Wednesday, 14 January 2015

Anak dari Syurga

Assalamualaikum.


Semalam 14 Jan 2015 genap umur anak syurga mama 1 tahun 3 bulan. Dah besar anak mama yea!!
Dr diagnosed baby ade masalah paru-paru. Paru-paru lemah dan kena dapatkan rawatan antibiotik setiap 6 bulan. Alhamdulillah. Allah pilih mama untuk menyandang tugas ni. Demi Nazeer, mama harus kuat dan tabah. Mama yakin pasti ada syafaatnya di akhirat kelak. Allah sayangkan orang sabar ye mama. Yang penting Nazeer mesti dalam keadaan sihat sentiasa.

Mama suka panggil Nazeer  baby kuci. Ni pon abang dan acim yang ajar. Baby sering masuk hospital tahun lepas, Dalam 6 kali jugalah ikut perkiraan mama. At first masa Dr cakap paru-paru baby lemah, mama sedih. Mama redha. Lama juga mama berfikir. but who am I to questioned the Almighty. Pasti Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Sekurang-kurangnya mama tahu keadaan baby dan mama dah sedia. Mama akan jaga baby. Mama akan sentiasa pastikan baby sihat. No wonderla baby asik keluar masuk hospital, rupa-rupanya ada masalah lain.

Kadang mama terpikir, ini baru sedikit Allah tu bagi pada mama. Mama dah sedih macam nak gila. At least Allah tu bagi "warning' suruh jaga amanah tu baik-baik. Macam mana kalau Allah tu ambil 'sudden death'?? Nauzubillah. 

Adik Nazeer, banyak lagi yang mama nak ceritakan tentang adik. Tapi buat masa ni, bila mama dengar lagu ni mesti mama ingat pada baby. Abang kalau dengar lagu ni kemain dia berjoget.

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


**Bukan senang nak selfie dengan baby nie. Nampak je kecik, lasak kemain. haishh!!


6 comments:

  1. Salam. Hai dear. Kene kuat demi anak. Inshallah semuanya baik2 je, smg bby sihat2 selalu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kayla...thanks sudi jenguk...kuatkan hati untuk anak anak kan.. Allah sayang orang yang sabar

      Delete
  2. Tabahlah mama...sgt memahami.Anak demam pun mcm2 terlintas kat fikiran.Semoga baby diberi kesihatan yg baik...Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. THANKS dear,,, mama kene sentiasa kuat untuk anak ank tersayang..

      Delete
  3. moga tabah hadapi ujian yang Allah bagi ni..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

    ReplyDelete