Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah..semua selamat!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semua selamat. Saya selamat melahirkan seorang lagi imam muda pada 14 Oct 2013. Sehari sebelum Hari Raya Qurban. Baby lahir pada minggu ke-38 akibat komplikasi yang saya alami. Saya disahkan denggi pada 9 Oct 2013 dan terpaksa di tahan di KPJ hampir seminggu. Akibat dari platelet darah yang tidak menentu sebab denggi, saya terpaksa emergency c-sect. Tak kisahlah, yang penting baby selamat.

Hari ini cuma short entry tanpa gambar. Mamanya tak sihat sepenuhnya lagi dan baby masih kuning. Doakan kami cepat sihat yea. InsyaAllah, saya akan ceritakan tentang imam muda saya ni di next entry. ;-)


  

Note: Teringat semasa berpantang abang kita dulu. Wajah baby saling tak tumpah macam abang kita masa baby. Semoga menjadi anak yang soleh yea anak-anak mama!!

12 comments:

  1. Tahniah. Moga ibu dan baby cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  2. wah third boys in the house..Tahniah dear..dan semoga cepat sembuh!Amiin...

    ReplyDelete
  3. tahniah!!semoga kedua ibu n baby cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Tahniah..mudah2an anak dan ibu cepat sembuh dan sihat :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah~ Dugaan yer~

    Alhamdulillah.. semua dah selamat.
    Tahniah yer~
    Selamat berpantang.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan.selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  7. tahniah..3 heroes in the house..
    boleh kawan dengan abang 2 Abdul..
    moga ibu dan anak cepat sembuh dan sihat

    ReplyDelete
  8. tahniah.. saya menghitung hari tak sabar rasanya nak menimang cahaya mata juga :)

    ReplyDelete
  9. tahniah....semoga mama dan baby sihat2 selalu.... ;))))

    ReplyDelete
  10. terima kasih semua atas ucapan dan doa ;-)

    ReplyDelete