Tuesday, 17 September 2013

Weekenders Weekend - Kodok oh Kodok!!

Assalamualaikum.

Salam Selasa. Wah semangat. Al-maklumlah semalam cuti. Oh ya, saya dah 35 minggu!! How time flies!!! Huuuuuhuuuuu. Hari Sabtu saya tinggal berdua lagi dengan Ajim. Kawan baik mama tuh! Abang kita ikut papa pergi kenduri orang nak naik haji. Saya tak larat lah nak pergi. Duduk rumah kemas baju, basuh baju, kemas barang, sapu rumah..apa lagi yea.......

Cuaca mendung sejuk-sejuk gitu. Hujan turun renyai-renyai waktu petang. Ajim sedap tidur dalam buai busuk dia. "Ajim tidur dululah, pukul 5 Ajim bangun, kita makan kuih kodok sama-sama"
"Mama, anas (panas)"kata Ajim. "Tak panas, nanti mama sejukkan dulu, kita makan sama-sama yea" pujuk saya. Si busuk ni senyum lepastu perlahan-lahan lelapkan mata.




 
Hujan sejuk!! Sedap si bujang ni tidur.




Tadaaaa!!!
 
Siap je kuih kodok, Ajim bangun. "Mama, akan(makan)"
Lapar pun ye sebenarnya Ajim. Susu Ajim tinggal dalam kereta papa. Sehari suntuk juga tak menyusu. Saya pujuk bagi air sirap dan teh tarik. "Dap(sedap) mama, dap"
 
Malam macam biasa. Layan TV dengan Ajim. Abang kita dan papa balik lepas Isyak. Tapau banyak makanan untuk mama dan Ajim. Kenyang!!!
 
 
 
 

4 comments:

  1. memang sedap makan time hujan.. ada kopi lg best

    ReplyDelete
  2. tulah, patut lawandengan kopi..tader stok plak..

    ReplyDelete
  3. mmg sedap mkn cokodok petang2 lagi la musim sejuk2 mcm sekarang ni..hujan jer kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan tu yang perut berkeroncong tuh..

      Delete