Monday, 18 November 2013

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq

Assalamualaikum.

Mohammad Nazeer Musyrif Haziq. Itulah nama indah yanng kami berikan pada imam muda kami yang ke-3. Seindah namamu. Seindah pekertimu. Insya Allah. Nazeer selamat dilahirkan pada 14 October 2013 di KPJ Seremban. Awal 2 minggu dari due date. Di lahirkan secara c-sect dan seberat 3.2 kg sahaja.

Sepanjang mengandungkan Nazeer, mama sangat lasak akibat tuntutan kerja. Tiba-tiba dipindahkan ke Uniform Warehouse. Gigih juga mengangkat kotak dan memanjat sini sana. heheheheeh. Tiada langsung rasa mual atau kurang selera makan. Sentiasa berselera. Berat badan macam mengandungkan abang dan Ajim juga dulu. Cuma naik 6-7 kg sahaja. Perut besar mengalahkan macam anak kembar!! Banyak air kata doktor.

Nazeer tak banyak ragam. Malam elok tidur sampai ke pagi. Kuat sangat menyusu. Susu badan + susu formula. huuhuuhuhu. Tetap campurkan . Susu mama tak sebanyak susu orang lain. Tapi alhamdulillah masih mampu menyusukan Nazeer.

**Anakku, semoga kamu dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dan sentiasa menjadi anak yang soleh. Aminn.


Tadaaaa.......saya dah sebulan lah mamaaa!!! Tak lama lagi dah boleh geng dengan abang-abang kita bergumpal   !!









Note: alahaiii...cuti tinggal sebulan jer lagi   :-(

2 comments:

  1. comelnyeeeee.
    geram tengok gambar last sekali tuh.

    ReplyDelete
  2. baby dah besar..tgh tidur pon boleh senyumm

    ReplyDelete