Monday, 18 November 2013

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq

Assalamualaikum.

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq. Itulah nama indah yanng kami berikan pada imam muda kami yang ke-3. Seindah namamu. Seindah pekertimu. Insya Allah. Nazeer selamat dilahirkan pada 14 October 2013 di KPJ Seremban. Awal 2 minggu dari due date. Di lahirkan secara c-sect dan seberat 3.2 kg sahaja.

Sepanjang mengandungkan Nazeer, mama sangat lasak akibat tuntutan kerja. Tiba-tiba dipindahkan ke Uniform Warehouse. Gigih juga mengangkat kotak dan memanjat sini sana. heheheheeh. Tiada langsung rasa mual atau kurang selera makan. Sentiasa berselera. Berat badan macam mengandungkan abang dan Ajim juga dulu. Cuma naik 6-7 kg sahaja. Perut besar mengalahkan macam anak kembar!! Banyak air kata doktor.

Nazeer tak banyak ragam. Malam elok tidur sampai ke pagi. Kuat sangat menyusu. Susu badan + susu formula. huuhuuhuhu. Tetap campurkan . Susu mama tak sebanyak susu orang lain. Tapi alhamdulillah masih mampu menyusukan Nazeer.

**Anakku, semoga kamu dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dan sentiasa menjadi anak yang soleh. Aminn.


Tadaaaa.......saya dah sebulan lah mamaaa!!! Tak lama lagi dah boleh geng dengan abang-abang kita bergumpal   !!









Note: alahaiii...cuti tinggal sebulan jer lagi   :-(

Monday, 4 November 2013

Baby dan JAUNDICE.


Assalamualaikum.

Hari ni, masuk hari ke -22 berpantang. Saya ok je kalau berpantang. Tak heran sangat kalau tak boleh makan itu ini. Asalkan kurus!!!  Hehehe. Cuma saya tak tahan godaan kurang minum “air”. Alamak, memang tak tahan la kalau tak boleh minum air banyak. Tapi apakan daya, pantang punya pasal, nak kurus punya pasal 100 hari aku gagahkan!

Anak saya 3-3 mesti kuning kalau lahir. Abang dan Ajim dulu tak lama sangat kuningnya. Jemur 3-4 hari kat matahari, hilanglah kuning. Adik baby kali ini, lama pulak. Masuk hari ke 18, baru ok kuning. Letih jugaklah saya berulang ke klinik cek darah baby. Ish, ikutkan hati memang malas nak pergi klinik, kesian baby asik kena cucuk ambil darah. Tapi nurse hari-hari datang rumah monitor. Tu yang kugagahkan juga diri ini, walaupun jahitan masih belum kuat. Mungkin sebab baby lahir awal, sebab tu lama kena kuning kot. Hmmm, Alhamdulillah, hari Khamis haritu, Doktor kata tak payah datang dah. Baby dah ok!! Yeayyyy…. Tak payah pergi klinik. Lega mak!!!!

Antara petua yang mak saya buat semasa baby kuning.

1-    **  Bagi baby minum air kundur. (gula kundur beli kat tesco je)
2-    **  Mandikan baby dengan air herba cina  - Ini husband beli brand Eu Yan Sang. Macam uncang Teh. Cuma rendam dan mandikan baby pagi dan petang. Ada 10 uncang berharga RM32.
3-     ** Jemur dekat matahari. Waktu paling sesuai jam 7.30 – 8.30 pagi. Lebih dari time tu adalah matahari penyakit (nurse katalah!!)
4-     ** Susukan dengan susu badan kerap. Supaya baby berak banyak kali.

Heheheheheh, tak banyak pun petua kan. Ini semua orang pun tahu. Takpelah, kalau sesiapa ada petua yang lain sila-sila lah kongsikan yea. Dapat jugak pahala kan!!

Bacaan masih rendah pada hari ke -4. 227.8


Bacaan meningkat sedikit pada hari ke -5. 253.
1
Bacaan sangat tinggi pada hari ke -8. 264.3. Sekiranya bacaan mencecah hingga 270, bayi akan ditahan di wad. Duduk bawah lampu. Adoooiii..lecehla!!

Nasib baik bacaan turun ke 257 pada hari ke -10. Tak payahla nak tahan wad bagai.

Bacaan semakin turun ke 224.

Alhamdulillah. Ke paras normal. Tak perlu la ke klinik lagi.

Bacaan normal bagi jaundice baby adalah 150. Kata doktor, kuning baby lama sebab ibu dan ayah berdarah "o". Hmmmm.. kebanyakan baby kalau lahir sekarang memang akan kena jaundice kan. Apapun, alhamdulillah, baby da sihat, mamapun sudah beransur pulih. Terima kasih atas doa kalian :-)