Point. So senang nak tukar kemana-mana line dengan senang. Terdapat banyak line Metro yea. Tak macam KL. Saya rasa adalah dekat 10 line. Itu yang membuatkan agak konfius.
 
4. Pick Pocket
Di Paris, terlalu ramai imigrant. Macam di Malaysia banyak Indon kan..haaa..lebih kuranglah tuh. Banyak bangsa asing di Paris membuatkan Paris agak bahaya untuk tourist seperti kita. Tempat yang menjadi kawasan panas adalah di dalam Metro dan tempat tarikan lain.
Cth: Di dalam metro, modus operandi adalah, mereka akan menghimpit anda walaupon train tak penuh dan mula meraba satu badan untuk mencari wang dengan muka selamba.
**Jadi sila "siku atau terajang" je. Dorang tak melawan tapi akan cabut keluar bila sampai ke stesen seterusnya.
**Lebih baik pecah-pecahkan duit dan simpan di tempat berasingan dari simpan satu jumlah yang besar di satu tempat.
***Kawan saya kehilangan kamera ketika di Paris. Dan paling sedih, semua gambar di ambil di Paris hanya tinggal kenangan. hmmmm...
 
Ok..mari kita layan gambar pula yea...
 


Hari pertama : Notre Dame dan kawasan sekitarnya.

Sungai ni adalah salah satu lokasi filem Triple X. Perasan tak??





Salah satu scene The Da Vinci Code




Paris Eye??
 

Musee Du Lourve dan kawasan sekitarnya.
 
 
Next episode saya akan kongsikan lagi tentang Paris & bajet untuk ke Paris.
 
 
 








Tuesday, 20 August 2013

Raya lagi...2013

Assalamualaikum.

Mood raya ade lagi nih. Baru 2 minggu raya. Kuih raya pon tak habis rase lagi..heheheheh. Tahun ni saya tak berapa nak raya sakan sangat. Baju pon lari sikit kaler dari En Asben & "menteri besar" Al-maklumlah, mak buyong. Mak buyong tak dapat nak pakai lense kaler pepel tahun nih. Tak dapat nak melaram ala-ala Rozita Che Wan.. wah gitu kan...

Kesimpulannya, tahun ini saya besederhana sahajalah. Tahun ni pon, saya tak jemput rakan-rakan dan saudara ke rumah sendiri. Tak larat lah nak masak sorang-sorang. Perut makin membesar. Adik baby semakin lasak dalam perut. Jalan sedikit, mengahnya kemain!!

Tunggulah tahun depan, bila dah slim nanti, mama beranak 3 akan kembali melaram!!!hahahhahaha.

 Baju raya pon dah lari sikit kaler dia..hmmm

 Abang kita kacak berbaju melayu laa..

 Adik Ajim kemain senyum ambil gambar

 3 Naz in my heart!!

 Family kecil suami.


Bersama famili wan eton. Nampak ramai sikit kan!!

Wednesday, 14 August 2013

Akhirnya...tergolek sudah!!!

Assalamualaikum.

Sekeping gambar pembuka bicara!!

Duit dikumpul belum mencapai target, 2 orang "menteri besar" dah tergolek keletihan!!

Mood raya masih ada, "menteri besar" belum menyerah kalah!!


Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum.

First time kami beraya bertiga. Hari Raya tahun 2011. Masa ni, saya mengandungkan Ajim 4 bulan. Bulatkan pengawas Abang kita!!

Raya 2012. Tema merah mak ngah!! Abang comel bersamping


Ajim tak pakai baju melayu. Modern sikit.
 
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Berhati-hati memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Tahun ini seperti tahun sebelumnya, saya akan beraya di rumah mertua. Tak kisahlah, rumah mak saya bukan jauh pon. Esok hari mantai! Malam ni selepas berbuka, saya dan anak-anak akan pulang ke rumah mak Senawang untuk menyibuk sekejap. heheheheh.
 
 
 
Yeayyyyy...cuti semingguuu!!!!!