Tuesday, 20 January 2015

Hospital Besar Kuala Lumpur - 1st Visit


Tanggal 6 January 2015 untuk pertama kali kami menjejak kaki ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Baby Nazeer dirujuk ke Hospital Besar kerana di sanalah terdapat Dr Pakar yang khusus untuk masalah paru-paru. Kalau nak diikutkan memang Hospital Kerajaan bagus dari segi rawatan dan ubat. Cuma kadang masalah kekangan masa dan jarak dari tempat tinggal menjadi halangan bagi ibu bapa yang bekerja.

Kalau sebelum ni saya rasa risau dengan Nazeer sebab ade masalah paru-paru lemah kerana mudah dijangkiti kuman, rupanya banyak lagi kes yang lagi kronik kalau nak dibandingkan. MasyaAllah. Semasa mula memasuki kawasana pendaftaran, saya dah tersentuh dengan keadaan seorang bayi OKU yang kekurangan anggota badan. Saya terfikir, bagaimanalah perasaan ibu dan ayahnya,. Bagaimanalah masa hadapannya nanti. Semoga Allah merahmati bayi tersebut dan kedua orang tuanya Tidak kurang juga saya lihat kanak-kanak seawal setahun yang mendapat rawatan akibat penyakit kronik seperti Leukimia, Kanser dan juga masalah buah pinggang. Ibu bapa menjadi peneman dan tetap sabar menjaga anak-anak yang terpilih ini. Allah kan sayang pada orang yang sabar!!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang  beriman."

-Surah Ali Imran-Ayat 139-



Nasib baik ada playground, dapat juga bagi baby kuci ni leka sikit.



Memang ramai. Yelah, kerajaan bagi subsidi kan. Alhamdulillah.

Parking penuh semanjang. Huh.

Sekiranya kita pernah terfikir, bahawa kita dilanda kesusahan atau musibah, fikirkanlah semula. Kerana masih ramai yang lebih susah dari kita.  Wallahualam.





5 comments:

  1. salam perkenalan.... semoga baby Nazeer yang comel ni sihat seperti sediakala... ;))))

    ReplyDelete
  2. Salam....doakan baby baik baik yea

    ReplyDelete
  3. Semoga baby cepat sembuh. Pergi hospital mmg menginsafkn, Dulu keje hospital salu jgk pegi ward2 (xder keje kn hehe)...kalo g wad kanak2 tu sedih sgt tgok kanak2 kecik2 dah sakit. Kalo g wad kanser lg sedih, semlm tgok..hari ni dpt tahu patient semlm tuh dah meninggal huhu...

    ReplyDelete