Thursday, 15 January 2015

Ya .. Pneumonia.... Silent Pneumonia!!!

Assalamualaikum.

Saya baru terbaca kisah tentang ibu-ibu yang kehilangan anak akibat pneumonia ellyaziz whitevincci
Sedih !! Saya doakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan. Anak-anak syurga itu akan menunggu kamu di telaga kautsar untuk mengiringi ibu-ibu ke syurga kelak. InsyaAllah.

Peluang Kedua
Saya masih terkesan dengan apa yang terjadi pada baby Nazeer semasa dia berusia 4 bulan. Sumpah!! Saya rasa Allah memberi saya peluang kedua untuk menjagangya. Sekiranya Allah ingin mengambilnya dulu, lama sudah saya kehilangan baby Nazeer. Setiap kali saya teringatkan detik itu, hati saya sedih dan terbit rasa kesal yang amat sangat. Dulu, saya tak begitu alert tentang pneumonia. Memang Abang Nazeef pernah ditahan di wad akibat pneumonia, tetapi simtomnya agak berlainan dengan apa yang terjadi pada baby Nazeer. Abang mengalami demam panas sehingga 39'c dan batuk berpanjangan. Di sebabkan demam yang tak kebah dan batuk sehingga abang putus selera makan, abang ditahan di KPJ dan positif pneumonia. 

Bronchitis
Berbeza dengan apa yang berlaku pada baby. Baby demam, batuk dan selsema. Saya refer baby ke KPJ dan baby diberikan ubat serta antibiotik untuk merawat batuk. X-Ray juga diambil dan kelihatan tompok putih pada paru-paru baby. Menurut kata Dr. baby ada jangkitan bronchitis. Near to pneumonia. Tak perlu di tahan di wad dan hanya memberi ubat serta antibiotik dirumah. Selepas 7 hari pengambilan ubat dan antibiotik selesai, demam baby kebah. Batuk pon ok. Tiada lagi selsema. Tapi saya perhatikan baby agak slow. Dia tak mahu menyusu. Even susu badan pon kejap-kejapan. Saya bingung !!

Emergency - Hari Ke - 8
Esoknya saya cuti dan saya refer semula ke KPJ dan menurut Dr. paru-paru baby clear. Maksudnya baby sudah sihat. Saya pulang ke rumah dan saya perhatikan baby seperti ada yang tak kena. Dia cuma tidur sepanjang hari dan tidak aktif. Bila dikejutkan akan merengek minta ditidurkan kembali. Boleh dikatakan dalam masa 24 jam, baby hanya akan berjaga kurang dari 3 jam. Saya risau. 

Hari ke - 9
Saya pulang dari kerja jam 7 malam. Selesai solat maghrib saya terus saya hantar baby ke KPJ emergency untuk further check-up. Menurut Dr. yang standby ketika itu, baby sihat!! Oxygen baby 100%. Habis, kenapa baby begitu??? Menurut Dr. munkin kesan dari antibiotik yang diambil sebelum ini. Ia akan mengambil masa untuk baby kembali aktif.

Hari ke -10
Esoknya kebetulan genap umur baby 4 bulan dan ibu saya membawa baby ke Klinik Kesihatan Rembau untuk check-up. Dr. yang memeriksa baby perasan sesuatu tak kena pada baby. Nafasnya laju. Kulit tak elastik. Matanya besar seperi terbonjol keluar. Baby lemah dan matanya tiada tindakbalas bila disuluhkan cahaya. Semasa kejadian saya di office dan hati saya tak sedap. Saya call mak tanyakan keadaan baby dan mak cakap "Kak Lang, Dr kata adik tak sihat sangat. Adik dah naik ambulans nak pergi Hospital Besar Seremban"  Allahuakhbar........

Hospital Besar Seremban
Air mata saya mengalir laju dan saya terus keluar office memandu ke hospital. Dalam hati saya berdoa agar baby terus bernafas dan dipanjangkan umur. Setiba di hospital, seorang Dr Cina lingkungan 30an datang berjumpa saya dan memarahi saya kerana tidak alert. Ya, saya mengaku, tetapi sudah beberapa kali saya bawa ke KPJ, Dr di KPJ mengatakan baby okay. Saya lihat baby sudah terbaring dia atas katil. Air telah dimasukkan ke tangannya. Muka baby pucat. Sayu hati saya melihat anak kesayangan begitu. "He safe now with us, no need to cry. Learn this as experience" Kata Dr Cina tersebut sambil berlalu pergi. 

Silent Pneumonia 
Ya. Silent pneumonia. Memang baby sudah menghabiskan antibiotiknya selama 7 hari. Sebenarnya virus masih ada didalam tubuh baby dan tidak cure. Ia merebak perlahan tanpa kesan demam dan batuk. Ia adalah Silent Penemonia. Kata Dr. 'If you late a day or two, you will lost him forever!! Please be alert especially he's still a baby!!" Ye Dr. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Tubuh baby dimasukkan air dan beberapa ubat lain. Berat baby merudum dan Dr tak happy tentang itu. Baby ditahan selama seminggu sehingga betul-betul sembuh.

Sejak itu, saya menjadi seperti seorang yang over-cautious. Setiap minggu pasti kami akan ke hospital untuk cek baby. Saya tak mahu lagi kejadian malang ini berulang. Jika difikirkan, saya tidak membiarkan baby malah telah beberapa kali saya bawa baby ke KPJ. Tetapi saya lupa bahawa bayi tidak mahu menyusu adalah tanda-tanda dia ada lendiran di bahagian tekak akibat dari Pneumonia. Setiap kali baby tak mahu menyusu saya akan gusar dan risau sekiranya sakit itu datang kembali.

Diagnosed
Sejak itu, saya alert. Malah selepas ditahan di Hospital Besar, baby telah beberapa kali di tahan di private hopsital disebabkan batuk dan akhirnya baby diagnosed sebagai Paru paru lemah. Baby perlu dijaga sebaik munkin kerana baby amat mudah menerima jangkitan di paru-paruAlhamdulillah, saya redha dengan ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya Allah menganugerahkan saya baby untuk saya jaga dan demi Allah, annakku Mohammad Nazeer, mama akan menjagamu sehingga mama menutup mata!! Munkin di entry yang akan datang akan banyak lagi mama akan ceritakan tentang baby yea. 

Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang indah ini padaku. Terima kasih kerana memilih aku untuk menyandang tugas berat ini. Aku redha dan aku yakin ada syafaat yang menuggu aku di akhirat kelak. Setiap dugaan akan mendekatkan diri ini lebih pada Yang Esa. Alhamdulillah!!


Suci sangat wajah anak mama adik kuci ni...muahhhs!!



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Betul tu.Kita parents kne alert utk bby ni.Saya pon sama.klu ank demam or flu sikit dah bwk klinik.Yelah takut pnyakit lain yg dtg. Pape pon smga sihat selalu ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah jadi mak mak baru tahu betapa besar pengorbanan mak kita ye.. ;-)

      Delete