Monday, 23 September 2013

DIY - Bekas Baju Abang & Ajim

Assalamualaikum.

Kejap je Isnin. Takpe, Khamis dah gaji. 4 weeks to go for maternity leave..yeaaaaayyyyy.
Weekend saya kali ini sangat sibuk. Dengan kemas baju baby. Basuh baju baby. Yelah, dah kepam berjeman duk dalam bakul kan. Dengan melayan Abang dan Ajim yang sangat suka bergumpal, aduhaii, penat mama lah!!

Dalam kesibukan melayan menteri-menteri kesayangan mama tu, sempat jugalah mencuri masa buat bakul baju anak-anak. Tak suka tengok baju terbiar berlipat dalam almari. Pada pendapat saya, kalau ada bekasnya, lebih cantik dan kemas kan.

 
Sediakan barang-barang asas.

 
Nak letak renda, nampak macam gegirl la sangat. So, kita gantikan dengan kain jeans.

 
Dekat office, berlambak tag nama nih. Ambil sikit untuk deko.

 
Dah siap. Letak gambar menteri. Motif? Sebab En Hasben selalu tanya. "Mama, baju abang yang mana"..hmmmmm

 
Jangan lupa Acim mama pun ada juga.


 
Lipat dengan kemas.
 
 
Kotak biru & putih tu mencacatkan pemandangan. Harus pergi survey dekat kedai DIY. Cari bakul yang comel-comel sikit.


 
Bila almari dah cantik nih, haruslah lock yea..
Jangan tak tau, Ajim memang mengikut perangai mama dia..kuat berkemas!!
 
 
Minggu ni rasanya kena sambung berkemas. Banyak baju yang jarang dipakai harus simpan dalam kotak. Semak mata tengok almari penuh. Gagah jugak berkemas walaupon dah nak sampai bulan ni yea. Rajin baby dalam perut menolong mama yea!!
 

9 comments:

  1. kemas je nampak..bile lah nak datang perasaan rajin macam u ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood mengandung ni terajin la plak..heheheh

      Delete
  2. Replies
    1. bosan tader bnde nak buat kat umah kannn

      Delete
  3. balut ngan kain ea..kreatifnyaa..suka tgk hasil akhir :)

    ReplyDelete