Sunday, 1 December 2013

DIY - Vintage Drawer Repainting

Assalamualaikum.

Aduhai..lama sungguh tak update blog. Almaklumlah, masih tercari-cari masa terluang. Mana taknya, baru je nak on laptop, si baby tucik dah merengek. Abang dan Ajim pun tak kurang "membantu". Hmmmmm, cuti tinggal lagi 2 minggu. Dalam masa duk relax kat rumah nih, sempat juga saya bertukang untuk membuang rasa bosan.

Almari vintage nih dah lama terperuk dalam bilik belakang rumah mak mertua. Baju anak-anak pon dah bertambah. Dah tak muat nak sumbat dalam bakul lagi dah. Sebenarnya saya teringin nak beli yang baru. Bila saya survey dekat kedai perabot, ada yang berharga RM299-399. Tapi kualiti cap ayamlah. Setakat pakai kayu playwood dan habuk kayu, alahai, tak tahan nak pakai 10 tahun kot. Kemudian saya survey dikedai barangan import. Yes, ada satu menarik perhatian. Solid wood memang utuh dan berat. Ukiran dan design sangat menarik Harga pun menarik iaitu RM800. Setakat nak letak baju anak-anak, tak payahlah nak invest banyak sangat kot. Tunggulah, bila bajet dah ok, nak juga saya sambar satu. huhuhuhu...

Sebenarnya, saya teringin nak cat warna-warni macam nihh. Nmpak lah macam western skit.
En Hasben tak minat pulak. Dia prefer kaler neutral.hmmm



Beginilah rupa almari sebelum di touch up. Kayu memang keras. Almaklumlah almari zaman jepun. Tahan lasak dan berat tak macam yang dijual di pasaran sekarang.




Siap!!! Kira oklah kan. Patutnya lagi canti kalau guna syelek. Tapi nak cepat punya pasal, pakai cat minyak je. Kira puas hatilah. Dah tak nampak capuk-capuk macam tadi.

Step seterusnya untuk mengemas baju anak-anak dalam almari pulak. Ni kene buat time 3abdul tidur. Kalau tak memang tak siaplah, banyak sangat tangan nak tolong. heheheheheh