Friday, 30 August 2013

Percutian ke Paris 2013 - Episode 2 - Eiffel..I'm, in LOVE!!!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Harini senyum lebar sampai ke telinga. Dah Jumaat!! Yeayy!!  Besok, merupakan hari yang sibuk. Yelah, keluarga saya dan mertua nak datang rumah. Gigih lah nak masak bagai bertemankan 2 orang menteri besar nih.

Oklah, harini saya nak sambung entry tentang Paris. Kali ini kita terjah Eiffel Tower ye uolss. Kami sampai di Eiffel pada hari ke-2. Pada mulanya kami bercadang nak menyaksikan Eiffel pada waktu malam. Kata orang lebih romantik. Al maklumlah, hari lahir saya jatuh pada 2 July 2013, bersamaan dengan hari kami melawat Eiffel. EEcehh..konon nak menyulam kasih dibawah sinar lampu Eiffel Tower lah. At last..zzzZZZZ kat hotel. Nak stay pun no point, sebabnya, waktu siang adalah panjang. Paris akan bergelap sepenuhnya jam 10 malam. Dimana, ketika itulah lampu warna-warni di Eiffel Tower akan di pasang. Jadinya, tak dapatlah lepak lama sangat dekat Eiffel nanti. Metro sah sah tamat perkhidmatan jam 11 malam. Celah mana nak menapak balik hotel nanti... kannnn!!!

Cuaca cerah dan berangin pada hari kedua. Hujan renyai-renyai tak membataskan perjalanan. Sebelum ke Eiffel Tower, kami melawat sebuah Hotel lama yang telah dijadikan museum.  Hotel Des Invalides. Hotel ini sangat besar dan nampak creepy pulak. Saya terbayang macam mana keadaan dia waktu malam..Grr.... Ini merupakan salah satu titik tumpuan pelancong juga.


 
 
 
 
Tanpa membuang masa, kami terus ke Eiffel Tower untuk membuang masa di sana..hahahahhaa....Memang dah rancang untuk lepak lama-lama di Eiffel Tower. Almaklumlah, umur 30 tahun baru bertentang mata dengan si kacak Eiffel. OMG, Bila sesampai sahaja di station Bir -Hakiem, uuishh...tingginya Eiffel. Cantiknya!! Alhamdulillah, ya Allah, berkat rezekimu, sampai jua hambamu yang kerdil ini di kota Paris yang sempurna ini.
 
 






 
Ketika sampai kami lihat ramai "pak itam" yang kehulu-kehilir jual keychain Paris. Sila jangan beli yea!!! Mahal. Mereka jual 3 keychain pada harga 1 Euro. Kalau nak beli keychain better dapatkan di Musee Du Lourve, 8 keychain pada harga 1 Euro. Berbaloikannn!!! Kami tak berkesempatan nak naik Eiffel. Al-maklumlah, mak buyong tak larat nak daki tangga Eiffel yang sangat tinggi tuh. Kalau nak tunggu lif pulak, 2 jam lah nampaknya. Tak kisahpun sebenarnya. Sebab, saya memang tak minat nak naik. Mahal pulak tuh. Saya rasa bayaran masuk untuk naik lif dalam anggaran 8 Euro=RM32. huh!!!
 
Selepas puas bergambar sakan dan bersoko di Eiffel, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya.
 
 

Gigih berjalan kaki dari Eiffel menuju "entah kemana" Exercise kata En. Asben.

Ini adalah Pantheon. Ini adalah bangunan kerajaann.

Cuaca hujan renyai-renyai. Sejukkkk!!



Saya tak pasti apa nama tempat ini. Tapi ini merupakan salah satu tumpuan pelancong. Saya cuma menamakannya Menara Pensil. Sebabnya ia berbentuk Pensil. hehehehehe

Ingat kat Bangkok je ada, Paris pon ade kann!!


Paris memang banyak sungai. Sungai mereka terjaga rapi tiada sampah sarap. Kalaulah kita boleh jadikan Sungai Kelang macamni..Alangkah baguskann!!!
 
Penat dah jari-jemari ni menaip. Kita sambung di lain entry lah yea. Mak buyong nak rehatkan badan sambil menyalin resepi nak masak besok. Dalam hati ni, rasa nak terbang ke Europe tiap bulan je. Malangnya, kita tak kaya. Nak terbang lagi, haruslah menabung. Hati dah gagah terbayang AMSTERDAM & VENICE. huhuhuhu..
 


 

                                 

11 comments:

  1. oh bestnya... kota cinta.. patut ada gambar cium2 ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe...tak sanggup lak nak amik gambar camtu..da tua kann...

      Delete
  2. tak "memanjat" eiffel tower ke? kak naik jugalah sampai 2nd floor. nak naik sampai atas, suami pulak gayat. cantik gambar nazeef

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak larat la kak...berbadan dua ni kan...lagipon ramai sungguh umat manusia..malas nak berebut..

      Delete
  3. wah beshnye bercuti di kota paris..

    srnok baca kisah kawan2 yg bercuti ke oversea ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inbsyaAllah, ada rezeki pasti sweetmama sampai yea

      Delete
  4. Cantik cantik gambarnya. Guna stand atau minta tolong orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..part tu yang sedih....stand tinggal kat umah plak..tu yang sumer gambar sorang-sorang tuh..huhuhu

      Delete
  5. assalam..

    seronoknya ke Paris. akak ni ntah sampai ke entah tidak. angan2 je lah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau angan2 akan jadi kenyataan kan...

      Delete
  6. Eeeee jealousnye. Nak jugak pergi sane. Tapi entah bile lha agaknye kaki nie dapat jejak sane :'(

    ReplyDelete