Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah..semua selamat!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semua selamat. Saya selamat melahirkan seorang lagi imam muda pada 14 Oct 2013. Sehari sebelum Hari Raya Qurban. Baby lahir pada minggu ke-38 akibat komplikasi yang saya alami. Saya disahkan denggi pada 9 Oct 2013 dan terpaksa di tahan di KPJ hampir seminggu. Akibat dari platelet darah yang tidak menentu sebab denggi, saya terpaksa emergency c-sect. Tak kisahlah, yang penting baby selamat.

Hari ini cuma short entry tanpa gambar. Mamanya tak sihat sepenuhnya lagi dan baby masih kuning. Doakan kami cepat sihat yea. InsyaAllah, saya akan ceritakan tentang imam muda saya ni di next entry. ;-)


  

Note: Teringat semasa berpantang abang kita dulu. Wajah baby saling tak tumpah macam abang kita masa baby. Semoga menjadi anak yang soleh yea anak-anak mama!!

Wednesday, 9 October 2013

Pregnancy moment - 38 weeks!

Assalamualaikum.

 
Sudah 38 weeks!! Counting the days!!

 
Bag yang sama sejak menunggu kelahiran Abang kita & Acim mama.

 
Cepat atau delay lagik yeaa?

Tuesday, 8 October 2013

Percutian ke Bali Nov 2012 - Episode 3

Assalamualaikum.

Hari Selasa yang indah nih, boleh tak nak cerita pasal Bali? Asyik bersambung-sambung. Dah setahun pergi, tak sudah-sudah lagik ceriteranya kannn....hehehehheheh..Harini tak banyak sangat nak taip. Banyak entry bergambar saja. Layan kan jerla gambar gedik-santai kami laki bini. Kalau rasa nak muntah, tutup jerla yea..  ;-)







 
Sebuah taman yang agak besar. Garuda Wishnu Kenchana. Cantik juga dan harus terjah sekiranya ke Bali.







 
 
Tempat wajib pergi. Uluwatu Temple. Terdapat banyak kera nakal disini. Perlu hati-hati kerana mereka kuat mencurik. Even, selipar jepun yang tourist pakai pon dia boleh ambil. Hebat! En Asben takut-takut sepanjang di sini kerana takut spec mata diambil Cik Kera yang nakal!!



 
Dah namanya pon Bali kan. Walaupun kami pengantin lama, tetap gagah  nak bercandle light dinner di Jimbaran. Pada saya, makanan tak berapa nak sedap, tetapi harga makkk aii..mahal!!! Tapi sunset memang superb!!! Terasa macam bercinta..hahahhahaha





 
Souvenier di Tanah Lot oklah harganya. Takla semahal seperti di Krishna. Tapi tak semurah di Pasar Sukawati lah. Kalau emergency bolehla beli di sini.









 
Lagi satu tempat wajib Tanah Lot. Cuaca yang panas tak menghalang kami bergambar gedik santai!!
 
 
Masih ada 2-3 tempat lagi nak bawa anda jalan-jalan. Rasanya tak sempat dalam entry nih. Entry nih pun dah berjela-jela dah ha.. kannnnn....
 
Note : Baby dah 38 weeks. Bila-bila baby akan jumpa dengan Abang kita dan Abang Ajim. Yeayyy..Ajim nak jadi Abang dah!!!

 
 
 
 

Friday, 4 October 2013

My Imam Muda Mohammad Nazeef Muqri Haziq!!

Assalamualaikum.

Mohammad Nazeef Muqri Haziq. Anak mama yang sulong. Less than a month you will become a very big brother. You will have 2 cute follower behind you. What ever you do, your follower will do so. Be a good abang! Be a good big brother! Be a good son! Mama knows that you understand how mama love you. Very-very much until the end. You will always be my baby. My big baby. How time flies !! How healthy you are now !! Mama still can feel the pain when mama "push" you to the world. How cute your crying was. How redness your skin was. How good your smell was. Now you almost 3 yr. How pampered you, mama never bored. How mama always miss you when you not around. Abang kita..abang kita!!

There's nothing that mama can say that.. Mama sayang sangat dengan abang kita, Segala kelebihan dan kekurangan abang mama terima dengan redha. Because you always be my baby!!!

"Ya Allah, panjangkan umurnya, pinjamkan dia kepadaku sekurang-kurangnya sehingga aku menutup mata"






 
You'll always be a part of me
I'm a part of you indefinitely
Boy don't you know you can't escape me
Ooh darling cause you'll always be my baby
 


Tuesday, 1 October 2013

Travelogue - Bajet ke Paris

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan tentang bajet ke Europe. Ada yang email saya bertanya tentang perbelanjaan ke negara Omputih tuh. Memang tak dinafikan, agak mahal juga perbelanjaan kerana tukaran wang yang tinggi. Di UK, matawang Pound digunakan dan currency sekarang adalah 1pound = RM5. Bagi saya, perbelanjaan untuk survive di sana tidaklah mahal sangat. Cuma, saya agak rasa berat ketika membayar tiket penerbangan. Huh...berpeluh juga masa nak buat booking. Nak transfer $$$$ hanya untuk sekeping tiket.

Tiket Penerbangan

Saya booking tiket 6 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. Seperti yang anda sedia maklum, tiket untuk musim bunga dan musim panas agak mahal berbanding musim sejuk. Sape je nak pergi Europe winter kann!! Sejuk beku memanglah tiket murah.

1) Matta Fair - Anda boleh rebut di Matta Fair. Paling murah saya pernah survey RM2800. Terbang ketika musim luruh. Aduh, sejuk juga tuh
2) Skyscanner - Anda boleh survey di sini. Semua harga tiket untuk semua syarikat penerbangan di dunia akan dipaparkan. Cuma pilih tarikh dan harga yang sesuai.
3) MAS - Terus-terang, saya tak pernah dapat harga tiket yang murah untuk MAS. Standart harga RM4K dan ke atas. Munkin kerana mereka menggunakan kapal A380 yang baru dan penerbangan non-stop membuatkan harga melambung tinggi.
4) Transit - Lebih panjang transit di sesebuah airport lebih murah. Cth: Sri Lanka airlines. Saya pernah mendapat harga RM2500 pada musim panas. Transit di Sri Lanka Airport selama 18 jam. OMG!!! Bawak anak-anak berkampung di airport selama 18jam. Immposibble man!!

Saya menggunakan khidmat Turkish Airlines semasa saya ke Europe pada bulan May lalu. Tiket berharga RM3200 untuk dewasa. Transit di Istanbul Airport selama 8 jam. Huh, berpeluh juga. Nasib baiklah ketika balik ke Malaysia. At least, letih-letih pun sampai ke rumah sendiri akhirnya. Ketika penerbangan ke London, transit di Istanbul cuma 3 jam. Memang tak terasa kerana sibuk nak tukar pampers anak dan terberak bagai. hahahahahahah.


Penginapan

Penginapan, anda boleh survey di Agoda atau pon https://www.airbnb.com/locations/london. Cari bajet hotel sudah mencukupi kerana di sana hotel murah mereka bersih. Ketika di London saya menginap di rumah abang ipar saya. Tetapi saya menyewa sebuah hotel yang bajet ketika di Paris. Berbaloi!!


Pengangkutan

Selain menggunakan underground anda juga boleh menaiki bus untuk tour Europe. Saya menggunakan Megabus ketika disana. Anda boleh visit http://uk.megabus.com/. Sekiranya berhajat untuk tour Europe dan melawat lebih banyak tempat, saya cadangkan booking lebih awal dan ambil cuti lebih panjang. Saya rasa menyesal pula sebab tak sempat nak terjah Amsterdam. Lagipon saya mengandung 5 bulan semasa kejadian, rasa tak larat nak berkejar sana-sini kot. heheheheheh.

 
 
Makanan

Di Europe, makanan halal memang banyak. Tapi harga macam biasalah. Kebab seorang makan 8Pound = RM45. Semasa di Paris kami survive dengan makan roti yang dibeli pada harga 2pound. Kira oklah, roti besar dan sedap. Kalau rasa tak boleh tahan dengan harga, silalah bawa mee maggie banyak-banyak yea. At least dapat cover sedikit perbelanjaan. Kalau dah nama pon percutian bajet, takder makne nak pergi minum Coffee ala-ala mat salleh gitu. Goyang kaki hisap rokok!. Mak tak mampu yea. Nak beli fridge magnet pon berkira. hahahahhahaha. Mau tak, kalau dekat Bali dapat sebijik FM RM1, kat London 5pound = RM25. Kann???

Paris

Kalau dah sampai UK, wajib merentas Selat Inggeris ke Paris. Ada 2 cara untuk sampai ke Paris. Cara pertama adalah menaiki Euro Train dan kedua adalah menaiki bus.

Train - Saya rekomen silalah booking 6 bulan atau 8 bulan awal untuk tiket train. Serius!!! Saya terlambat booking dan terpaksa naik bus untuk ke Paris. Tak silap saya perjalanan cuma mengambil masa 2 jam dari London - Paris. Sekiranya dapat booking awal, tiket agak murah dalam lingkungan 40pound sahaja. Pernah saya cuba booking dalam masa 2 minggu untuk ke Paris, harga tiket melonjak 200pound. huh!!!

Bus - Ada banyak bus yang route ke Paris. Mostly depart dari Victoria Coach, London. Harga tiket adalah lebih kurang sama dengan Train dan perjalanan mengambil masa 8jam. Bayangkan!! Yang best kalau anda naik bus, anda berpeluang untuk naik kapal. Kerana bus akan park di dalam kapal selama 2 jam untuk merentas Selat Inggeris. Cantik tapi bekulah kesejukan!!

 
 
Rasanya itu sahaja tips yang dapat saya berikan. Penginapan dan makanan di Paris pun lebih kurang macam di London. Jadi, sekiranya ada yang berhajat untuk ke Europe, selamat bercuti dan yang masih planning, marilah menabung dari sekarang. Chaiyookk!!