Wednesday, 25 September 2013

Bibit vs Lelabit !!

Assalamualaikum.



 
Mama : Lah, Rabbit la. Mama ingat ape tadi terjerit-jerit !! sambil dua orang menteri terpacak depan TV tengok Rabbit berkejar atas padang.

Tuesday, 24 September 2013

Percutian ke Bali Nov 2012 - Episode 2

Assalamualaikum.

Sungguh saya terlupa nak update lagi banyak kisah Bali. Inipun teringat sebab ada pembaca yang tanya berkenaan beberapa tempat di Bali. Episode 1 boleh baca di sini yea. #links

Kebetulan hujung tahun ini, keluarga saya akan ke Bali untuk bercuti. Saya tak dapat ikutlah, dalam pantang katanya kan. Tak tahulah pulak kalau Abang kita akan di bawa atau tidak. hehehehehe.

Ramai yang bertanya khidmat supir mana yang saya gunakan. Travel Agent kah?? Kawan-kawan kah? Saya mendapat contact supir ini dari rakan saya yang pernah ke sana. Namanya Pak Lazim. Harga bagi satu hari iaitu upah drive & kenderaan adalah RP350,000.00. Beliau menggunakan kenderaan Kijang atau Avanza. Condition kenderaan yang digunakan memang superb! Bersih, wangi dan nyaman!! Sekiranya anda berminat dengan Pak Lazim, beliau boleh dihubungi di no berikut HP-085232528228. Saya nasihatkan, bookinglah beberapa bulan awal ya. Pak Lazim ni Hot Market.

 
Kenangan bersama Pak Lazim.

 
Hari kedua dimulakan dengan breakfast di Mc-D. Selepas Subuh dah gigih keluar mencarik makan. Kebulur katanya kann !!

 
Kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Benua, Nusa Dua untuk water aktiviti. Boleh? pergi pantai tak bawak baju. Motif??? At last kami pulang ke hotel semula untuk tukar baju. Bising Pak Lazim. Katanya embak(puan) sudah buang masa ini. Aduhh!!!!! embaknya bengong seketika pak. Maaf ya!!
 




                                                                         Dah terbang  ;-)

Jujur, saya tak nak naik payung terjun nih. Tapi kena paksa. Takut gila seh!!! Mengucap saya kat atas udara tuh. Tapi best. Cantik!! Lama jugaklah dia bawa pusing kat atas tu. Dalam 15 minit. Dupdapdupdap.
 
Ini namanya flying fish

Kena pegang kuat-kuat, kalau tak memang terbang. Serius laju mamat indon nih bawak bot.
Hantu betul!!
 


Destinasi seterusnya, kami menaiki glass boat untuk ke Turtle Island.
Jauh ketengah juga Pulau Penyu nih.







Bat-Girl



 
Habis untuk entry harini. Kami kemudian pulang ke hotel. Supir bagi masa 1/2 jam untuk ganti seluar. Al-maklumlah basah kuyup. Cuaca memang panas yang amat sangat di Bali. Perut jangan cerita lah, berkumandang lagu Sesuci Lebaran dah.
 
InsyaAllah, saya update lagi untuk next entry. Bubbye!!
 
 
 
 
 
 

Monday, 23 September 2013

DIY - Bekas Baju Abang & Ajim

Assalamualaikum.

Kejap je Isnin. Takpe, Khamis dah gaji. 4 weeks to go for maternity leave..yeaaaaayyyyy.
Weekend saya kali ini sangat sibuk. Dengan kemas baju baby. Basuh baju baby. Yelah, dah kepam berjeman duk dalam bakul kan. Dengan melayan Abang dan Ajim yang sangat suka bergumpal, aduhaii, penat mama lah!!

Dalam kesibukan melayan menteri-menteri kesayangan mama tu, sempat jugalah mencuri masa buat bakul baju anak-anak. Tak suka tengok baju terbiar berlipat dalam almari. Pada pendapat saya, kalau ada bekasnya, lebih cantik dan kemas kan.

 
Sediakan barang-barang asas.

 
Nak letak renda, nampak macam gegirl la sangat. So, kita gantikan dengan kain jeans.

 
Dekat office, berlambak tag nama nih. Ambil sikit untuk deko.

 
Dah siap. Letak gambar menteri. Motif? Sebab En Hasben selalu tanya. "Mama, baju abang yang mana"..hmmmmm

 
Jangan lupa Acim mama pun ada juga.


 
Lipat dengan kemas.
 
 
Kotak biru & putih tu mencacatkan pemandangan. Harus pergi survey dekat kedai DIY. Cari bakul yang comel-comel sikit.


 
Bila almari dah cantik nih, haruslah lock yea..
Jangan tak tau, Ajim memang mengikut perangai mama dia..kuat berkemas!!
 
 
Minggu ni rasanya kena sambung berkemas. Banyak baju yang jarang dipakai harus simpan dalam kotak. Semak mata tengok almari penuh. Gagah jugak berkemas walaupon dah nak sampai bulan ni yea. Rajin baby dalam perut menolong mama yea!!
 

Thursday, 19 September 2013

Jom Kemas - Utility Drawer

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni suka sangat jenjalan dekat blog kemas-kemas rumah ni. Yelah, bila tengok rumah kemas rasa macam satu terapi kan. Saya memang cerewet sikit bab mengemas nih. Cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan nak kemas rumah dengan teliti. Al-maklumlah, buat masa ni saya masih transit di rumah mak mertua. Cuma weekend di rumah sendiri. Tulah, cadang-cadang lepas bersalin nak duduk rumah sendiri. Tunggu baby dalam 6 bulan, then bolehla kot. Abang dan Ajim pon da cerdik sikit.

Minggu lepas saya mencari paku dan screw. Tapi tak jumpa. Macamana nak jumpa, cer tengok ha....

 
kannnnn!!!!
 
Dah lama tak buka laci utility nih, hah ambik kau!!
 
Bertemankan Ajim saya mula gunting dan tampal kotak nak buat divider.
 
Haaaaaa...kan cantikkk..sedap mata memandang kann!!!
 

 
Peneman setia.. ACIM MAMA!!!
 
 
Minggu ni nak buat bekas pampers untuk Abang dan Ajim pulak. Tengok jerla hasilnya nanti yea...
 
Note : suke tengok blog ni 
http://www.abowlfulloflemons.net/
http://iheartorganizing.blogspot.com/

Tuesday, 17 September 2013

Weekenders Weekend - Kodok oh Kodok!!

Assalamualaikum.

Salam Selasa. Wah semangat. Al-maklumlah semalam cuti. Oh ya, saya dah 35 minggu!! How time flies!!! Huuuuuhuuuuu. Hari Sabtu saya tinggal berdua lagi dengan Ajim. Kawan baik mama tuh! Abang kita ikut papa pergi kenduri orang nak naik haji. Saya tak larat lah nak pergi. Duduk rumah kemas baju, basuh baju, kemas barang, sapu rumah..apa lagi yea.......

Cuaca mendung sejuk-sejuk gitu. Hujan turun renyai-renyai waktu petang. Ajim sedap tidur dalam buai busuk dia. "Ajim tidur dululah, pukul 5 Ajim bangun, kita makan kuih kodok sama-sama"
"Mama, anas (panas)"kata Ajim. "Tak panas, nanti mama sejukkan dulu, kita makan sama-sama yea" pujuk saya. Si busuk ni senyum lepastu perlahan-lahan lelapkan mata.




 
Hujan sejuk!! Sedap si bujang ni tidur.




Tadaaaa!!!
 
Siap je kuih kodok, Ajim bangun. "Mama, akan(makan)"
Lapar pun ye sebenarnya Ajim. Susu Ajim tinggal dalam kereta papa. Sehari suntuk juga tak menyusu. Saya pujuk bagi air sirap dan teh tarik. "Dap(sedap) mama, dap"
 
Malam macam biasa. Layan TV dengan Ajim. Abang kita dan papa balik lepas Isyak. Tapau banyak makanan untuk mama dan Ajim. Kenyang!!!
 
 
 
 

Friday, 13 September 2013

Percutian ke Paris 2013 - Last Episode - See you again Paris!!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Hari ini, saya nak bawa anda semua ke Taj Mahal. Ececeh....konon nya. Tak pernah sampai ke Delhi lagi.
 
 Sacre Coeur. Sebuah Gereja. Pada mulanya saya ingatkan Masjid. Tempat ni agak jauh berbanding monumen yang lain. Tapi, berbaloi-baloi. Sangat cantik. Ketika kami tiba, cuaca suam-suam kuku. Tak panas dan tak sejuk. Sangat selesa dan best!! Memang ramai sangat orang di Sacre Coeur nih. Sesampai disini, kami laki bini gigih mencari kedai makanan. Tekak mak buyong tiba-tiba nak makan Nasik Goreng Pattaya pulak. Mano nak carik ooii. Kami cuma jumpa 2 buah kedai halal saja di sini. Itupon menu biasa. Kebab!!. Adoyaiii, oklah dari takder kann.

 
Harga standart 8euro satu pinggan. Kalaulah tau kat sana takder cili sos, harus saya bawak 1 beg cili sos Mc-D. haisshh!!
 
Kami meluangkan masa yang agak lama di sini. Teruja lihat pemandangan yang cantik sambil merehatkan badan. Al-maklumlah, ini merupakan destinasi terakhir kami di Paris. Lepas ini tak tahulah bila akan dapat jejak sini lagi. Sedih!! Tapi tak sabar nak balik London jumpa anak-anak pun ada. Dah 3 hari anak-anak "tertinggal". Mak bapak gigih nak berhoneymoon katanya. heheheheh.
 
Mohla kita layan gambar-gambar di Sacre Coeur yang tak seberapa nih.
 















 
Motif amik gambar kahwin kat tengah-tengah orang ramai nih??
Keras kot nak posing!!

 
Sempat lagi sunbathing ye..hahahhaha
 
 
Habisss!!! Goodbye Paris!! Till we meet again ontah bilo agaknya. Kenangan di sana sentiasa dirindui dan tersemat dalam ingatan. Sebuah kota cinta yang sangat cantik dan mempersonakan. Andailah aku jutawan, duit tidak ada benda nak buat, sumpah, akan aku datang jenguk kau tiap bulan!!!!