Friday, 13 September 2013

Percutian ke Paris 2013 - Last Episode - See you again Paris!!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Hari ini, saya nak bawa anda semua ke Taj Mahal. Ececeh....konon nya. Tak pernah sampai ke Delhi lagi.
 
 Sacre Coeur. Sebuah Gereja. Pada mulanya saya ingatkan Masjid. Tempat ni agak jauh berbanding monumen yang lain. Tapi, berbaloi-baloi. Sangat cantik. Ketika kami tiba, cuaca suam-suam kuku. Tak panas dan tak sejuk. Sangat selesa dan best!! Memang ramai sangat orang di Sacre Coeur nih. Sesampai disini, kami laki bini gigih mencari kedai makanan. Tekak mak buyong tiba-tiba nak makan Nasik Goreng Pattaya pulak. Mano nak carik ooii. Kami cuma jumpa 2 buah kedai halal saja di sini. Itupon menu biasa. Kebab!!. Adoyaiii, oklah dari takder kann.

 
Harga standart 8euro satu pinggan. Kalaulah tau kat sana takder cili sos, harus saya bawak 1 beg cili sos Mc-D. haisshh!!
 
Kami meluangkan masa yang agak lama di sini. Teruja lihat pemandangan yang cantik sambil merehatkan badan. Al-maklumlah, ini merupakan destinasi terakhir kami di Paris. Lepas ini tak tahulah bila akan dapat jejak sini lagi. Sedih!! Tapi tak sabar nak balik London jumpa anak-anak pun ada. Dah 3 hari anak-anak "tertinggal". Mak bapak gigih nak berhoneymoon katanya. heheheheh.
 
Mohla kita layan gambar-gambar di Sacre Coeur yang tak seberapa nih.
 















 
Motif amik gambar kahwin kat tengah-tengah orang ramai nih??
Keras kot nak posing!!

 
Sempat lagi sunbathing ye..hahahhaha
 
 
Habisss!!! Goodbye Paris!! Till we meet again ontah bilo agaknya. Kenangan di sana sentiasa dirindui dan tersemat dalam ingatan. Sebuah kota cinta yang sangat cantik dan mempersonakan. Andailah aku jutawan, duit tidak ada benda nak buat, sumpah, akan aku datang jenguk kau tiap bulan!!!!
 
 
 
 

6 comments:

  1. hahahhaha..kalaulah kita jutawan kan.anyway...thanks for the post and tip.(gigih kumpul duit nih)hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan..ikut cara kak ros..menabung..heheheheh

      Delete
  2. waaaa...best nyer gi bercuti kat paris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tempat orang..selesa lagi tempat sendiri.. ;-)

      Delete
  3. Bestla.... nak p jugak ...terima kasih untuk semua tips ye... bersyukur sebab dapat berjumpa ngan nazeef nazeem nie.. terima kasih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, ade rzeki pasti najah samapi juga..marilah kita mula menabung yea.. heheheheheh

      Delete