Tuesday, 8 October 2013

Percutian ke Bali Nov 2012 - Episode 3

Assalamualaikum.

Hari Selasa yang indah nih, boleh tak nak cerita pasal Bali? Asyik bersambung-sambung. Dah setahun pergi, tak sudah-sudah lagik ceriteranya kannn....hehehehheheh..Harini tak banyak sangat nak taip. Banyak entry bergambar saja. Layan kan jerla gambar gedik-santai kami laki bini. Kalau rasa nak muntah, tutup jerla yea..  ;-)







 
Sebuah taman yang agak besar. Garuda Wishnu Kenchana. Cantik juga dan harus terjah sekiranya ke Bali.







 
 
Tempat wajib pergi. Uluwatu Temple. Terdapat banyak kera nakal disini. Perlu hati-hati kerana mereka kuat mencurik. Even, selipar jepun yang tourist pakai pon dia boleh ambil. Hebat! En Asben takut-takut sepanjang di sini kerana takut spec mata diambil Cik Kera yang nakal!!



 
Dah namanya pon Bali kan. Walaupun kami pengantin lama, tetap gagah  nak bercandle light dinner di Jimbaran. Pada saya, makanan tak berapa nak sedap, tetapi harga makkk aii..mahal!!! Tapi sunset memang superb!!! Terasa macam bercinta..hahahhahaha





 
Souvenier di Tanah Lot oklah harganya. Takla semahal seperti di Krishna. Tapi tak semurah di Pasar Sukawati lah. Kalau emergency bolehla beli di sini.









 
Lagi satu tempat wajib Tanah Lot. Cuaca yang panas tak menghalang kami bergambar gedik santai!!
 
 
Masih ada 2-3 tempat lagi nak bawa anda jalan-jalan. Rasanya tak sempat dalam entry nih. Entry nih pun dah berjela-jela dah ha.. kannnnn....
 
Note : Baby dah 38 weeks. Bila-bila baby akan jumpa dengan Abang kita dan Abang Ajim. Yeayyy..Ajim nak jadi Abang dah!!!

 
 
 
 

2 comments:

  1. Gambar kat situ sama yg Dr Sheikh pergi dlm Romantika Suri

    ReplyDelete