Tuesday, 24 September 2013

Percutian ke Bali Nov 2012 - Episode 2

Assalamualaikum.

Sungguh saya terlupa nak update lagi banyak kisah Bali. Inipun teringat sebab ada pembaca yang tanya berkenaan beberapa tempat di Bali. Episode 1 boleh baca di sini yea. #links

Kebetulan hujung tahun ini, keluarga saya akan ke Bali untuk bercuti. Saya tak dapat ikutlah, dalam pantang katanya kan. Tak tahulah pulak kalau Abang kita akan di bawa atau tidak. hehehehehe.

Ramai yang bertanya khidmat supir mana yang saya gunakan. Travel Agent kah?? Kawan-kawan kah? Saya mendapat contact supir ini dari rakan saya yang pernah ke sana. Namanya Pak Lazim. Harga bagi satu hari iaitu upah drive & kenderaan adalah RP350,000.00. Beliau menggunakan kenderaan Kijang atau Avanza. Condition kenderaan yang digunakan memang superb! Bersih, wangi dan nyaman!! Sekiranya anda berminat dengan Pak Lazim, beliau boleh dihubungi di no berikut HP-085232528228. Saya nasihatkan, bookinglah beberapa bulan awal ya. Pak Lazim ni Hot Market.

 
Kenangan bersama Pak Lazim.

 
Hari kedua dimulakan dengan breakfast di Mc-D. Selepas Subuh dah gigih keluar mencarik makan. Kebulur katanya kann !!

 
Kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Benua, Nusa Dua untuk water aktiviti. Boleh? pergi pantai tak bawak baju. Motif??? At last kami pulang ke hotel semula untuk tukar baju. Bising Pak Lazim. Katanya embak(puan) sudah buang masa ini. Aduhh!!!!! embaknya bengong seketika pak. Maaf ya!!
 




                                                                         Dah terbang  ;-)

Jujur, saya tak nak naik payung terjun nih. Tapi kena paksa. Takut gila seh!!! Mengucap saya kat atas udara tuh. Tapi best. Cantik!! Lama jugaklah dia bawa pusing kat atas tu. Dalam 15 minit. Dupdapdupdap.
 
Ini namanya flying fish

Kena pegang kuat-kuat, kalau tak memang terbang. Serius laju mamat indon nih bawak bot.
Hantu betul!!
 


Destinasi seterusnya, kami menaiki glass boat untuk ke Turtle Island.
Jauh ketengah juga Pulau Penyu nih.







Bat-Girl



 
Habis untuk entry harini. Kami kemudian pulang ke hotel. Supir bagi masa 1/2 jam untuk ganti seluar. Al-maklumlah basah kuyup. Cuaca memang panas yang amat sangat di Bali. Perut jangan cerita lah, berkumandang lagu Sesuci Lebaran dah.
 
InsyaAllah, saya update lagi untuk next entry. Bubbye!!
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. nazeef nazeem : seronok tgk aktiviti semasa disitu. Thanks for sharing info. akak juga bakal mengunjungi sana tak lama lagi. Insyaalah.

    ~ kak haneem ~

    ReplyDelete