Friday, 23 January 2015

Abang daan Acim dah sekolah !!



Sebenarnya Abang dan Acim dah pergi sekolah sejak tahun lepas lagi. Taska Mindaku di Ampangan. Alhamdulillah. Abang happy sangat. Kawan-kawan ramai katanya. Memang berat rasa hati semasa saya membuat keputusan untuk menukar sekolah abang. Tadika Mindaku memang bagus dan saya bagi 5 bintang. Tetapi since, saya tidak lagi boleh berjauhan dengan baby Nazeer, saya terpaksa hantar abang ke sekolah lain yang berdekatan dengan office saya. Mudah untuk saya memantau abang ke sekolah. Jadi Ibu mertua boleh beri sepenuh perhatian pada baby Nazeer. Tak perlulah baby Nazeer berjauhan lagi dengan abang-abang kesayangannya!!

"Mama, friend abang, Asmah, Apikah, Ummu, Puteri, Damia, Teacher Faizah, Teacher Shakira".. "Haipp abang...mana friend lelaki.."
"Ade ade..Ijan"
"Itu bukan friend Ajim ke abang"
"Ala samer samer lah"

Comelllll...yep..abang dah pandai cakap sangat. Mase mula masuk dulu abang tak pandai cakap. Itu yang saya paksa abang kita masuk sekolah. dan hasilnya... potpet pot pett bercakap..bergaduh ngan Acim. Letih dah mama layan. Becok!!

Hmmm..Tahun ni abang masuk Tadika Mubarak dekat Labu. Ikut mama pergi work sekali lah yea abang kita. Kesian Wan Bed nak jaga baby Kuci lagi. Saya pilih Tadika Mubarak kerana tempat strategik dan murah. Tapi, kualiti juga perlu diambil kira juga. So far, abang dan Acim masih lagi menangis pergi ke sekolah. Setiap pagi, liat nak bangun tidur dan mandi. Mama kena jadi Raksaksa baru masing-masing gerak pergi toilet!!

First day school, mama kena ambil cuti. Abang dan Acim bergabung meraung bila mama langkah kaki nak balik, Sabar jerla!! Acim mama masukkan ke kelas 4 tahun dan Abang di kelas 5 Tahun. Takes time yea abang. Make new friend!


Ini kelas abang. Ramai juga student dalam kelas abang.



Abang termanggu-manggu membawa diri.


Tetiba, Acim boleh pulak datang kelas abang. Haishh!!



Kelas Acim. Acim more to playskool. Menyanyi dan menconteng mewarna.

So far, selama setahun saya hantar Abang dan Acim ke sekolah, memang banyak peningkatan. Tetapi itu dulu semasa di Mindaku. Bayaran pun agak mahal tetapi saya berpuas hati 100% tentang pembelajaran dan penjagaan. Mereka pun happy semasa di Mindaku. Munkin kerana di sana ramai kawan dan guru-guru pandai melayan kerenak budak-budak. Jadi, untuk tempoh 3 bulan pertama, saya akan monitor perkembangan Abang dan Acim di Tadika Mubarak. Harap-harap semua berjalan lancar. Tak perlulah mama gigih nak mencari tadika lagi di sekitar Nilai ni anak-anak yea!!

Wednesday, 21 January 2015

Tuesday, 20 January 2015

Hospital Besar Kuala Lumpur - 1st Visit


Tanggal 6 January 2015 untuk pertama kali kami menjejak kaki ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Baby Nazeer dirujuk ke Hospital Besar kerana di sanalah terdapat Dr Pakar yang khusus untuk masalah paru-paru. Kalau nak diikutkan memang Hospital Kerajaan bagus dari segi rawatan dan ubat. Cuma kadang masalah kekangan masa dan jarak dari tempat tinggal menjadi halangan bagi ibu bapa yang bekerja.

Kalau sebelum ni saya rasa risau dengan Nazeer sebab ade masalah paru-paru lemah kerana mudah dijangkiti kuman, rupanya banyak lagi kes yang lagi kronik kalau nak dibandingkan. MasyaAllah. Semasa mula memasuki kawasana pendaftaran, saya dah tersentuh dengan keadaan seorang bayi OKU yang kekurangan anggota badan. Saya terfikir, bagaimanalah perasaan ibu dan ayahnya,. Bagaimanalah masa hadapannya nanti. Semoga Allah merahmati bayi tersebut dan kedua orang tuanya Tidak kurang juga saya lihat kanak-kanak seawal setahun yang mendapat rawatan akibat penyakit kronik seperti Leukimia, Kanser dan juga masalah buah pinggang. Ibu bapa menjadi peneman dan tetap sabar menjaga anak-anak yang terpilih ini. Allah kan sayang pada orang yang sabar!!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang  beriman."

-Surah Ali Imran-Ayat 139-



Nasib baik ada playground, dapat juga bagi baby kuci ni leka sikit.



Memang ramai. Yelah, kerajaan bagi subsidi kan. Alhamdulillah.

Parking penuh semanjang. Huh.

Sekiranya kita pernah terfikir, bahawa kita dilanda kesusahan atau musibah, fikirkanlah semula. Kerana masih ramai yang lebih susah dari kita.  Wallahualam.





Monday, 19 January 2015

Insurance? Penting atau tidak?


Insurance!! Bagi saya insurans penting untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga. Saya mula ambil insurance untuk diri sendiri ketika masih berumur 21 tahun. Itupun kakak saya yang bakar suruh saya ambil. Masa tu tak terfikir langsung tentang coverage medical atau apa, hanya fikirkan keuntungan. Insurance bukan sahaja digunakan untuk medical coverage tetapi juga untuk tujuan investment.

Harini saya taknak cerita tentang investment, cuma nak cerita tentang medical benefit. Nak cerita panjang takla pandai sangat, cuma cerita apa yang saya alami sahaja. Sejak baby Nazeer kerap masuk hospital, saya ada juga suarakan pada En Suami nak ambilkan Nazeer insurance. Tapi masa tu, saya fikir ia bukanlah keperluan sebab insurance En. suami boleh membayar bil-bil hospital. Jadi bukan suatu masalah kalau saya tak ambil pon sebenarnya. Tapi, sehingga hujung tahun 2014 dimana cuti saya selama 22 hari habis kerana menjaga Mohammad Nazeer yang sering masuk hospital dan juga masalah dalaman yang lain, membuatkan hati saya terbuka untuk membeli insurance. Bukan apa, bila cuti tak cukup, kena pula ambil unpaid leave. At least, kalau ada insurance, caj hospital sehari dapat juga claim RM150 untuk cover balik gaji mama yang kena potong kan. Ye tak?? Dan boleh juga buat belanja beli barang keperluan anak-anak.

Kalau nak dilihat, insurans mana-mana company lebih kurang sahaja benefit yang ditawarkan. Cuma mengikut kemampuan dan plan kita sendiri. Untuk baby Nazeer, saya fikirkan untuk medical  dan juga investment pendidikan untuknya pada masa hadapan. Buat masa nih, baru ada budget untuk baby Nazeer. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh ambil untuk Abang dan Acim pula.

Since Nazeer still baby, jadi pengawasan dan penjagaan agak remeh. Paru-paru Nazeer belum cukup matang dan masih perlukan perhatian. Oleh itu, kebarangkalian baby admit agak tinggi. Saya tak kisah kalau nak cuti untuk menjaga anak yang sakit. Semua itu dugaan Allah dan pahala yang amat besar bagi seorang ibu yang sabar menjaga anak yang sakit. Cuma, bila potong gaji..aiseyyy..short pulak belanja bulan nih. Bila dah mendaftar denagn AIA ni, ringan sikit beban mama ye sayang!!

Disini saya ringkaskan serba sedikit tentang AIA insurans.

Bayaran premium bulanan 
= RM150.00
Annual Medical Benefit    
= RM100,000.00 (to be renew every year)
Hospital Stay                   
= RM150.00 per day (maximum to 120 days)
Critical Illness benefit     
= RM100,000.00
Cash Rebate @ 25 years   
=  RM25,000.00


En. Nasrul sedang menerangkan serba sedikit tentang AIA.


Okayyy...makanan dah sampai!!


Sign !!! Burppp.... Kenyang!!

**Nasrul ni kawan lama semasa di UOB dulu. Senang berurusan dengan orang yang kita kenal kan. Lebih mudah, lancar dan diyakini. Thanks Nasrul belanja makan!!


Sunday, 18 January 2015

Anakku Imam Muda Mohammad Nazeer Musyrif Haziq

Assalamualaikum

Setiap hari, pada waktu yang sama 7.00 ptg - 9.00mlm. Siaran yang sama Astro Oasis "Indahnya Iman". Mohammad Nazeer menjadi penonton tetap. Setia duduk di pangkuan mama sambil mata tak henti merenung zikir di tv. Seakan faham segala intipatinya. Sejuk mata mama memandang anak yang satu ini.

Anakku Mohammad Nazeer, membesarlah kamu menjadi anak yang soleh, menjadi ALHafiz. Kau kejarlah pahala akhirat. Janganlah dikau leka dengan keindahan dunia.Semoga engkau sentiasa berada di bawah rahmat Allah swt.

Ya Allah..Kau lindungilah anak syurgaku ini..Kau panjangkanlah umurnya untuk terus menyembahMu..kau sihatkan tubuh badannya untuk dia terus bersujud kepadaMu..Kau pelihara pekertinya seindah Nabi Muhammad saw..Kau perindahkan akhlaknya dan Kau jadikanlah dia anak yang soleh dan AlHafiz. Amin.




Thursday, 15 January 2015

Remembering MH370 // MH17 // QZ8501

Assalamualaikum.

"Hello beb, boleh ke cancel flight....aku da booking pergi Bali esok..tapi cuak la nak naik'
"Boleh. Until further notice boleh refund balik sebab kes QZ8501"
"Tapi sayang pulak, hotel semua dah booking.takpelah, nanti aku tengokla camana..thanks beb"
"Ok je...Take care ya'

Saya yakin selepas kejadian yang melanda indiustri penerbangan kita baru-baru ni, pasti ramai yang agak cuak untuk menaiki Kapal Terbang. Bermula dengan tragedi MH370, MH17 dan yang terbaru membabitkan pesawat Air Asia sendiri QZ8501.

Mati itu pasti. Tidak akan cepat dan tidak akan lewat. Menetik dari kata-kata seorang ustaz ;

'Kefahaman tentang ajal kematian yang bakal menjemput. Ketika ajal kematian ini sampai, ia tidak akan terlambat atau cepat walau sedetik, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 34 bermaksud: 
"Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan".
Ada juga saya terbaca di laman sosial " Everyone can Die instead of motto sebenar AirAsia Everyone can fly. People makes fun of it. Tidakkah kita terfikir jika ia terjadi pada keluarga kita sendiri? Mati boleh terjadi tidak kira tempat dan keadaan. MATI ITU PASTI. Sedang kamu berjalan kaki ke mall, kamu boleh mati. Sedang kamu tidur, kamu akan terus menutup mata. Sedang kamu memandu ke pejabat, kamu terlibat kemalangan. Sedangkan orang yang sakit tenat yang kamu andaikan mati dahulu, masih bernafas tetapi kamu telah mati. Wallahualam.

Serupa juga dengan kejadian yang melanda MAS iaitu MH370 & MH17. Mereka tidak tahu dan tidak pernah tahu maut menjemput mereka setiba mereka di angkasa. Tidakkah kita terfikir betapa Pilot fight until their last breath to save all his passenger, instead of people make fun of them?? Menuding jari mencari kesalahan? Make fun of them during stupid Halloween Celebration? Make stupid "FB status to attacked them? It is not funny. Fikirkan perasaan keluarga mereka. 

"KUN FAYAKUN"
Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Allah berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya. 

Sunat hukumnya bila kita berfikir tentang mati. Hati dan diri kan menjadi lebih dekat dengan Allah, dan musibah yang melanda diri akan membuatkan kita lebih baik dan lebih mendalami ilmu Allah. Janji Allah itu benar.  Percaya dan yakin dengan Allah adalah kunci kekuatan seseorang manusia apabila mengalami musibah.

Bagi pendapat saya, saya juga sering berdoa untuk diri sendiri dan keluarga tercinta untuk panjang umur dan sihat tubuh badan. Memadailah jika saya katakan, saya berdoa agar saya akan mati dalam keadaan yang baik. Allahuakhbar. Siapalah saya mahu berkata-kata tentang hukum Allah, sedangkan diri sendiri masih cetek ilmu pengetahuan.

Remember MH370 MH17 & QZ8501.



**Takziah pada keluarga mangsa dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh - Ameen-

'

Ya .. Pneumonia.... Silent Pneumonia!!!

Assalamualaikum.

Saya baru terbaca kisah tentang ibu-ibu yang kehilangan anak akibat pneumonia ellyaziz whitevincci
Sedih !! Saya doakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan. Anak-anak syurga itu akan menunggu kamu di telaga kautsar untuk mengiringi ibu-ibu ke syurga kelak. InsyaAllah.

Peluang Kedua
Saya masih terkesan dengan apa yang terjadi pada baby Nazeer semasa dia berusia 4 bulan. Sumpah!! Saya rasa Allah memberi saya peluang kedua untuk menjagangya. Sekiranya Allah ingin mengambilnya dulu, lama sudah saya kehilangan baby Nazeer. Setiap kali saya teringatkan detik itu, hati saya sedih dan terbit rasa kesal yang amat sangat. Dulu, saya tak begitu alert tentang pneumonia. Memang Abang Nazeef pernah ditahan di wad akibat pneumonia, tetapi simtomnya agak berlainan dengan apa yang terjadi pada baby Nazeer. Abang mengalami demam panas sehingga 39'c dan batuk berpanjangan. Di sebabkan demam yang tak kebah dan batuk sehingga abang putus selera makan, abang ditahan di KPJ dan positif pneumonia. 

Bronchitis
Berbeza dengan apa yang berlaku pada baby. Baby demam, batuk dan selsema. Saya refer baby ke KPJ dan baby diberikan ubat serta antibiotik untuk merawat batuk. X-Ray juga diambil dan kelihatan tompok putih pada paru-paru baby. Menurut kata Dr. baby ada jangkitan bronchitis. Near to pneumonia. Tak perlu di tahan di wad dan hanya memberi ubat serta antibiotik dirumah. Selepas 7 hari pengambilan ubat dan antibiotik selesai, demam baby kebah. Batuk pon ok. Tiada lagi selsema. Tapi saya perhatikan baby agak slow. Dia tak mahu menyusu. Even susu badan pon kejap-kejapan. Saya bingung !!

Emergency - Hari Ke - 8
Esoknya saya cuti dan saya refer semula ke KPJ dan menurut Dr. paru-paru baby clear. Maksudnya baby sudah sihat. Saya pulang ke rumah dan saya perhatikan baby seperti ada yang tak kena. Dia cuma tidur sepanjang hari dan tidak aktif. Bila dikejutkan akan merengek minta ditidurkan kembali. Boleh dikatakan dalam masa 24 jam, baby hanya akan berjaga kurang dari 3 jam. Saya risau. 

Hari ke - 9
Saya pulang dari kerja jam 7 malam. Selesai solat maghrib saya terus saya hantar baby ke KPJ emergency untuk further check-up. Menurut Dr. yang standby ketika itu, baby sihat!! Oxygen baby 100%. Habis, kenapa baby begitu??? Menurut Dr. munkin kesan dari antibiotik yang diambil sebelum ini. Ia akan mengambil masa untuk baby kembali aktif.

Hari ke -10
Esoknya kebetulan genap umur baby 4 bulan dan ibu saya membawa baby ke Klinik Kesihatan Rembau untuk check-up. Dr. yang memeriksa baby perasan sesuatu tak kena pada baby. Nafasnya laju. Kulit tak elastik. Matanya besar seperi terbonjol keluar. Baby lemah dan matanya tiada tindakbalas bila disuluhkan cahaya. Semasa kejadian saya di office dan hati saya tak sedap. Saya call mak tanyakan keadaan baby dan mak cakap "Kak Lang, Dr kata adik tak sihat sangat. Adik dah naik ambulans nak pergi Hospital Besar Seremban"  Allahuakhbar........

Hospital Besar Seremban
Air mata saya mengalir laju dan saya terus keluar office memandu ke hospital. Dalam hati saya berdoa agar baby terus bernafas dan dipanjangkan umur. Setiba di hospital, seorang Dr Cina lingkungan 30an datang berjumpa saya dan memarahi saya kerana tidak alert. Ya, saya mengaku, tetapi sudah beberapa kali saya bawa ke KPJ, Dr di KPJ mengatakan baby okay. Saya lihat baby sudah terbaring dia atas katil. Air telah dimasukkan ke tangannya. Muka baby pucat. Sayu hati saya melihat anak kesayangan begitu. "He safe now with us, no need to cry. Learn this as experience" Kata Dr Cina tersebut sambil berlalu pergi. 

Silent Pneumonia 
Ya. Silent pneumonia. Memang baby sudah menghabiskan antibiotiknya selama 7 hari. Sebenarnya virus masih ada didalam tubuh baby dan tidak cure. Ia merebak perlahan tanpa kesan demam dan batuk. Ia adalah Silent Penemonia. Kata Dr. 'If you late a day or two, you will lost him forever!! Please be alert especially he's still a baby!!" Ye Dr. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Tubuh baby dimasukkan air dan beberapa ubat lain. Berat baby merudum dan Dr tak happy tentang itu. Baby ditahan selama seminggu sehingga betul-betul sembuh.

Sejak itu, saya menjadi seperti seorang yang over-cautious. Setiap minggu pasti kami akan ke hospital untuk cek baby. Saya tak mahu lagi kejadian malang ini berulang. Jika difikirkan, saya tidak membiarkan baby malah telah beberapa kali saya bawa baby ke KPJ. Tetapi saya lupa bahawa bayi tidak mahu menyusu adalah tanda-tanda dia ada lendiran di bahagian tekak akibat dari Pneumonia. Setiap kali baby tak mahu menyusu saya akan gusar dan risau sekiranya sakit itu datang kembali.

Diagnosed
Sejak itu, saya alert. Malah selepas ditahan di Hospital Besar, baby telah beberapa kali di tahan di private hopsital disebabkan batuk dan akhirnya baby diagnosed sebagai Paru paru lemah. Baby perlu dijaga sebaik munkin kerana baby amat mudah menerima jangkitan di paru-paruAlhamdulillah, saya redha dengan ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya Allah menganugerahkan saya baby untuk saya jaga dan demi Allah, annakku Mohammad Nazeer, mama akan menjagamu sehingga mama menutup mata!! Munkin di entry yang akan datang akan banyak lagi mama akan ceritakan tentang baby yea. 

Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang indah ini padaku. Terima kasih kerana memilih aku untuk menyandang tugas berat ini. Aku redha dan aku yakin ada syafaat yang menuggu aku di akhirat kelak. Setiap dugaan akan mendekatkan diri ini lebih pada Yang Esa. Alhamdulillah!!


Suci sangat wajah anak mama adik kuci ni...muahhhs!!



Wednesday, 14 January 2015

Anak dari Syurga

Assalamualaikum.


Semalam 14 Jan 2015 genap umur anak syurga mama 1 tahun 3 bulan. Dah besar anak mama yea!!
Dr diagnosed baby ade masalah paru-paru. Paru-paru lemah dan kena dapatkan rawatan antibiotik setiap 6 bulan. Alhamdulillah. Allah pilih mama untuk menyandang tugas ni. Demi Nazeer, mama harus kuat dan tabah. Mama yakin pasti ada syafaatnya di akhirat kelak. Allah sayangkan orang sabar ye mama. Yang penting Nazeer mesti dalam keadaan sihat sentiasa.

Mama suka panggil Nazeer  baby kuci. Ni pon abang dan acim yang ajar. Baby sering masuk hospital tahun lepas, Dalam 6 kali jugalah ikut perkiraan mama. At first masa Dr cakap paru-paru baby lemah, mama sedih. Mama redha. Lama juga mama berfikir. but who am I to questioned the Almighty. Pasti Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Sekurang-kurangnya mama tahu keadaan baby dan mama dah sedia. Mama akan jaga baby. Mama akan sentiasa pastikan baby sihat. No wonderla baby asik keluar masuk hospital, rupa-rupanya ada masalah lain.

Kadang mama terpikir, ini baru sedikit Allah tu bagi pada mama. Mama dah sedih macam nak gila. At least Allah tu bagi "warning' suruh jaga amanah tu baik-baik. Macam mana kalau Allah tu ambil 'sudden death'?? Nauzubillah. 

Adik Nazeer, banyak lagi yang mama nak ceritakan tentang adik. Tapi buat masa ni, bila mama dengar lagu ni mesti mama ingat pada baby. Abang kalau dengar lagu ni kemain dia berjoget.

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


**Bukan senang nak selfie dengan baby nie. Nampak je kecik, lasak kemain. haishh!!


Thursday, 8 January 2015

Happy New Year 2015 !!

Assalamualaikum.


Selamat tahun baru 2015. Blog masih hidup. Dan azam baru mahu terus sukses untuk mengupdate..hahahahahha.. Sekarang dah pandai sikit bahagi masa dengan office dan rumah. InsyaAllah, segala memori akan tertulis disini.

Meh belanja gambar 3 abdul jap.